Daging gulai kawah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, July 3, 2023

Daging gulai kawah

Gulai kawah daging
Lepas raya haji ni,
Memang ramai yang masak resipi daging daging ni.
Tak terkecuali juga MY dan keluarga.

Biras Mama Yan atau isteri kepada adik bongsu suami MY..
Beli dan bawa balik kampung rempah gulai kawah ni.
Kami pun masaklah daging korban bahagian kami ni menggunakan rempah dan resipi gulai kawah Warisan Nenda ni.
Bahan bahan takde yang pelik pun.. 
bahan biasa aje.
Cuma MY tak letak belacan.

Nak kait kelapa, masing masing tak rajin.
Kelapa yang ada pula,
Agak muda.
Sedang sedap buat inti atau buat golek golek kuih kaswi.
Kelapa sedang inti ni kalau diperah takde santan sangat pun. 
Buang kederat aje.
Jadinya,
Pakai ajelah santan kotak.

Gulai kawah daging

Gulai kawah daging
Ni resipi yang disediakan di belakang bungkusan rempah gulai tu,
Tapi Mama Yan tak le cedok bulat bulat cara masak dia.
Kita masaklah ikut cara kita...

Resipi Gulai Kawah Daging

Bahan - bahan (untuk 4 kg daging):

4 kg daging
3 bungkus rempah Rempah gulai kawah
10 ulas bawang merah kecil - kisar
3 ulas bawang merah besar - kisar
8 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
15 tangkai cili kering - kisar
rempah tumis (3 bunga lawang, 1 kulit kayu manis, 4bunga cengkih, 4 buah pelaga)
6 biji kentang saiz besar
Garam secukupnya
 Santan kotak 250ml
Air secukupnya 
Suku cawan air asam jawa
2 sudu besar makan Gula ( atau gula nise suku bulatan)
100 gram kerisik
Minyak untuk menumis, anggaran setengah cawan

Cara cara membuatnya:

1. Kisar bawang, bawang putih, halia.
2. Kisar cili kering. Cili kering ni kalau nak pedas, tambah lagi, kalau taknak pedas, kurangkan. Ini nak bagi warna lebih merah dan cantik je.
3. Panaskan minyak masak dan masukkan rempah tumis 4 sekawan tu( kayu manis, cengkih, bunga lawang dan pelaga)
4. Masukkan pula bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar, masak sehingga terbit minyak.
6. Masukkan daging. Kacau rata. Tutup periuk supaya daging cepat empuk. Sambil tu kena la kacau kacau juga supaya bahagian masak sekata dan tak hangit.
7. Selepas setengah jam, air daging sudah agak kering, tambah lagi air dalam 1 liter. Masukkan garam dan rempah gulai kawah.
8. Masak sehingga daging empuk.
9. Apabila daging sudah lembut, masukkan kentang dan santan.
10. Masak sehingga santan mendidih. Masukkan air asam jawa, gula dan kerisik.
Kacau sebati dan rasa. Kalu kurang rasa, tambahlah garam gulanya.
11. Masak sehingga kentang empuk, siap.

Gulai kawah daging
MY masak guna periuk Vantage Siti Nurhaliza milik kakak ipar.
Memang terbaiklah periuk ni.
Tak melekat, tak mudah berkerak, penutup kaca tahan panas, dan tak bercalar walaupun pakai senduk besi.
tapi MY tak pakai sudip besi la... periuk orang wei..
Kalau tuannya sendiri pakai senduk besi takpe la.
Manalah tahu, time MY pakai pulak dia nak tercalar, aje kena ganti periuk mahal orang...hahaha

Gulai kawah daging
Pakai santan kotak aje,
Satu kotak besar 200ml tu, satu kotak kecil.
Kalau rasa nak pekat, takyah la tambah air.
Tapi biasanya gulai kawah tak pekat sangat.
Tambah air ikut selera masing masing ya.
Bab air ni susah sikit nak bagi sukatan.
MY tambah air lagi guna kotak santan tu.
isi air dalam kotak tu untuk kocak kocak.
dalam 200 ml la gitu.
So kuah gulainya tak lah pekat sangat

Lepas dah siap masak,
Lupa nak placing gulai dalam mangkuk lawa lawa.
Gambar atas sekali tu, 
Gambar hasil kejadian 4 kilogram daging korban tahun ni.
Boleh ke makan daging korban sendiri?
Boleh laa..
1 bahagian untuk diri sendiri, 1 bahagian untuk saudara mara, 1 bahagian untuk fakir miskin.
Tapi MY ambil tak sampai 1 bahagian pun untuk diri sendiri.
Daging untuk makan sendiri ambil untuk dua kali makan.
Yang dah masak ni pun,
bukan 4 kg untuk makan sorang sorang,
aje masuk spital Mama Yan nanti.
Yang dah masak ni,
Mak mentua MY isi dalam mangkuk bagi bagi anak cucu dan jiran rapat.

Untuk rempah gulai kawah ni,
boleh beli shopee atau di mana mana pasaraya.
Ada macam macam jenama dah sekarang.
ada cap Rose, ada cap O, ada Adabi...
Ada juga Kelate style, Ada yang warisan Kedah,
Tinggal nak pilih dan bayar aje yang mana yang berkenan di tekak.
InsyaAllah... Semuanya sedap bila dah masak nanti.

10 comments:

  1. semalam pun saya buat gulai daging...hari ni pulak asam pedas daging...dijangkakan esok daging masak kicap..hahahahahha

    ReplyDelete
  2. Terliur kita tengok gulai kawah tu. Dulu ada jugak beli rempah gulai, tapi tak masak2 sampai expired, hehehe.

    ReplyDelete
  3. Elok teksturnya. Mesti sedap tu.

    ReplyDelete
  4. dap nya.. MA suka gulai kawan. ada jual ek rempah dia.. nak cari jugak la

    ReplyDelete
  5. Sedapnya gulai kawah!
    Dulu ada kawan sekerja dari Kelantan selalu bawa macam-macam rempah ke LD dari sana. Saya pernah minta belikan. Rupanya macam-macam jenis rempah!

    ReplyDelete
  6. Wah sini ada gulai Kawah, sedapnya!
    Nak makan sup kambing jemput ke blog PH MY :p

    ReplyDelete
  7. sedapnya gulai kawah ni, lawankan dengan ulam dan sambal belacan perkkhhh

    ReplyDelete
  8. menu daging mmg dkt sebulan juga la biasanya kalau lps raya haji hehe...sedap tu gulai kawah

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad