Limbal Dermoid cyst - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, July 14, 2023

Limbal Dermoid cyst



Ni mata anak MY yang nombor tiga.
Tahun ni darjah 4.
Masa dia lahir lahir,
memang dah ada benda putih dalam mata dia tu.
Doktor kata, tak bahaya,
just daging lebih.
Cuma kalau makin membesar atau berubah warna,
baru bawak hospital.

limbal dermoid
Masa kecil tak perasan sangat, sebab si Aril ni matanya agak sepet.
Pernah sekali MY bawa pergi kedai masa dia baby,
Boleh orang kat kedai tu ingat MY ni bibik jaga anak Cina.
Dah la kulitnya putih, matanya sepet, 
orang gebu gebas.
Sebiji anak Cina.
Sebab dia melekap je macam anak kangaroo,
MY selalu pakai ring sling atau gendong bila bawa dia keluar.
Memang sebijik bibik dari negara seberanglah...hahaha

Baru baru ni Aril kena sakit mata,
Bahagian putih tu jadi merah sangat.
MY bawalah pergi klinik kesihatan.
Alhamdulillah, doktor melayan dengan sangat baik.
Panjang lebar surat rujukan doktor untuk dibawa ke hospital
Siap check penglihatan lagi.
Suami MY pun bawalah ke klinik pakar mata di Hospital Sultanah Aminah JB.

limbal dermoid cyst
Ni close up sikit rupa benda alah ni.
Mengikut doktor, namanya ialah limbal dermoid cyst.
Dia ialah sejenis cyst.
memang dah ada sejak dari kejadian Aril dalam perut.
di hospital, banyak ujian mata yang Aril kena buat.
Lepas tu doktor ambil gambar guna kanta pembesar,
Rupanya, atas dermoid cyst tu, ada tumbuh bulu bulu.
Sekarang ni bulunya belum jelas kelihatan lagi.
Dan rabun silau Aril agak tinggi... aigoo..

Kelmarin pihak hospital dah call suami dan bagitahu,
Pihak hospital tak boleh buat apa apa.
Tunggu dan lihat sahaja.
Selagi Aril tak rasa sakit dengan kehadiran dermoid tu,
tak terganggu sehingga menjejaskan penglihatan,
mereka takkan buat pembedahan untuk remove cyst tu.
Sebab, pembedahan bahagian mata agak rumit dan berisiko.
Jadi untuk rabun silau Aril tu,
nanti kami buat cermin mata sahaja untuk dia.
Harap harap takde masalah lain yang timbul berkaitan dengan mata Aril.
Mata kut...
Buka ada jual di Shopee


 

6 comments:

  1. Semoga yang baik-baik aje buat anakanda MY

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar, semoga tak ada apa2 , mata memang merisaukan

    ReplyDelete
  3. Semoga benar² tiada yg memudaratkan, semoga Aril baik² sahaja ya.

    ReplyDelete
  4. Semoga tak mudarat lah cam ni....

    ReplyDelete
  5. Semoga tak ada yang memudaratkan dan tak mengganggu penglihatan Aril. Aamiin...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad