Sempena kemenangan JDT dalam Piala FA Malaysia,
Suami MY membawa isteri dan anak anaknya makan tengahari di Restoran Zaituna.
Dapat cuti kan hari Ahad tu,
Luangkanlah masa untuk bergumbira dengan anak anak.
Anak anak tengah nak membesar ni,
Makan adalah perkara yang amat menggembirakan bagi mereka.
dia punya bekas air...
Betul betul macam negara Arab daa...
Kami order 1 jug air Iced Lemon Tea.
Cukup untuk 5 orang minum,
3 gelas Milo,
dan 2 botol Barbican.
Order 2 dulang Family Set ni.
MY, suami, Ucid dan Sarah makan 1 dulang.
Berempat pun tak habis.
Abang, Moq, Aril dan Mijan.. 1 dulang.
Habis licin.
Siap minta lagi nasi dari dulang MY yang tak habis...
Hahaha...
Betul punya makan.
Adik Mijan makan lauk ayam je, nasi langsung taknak.
Kiranya 1 dulang tu memang makan bertiga je la.
1 dulang ni ada 3 jenis nasi Arab.
Nasi Mandy,
Nasi Maqlouba
dan Nasi Khabsa.
Ketiga-tiga jenis nasi ni sedap sangat.
ada 2 mangkuk sup kosong dan 1 mangkuk sambal.
Lauknya pula,
2 kambing,
2 ayam.
close up sikit gambar Nasi dia.
Nasi basah, tapi berasnya tak melekat lekat atau patah.
Macam mana la diorang masak ni ye?
Ni sambal tomato yang memang layan sangat kalau dengan nasi Arab ni.
Ingredients nya MY tak tahu,
Yang penting ada cili dan tomato.
Ambil 3 biji Baklava.
Ucid dengan Sarah yang pilih,
Tapi kesudahannya abang yang makan.
Budak lelaki umur belasan tahun ni kan,
Makan macam bela saka.
Mama Yan dengan satu satunya anak gadis dalam keluarga kami.
kos memenangi hati anak isteri pada hari tersebut tidak sampai RM200.
Alhamdulillah atas segala kurniaan rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kami.
Memang berbaloi sangat.
Lepas tu, terus balik.
Takde singgah mana mana dah.
begitulah kami.
Kalau kata nak gi makan makan,
Memang makan aje lah.
Jarang nak singgah menyinggah kalau takde tujuan.
Tambahan pula,
Adik adik sekolah rendah ni ada ujian pertengahan penggal untuk sekolah agana.
Memang kena balik selak selak buku lah.
Oh ya..
Restoran Zaituna ni terletak di Taman Tasek Johor Bahru,
27 jalan glasiar, taman tasek, Johor Bahru, Malaysia
Rasanya mereka bakal berpindah ke outlet baru yang terletak selang beberapa pintu dari kedai asal.
Nampak ada kedai yang sedang diubahsuai,
dah naik papan tanda ZAITUNA...
Besau gilaaa...
Kalau nak booking, boleh call nombor ni 07-213 3577
Sebenarnya ada banyak sangat menu Arab dalam buku menu tu.
Tapi sebagai orang yang datang nak makan dan kenyang,
kami tak pilih banyak banyak menu pun.
Lain la kalau datang atas jemputan Zaituna untuk buat promosi...hahaha..
Boleh la Mama Yan order pizza, kebab, grilled meat, shawarma, falafel, kunafa dan lain lain lagi.
Kalau order banyak banyak,
lepas tu tak habis makan,
Mau kena jeling dengan suami nanti..
Jadi order dengan kadar berpada pada aje lah kita..ye dak?
mengorder ni,
bukan setakat tepuk dada tanya selera,
tepuk poket tanya maybank2u sekali...hahaha
sedap kan nasi arab kat sini..saya sukaaa! tapi tak dapat makan selalu sebab rega dia boleh tahan jugak...setahun sekali atau sekali seumur hidup..hahahahahhahaha
ReplyDeleteLama tak makan nasi arab. Zaituna lagi la lama dah tak pergi. Memang antara restoran nasi arab yg sedap masakannya.
ReplyDeleteKalau jumpa kedai yang sedap nasi Arabnya, memang berbaloi-baloi.
ReplyDeleteAlhamdulillah..dapat juga spend masa bersama di hari cuti JDT. Mungkin sebab nasi tu dikukus, itu yang jadi cantik tu kot kan.
ReplyDelete