Minum petang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, July 31, 2023

Minum petang

Dah habis dah bulan Julai,
Hari ni last.
Dalam tak sedar, dah lebih setengah tahun dah kita lalui tahun 2023.
Belum ada apa-apa hasil nampaknya...
Adsense belum boleh cash out.
Project takde yang besar.
Badan makin gemuk.
Pelajaran anak pun makin ke laut gayanya.
Entah apa je..

resipi Cucur kembong
Kuih dalam gambar ni,
Masa kat Raub dulu,
Jaman muda belia lagi sunti,
Kami panggil kuih bom aje.
Tapi lagi besar dari ni la.
Cuma kat rumah ni,
Tak la buat besar-besar.
Budak budak kat rumah ni,
Makannya gelojoh.
Besar-besar kang,
aje tercekik pula.
Lepas tu,
Bila dah beranak pinak dan punya luas pemandangan.
Ohh.. macam macam nama dia ada rupanya.
Bahan dan hasil kejadian lebih kurang sama.
Kalau family suami panggil jemput potas. Potas tu merujuk kepada soda bikarbonat atau potassium.
Kalau orang Jawa kat Johor ni ada yang panggil kuntes, ada yang panggil kunto.
Sedara dari tanah seberang panggil galundeng.
Kawan kawan dari utara pula panggil Coq kembong, singakatan dari cucur la tu kann...
Dari cucur jadi cucoq, 
paih tu, jadi 'Coq' aje, lebih mudah disebut.



 RESEPI JEMPUT POTAS /
RESEPI KUIH BOM /
RESEPI COQ KEMBONG /
RESEPI GALUNDENG.


250 gram tepung gandum
1 camca kecil mauripan
1 camca kecil potas /soda bikarbonat
1 camca kecil garam
5 sudu makan gula pasir.
300ml air suam.

Masukkan semua bahan. Tapi air tuang sikit². Kacau sebati. Diamkan 30 minit sebelum digoreng dgn minyak panas yang banyak ye. Deep fry la gjtu. Kalu guna pan tak teruk minyak, jadik tosei pulak karang.



Kuih Bom
macam-macam bentuk dan tone warna ada..
Hahaha...
Biasalah.. kita suri rumah jaman now ni kan...
Bukannya hari hari memasak.
Tiba hari malas kita order je.
Jadinya kemahiran memasak pun tenggelam timbul la.
Sama la macam menggoreng cekodok bom ni.
Susah betul nak palingkan.
Dia terapung apung.
Kita palingkan, dia terlentang balik semula seperti sediakala.
Tu yang ada sebelah permukaan warna gelap,
sebelah lagi warna cerah.
Nak ambik video,
Payah pula,
Tangan penuh tepung.
pakai sudu punyalah susah nak turun dalam kuali tepung tu.
Terpaksa la cucur pakai tangan dengan penuh saki baki kemahiran yang dibawa dari pahang.
Hahaha

Resep galundeng
Alhamdulillah..
Bahagian dalamnya jadi.
Berongga rongga dan lembut.
kami kat Pahang dulu,
Enak dimakan begitu saja.
Tapi kat Johor ni,
Dorang suka cicah dengan sambal tumis atau sambal kacang.
Bak kata pepatah,
Lain padang lain belalang,
Lain keluarga, lain pula cara.
Yang sama tak kira keluarga Pahang ke,
Keluarga Johor ke..
Yang paling penting,
Sebelum makan kami semua baca Bismillah...
Hahaha....






 

9 comments:

  1. Makan ngan sos cili campur mayonis pun sedap ni, MY.

    ReplyDelete
  2. cucoq manis... dap makan panas2 tu

    ReplyDelete
  3. Mak saya pun panggil potas.. rupa-rupanya nama bahan penaik tu ye haha

    ReplyDelete
  4. Dapat lak sambal merah atau kuah kacang buat cicah sedapnya....

    ReplyDelete
  5. coq maneh nii kan, sedap tu Yan juadah minum petang :)

    ReplyDelete
  6. Hah, coq kembong paling sedap regu dgn kopi 0 😋

    ReplyDelete
  7. Ya Allah baru harini tahu apa yg mak sebut dari dulu poktas poktas. Hahahahaha kisahnya soda bicarbonate tu. Sedapnyaaaa jemput2 manis. Favorite zaman kecik2

    ReplyDelete
  8. Saya pun tak tahu orang Johor sebut macam tu. Hihi...Banyak betul namanya kan. Saya panggil jemput manis je kot rasanya.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad