Nasi Lemak Kopi O - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, July 25, 2023

Nasi Lemak Kopi O

Tajuk dengan isi hari ni memang takde kena mengena.
Dah lebih seminggu tak menulis.
Kali terakhir hari tu MY letak gambar daun je kat Wordless Wednesday.

Sepanjang tak menulis dan tak blogwalking ni,
MY banyak baca novel novel lama je.
Takde novel baru.
Macam hilang arah pula rasanya sepanjang 10 hari ni.
Rasa nak marah,
Rasa malas,
Rasa lesu,
Segala rasa bercampur baur.

Keadaan kesihatan yang semakin kacau.
Semakin kita menjaga makan,
semakin bertambah pula dos ubat.
Terus rasa 'down'.
Hilang rasa nak jaga pemakanan.

Nak ambil gambar untuk bahan menulis pun rasa malas.
Apalagi nak menulis.
Hari ni la baru buka blog.
Selalu tu buka untuk buat kerja pejabat je.

Anak anak pula,
Kalau tak MY tak semak buku buku nya,
memang memanjang takde kerja sekolah.
Bila dah jumpa kerja sekolah,
kalau tak ajar,
tak tunggu, tak bergerak langsung.
Masa MY kecik kecik dulu,
tak pernah pun ada sasiapa semak kerja sekolah MY.
Apalagi nak ajarkan.
Semua kena pandai pandai sendiri.
Kalau cikgu suruh bawa kad manila,
Esok pagi pagi dah singgah kedai aci untuk beli keperluan sendiri.
Pakai duit belanja yang simpan sendiri.
Anak sekarang,
Manja betul.
Semua nak minta diadakan depan mata.
Walaupun cikgi dah ingatkan berkali kali,
Tetap mak ni juga yang nak kena sediakan bahan untuk dibawa ke sekolah paginya tu.
Kalau mak tak ingatkan dan tak sediakan,
Memang tak belajar la subjek tu hari tu,
Tak bawa bahan.
Tapi minggu depan ulang lagi.
Walaupun mamanya ni bekalkan sebakul bebelan. 

Bukanlah mengeluh,
tapi kita ni kan manusia biasa yang ada masanya berasa penat,
berasa lelah, letih lesu,
bila kita ni isteri yang tak berkerja di pejabat,
orang anggap kita macam tak berhak berasa penat hanya kerana kita takde punch card,
Badan tak penat kalau setakat masak sambil relax relax, 
Tenang tenang..
Tapi kalau masak sambil berkejaran dengan benda lain,
penat la juga.
Entahlah labu..
bebel apa pun tak tahu.





 

3 comments:

  1. kalau penat rehat dulu.. tulah bila lama tak menulis mesti dtg rasa malas tu

    ReplyDelete
  2. Tuhlah..kalau dah stress, makan aje kan Kak.. Semoga akak terus bersemangat Dan tabah menjalani kehidupan seharian...

    Kak, sesekali..biar je x egtkan anak akak pasal kerja sekolah sampai kena marah 😅 Tengok Acano perginya 😁

    ReplyDelete
  3. Kadang begitulah..rasa serabut semua benda nak fikir dalam satu masa. Lepas tu malas dah nak fikir. Tapi nasi lemak dan kopi o memang ngam.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad