Resipi Kerabu Sayur - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, July 26, 2023

Resipi Kerabu Sayur

urap sayur

Beberapa minggu lepas, MY hantarkan suami ke pejabat kami yang terletak di Taman Universiti, Skudai.
Sebabnya, kereta suami masuk bengkel. 
Dalam seminggu jugakla MY tolong hantarkan ke pejabat.
Dah sampai Taman U,
Wajiblah belanja bini dia ni sarapan dulu.
Jadi kami bersarapan di Gerai Pasar Awam Taman Universiti.
Lepas siap sarapan,
MY pun masuk dalam pasar cari sayur.

Dah beli sayur sayur sekalian,
Petang tu harusla kena masak sayurnya.
Kalau tak masak,
Esok lusa kecut la sayurnya 


RESEPI KERABU SAYUR

Bahan bahan:
*1 biji bawang besar
*2 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*sejemput ikan bilis. (Dalam 10 ekor)
*3 tangkai cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
*1 inci isi cekur (kalau takde, tak payah letak)
garam dan gula secukup rasa
suku biji kelapa parut
3 - 4 tangkai kacang panjang
1 ikat ulam raja
1 ikat ulam pegaga
2 genggam taugeh 

Cara cara membuat urap sayur:-


1. Kisar bahan bahan bertanda *. Bawang, bawang putih, cili , ikan bilis dan cekur. Cekur ni ada juga orang panggil ia sebagai kencur. Ambil isinya kisar tau, bukan daunnya.

2. Patah-patahkan kacang panjang. Celur dalam air dengan sedikit garam sehingga lembut.

3. Basuh sayur ulam pegaga dan ulam raja. Potong dalam ukuran satu inci. Toskan.

4. Bersihkan taugeh. Buang ekor kalau rajin. Basuh dan toskan juga. Kita taknak kerabu tu terlalu berair. Jadi air dari basuhan sayur kena betul betul ditoskan.

5. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak. Minyak sikit aje tau. Buat tak lekat kuali aje la kiranya. Jangan la sampai berladung ladung macam nak goreng pisang. 

6. Masukkan garam, gula serta penambah perisa jika perlu. Tapi letak garam aje pun dah sedap dah.

7. Jatuhkan kelapa dan kacau kelapa hingga sebati dengan bumbu.

8. Masukkan sayur sayuran.

9. Kacau hingga sebati. Tak payah gaul lama lama sangat. Agak dah rata je dah boleh matikan api. Siapp.


resipi urap sayur
Waktu blender, jangan letak banyak sangat air.
Lambat masak.
Tapi kalau tak letak air,
tak berpusing pulak blendernya.
adeh.. 
nak kena beli food processor Philips Amway ke ni?
Ke termomix ?

Kerabu sayur
Walaupun tak letak air,
lepas letak kelapa akan jadi berair juga.
So gaul gaul la atas api tu supaya kelapanya jadi kering sikit.
Jangan kering sangat pulak,
Bukan nak buat kerisik

Resepi urap sayur
Masukkan sayur kacang dulu. Gaul rata.

Resepi urap sayur
Lepas tu baru masukkan sayur mentah ni.
Yang ni takleh lama lama atas api. Tak sedap

Resepi urap sayur
Dah siap...
Panas panas tu angkat isi dalam bekas lain.
Jangan tinggal dalam kuali panas tu pula.
Nanti lecur habis dan kecut habis semua sayur tu.
Kalau kari lainlah.

Kejap cakap urap, kejap tulis kerabu.
Dua dua pun sama je kut.
Ada la beza sikit sikit.
Urap kena ada bau bau cekur sikit,
Kerabu tak payah cekur.
Yang penting ada kelapa parut.

dah berminggu minggu duduk dalam folder draft,
Hari ni baru timbul kerajinan menyudahkan.
Kalau tak,
hmm...
Ke laut, ke langit perginya kerajinan.
Kalau ada sisa sisa kerajinan, lepas ni kita schedule lagi satu entry,
Lepas tu blogwalking barang satu ke dua kilo..
Harapla tali kerajinan tu tak terlepas lagi...
Aminnn...



 

@dianafisa81

jadilah buatlah kawan nasi dengan ikan goreng hari ni

♬ Belum Siap Kehilangan - Fahimi Rahmat

7 comments:

  1. isssh fav ni....makan sedap tapi nak buat tak ada kerajinan hehehe

    ReplyDelete
  2. suka kerabu2 ni...but sama mcm Afzan la.. x rajin nak buat .. he he he

    ReplyDelete
  3. gaya MY bahan di blend ya... mesti sedap ni kan

    ReplyDelete
  4. nampak sedap.. tak pernah makan lg

    ReplyDelete
  5. selalu excited kalau nampak kerabu ni kalau pergi makan dekat kedai luar.. next time nak buat sendiri la hehe

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kerabu sayur. Bahan tu kalau tak nak tumis dengan air yang dikisar sekali tu, boleh tapis. Cepat sikit proses menumis nanti.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad