Tengok Ikan di Nanyang Fish Farm Kulai - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, July 11, 2023

Tengok Ikan di Nanyang Fish Farm Kulai

Kadang kadang tak tau nak buat apa hujung minggu,
Semua tempat berlibur nak kena bayar,
besar juga modal untuk 4 dewasa 4 kanak kanak ni.
Kena la cari tempat yang bajet rendah.
Jadi suami Mama Yan,
angkutlah anak bininya pergi ke Nanyang Fish Farm yang terletak di Kulai.
Walaupun masuk percuma,
tapi tetap ada kos ya.
Bukanlah 100 peratus percuma.
Cuma taklah mahal sangat.
Sesuailah untuk golongan marhaien lagi bipoti macam kita ni...hahaha.

Kos yang terlibat adalah kos pengangkutan, yakni duit minyak kereta.
Duit beli aiskrim sedap kat kedai ikan ni dia bantai letak tong aiskrim.
Ada juga peti ais yang menyajikan air kotak, air tin dan air botol beraneka perisa.
Kalau dah bawa anak kan...
Bukannya dia tahu jimat ke hapa ke,
Nampak aiskrim, nak aiskrim.
Nampak air, nak air.
Dan ada juga kos untuk beli makanan ikan, nak tabur tabur bagi ikan makan.
Satu paket kecil selebar dua jari tu RM2.00.
kalau anak 6, kali lah 6 bungkus ye.
Pastu tak cukup lak sebungkus sorang,
Kali lagi ye...
hahaha... nasiblah apaknya beruban aje, tak botak melayan karenah anak bini.

Nanyang Fish Farm Kulai
Kedai ikan ni terletak di Lot 197, Air Bemban, Kulai
Senang je nak jumpa sebab dia terletak di tepi jalan besar Kulai - Sedenak.


Nanyang Fish Farm Kulai
Kat dalam ni ada menjual pelbagai jenis ikan hiasan.
Dari yang semurah beberapa sen seekor,
hinggalah kepada ribuan ringgit seekor.
Boleh la tengok tengok mana yang berkenan.
Mama Yan berkenan banyak sangat.
Tapi berkenan je la..
Tak meminang pun,
Tak cukup dowry nya...hahaha.

Ada ikan guppy, ada ikan laga, ada ikan kelah, ikan kelisa, ikan bandaraya, ikan koi, ikan emas dan lain lain lagi.
Tak tertulis rasanya.
kedai ni bukan jual ikan aje ya..
Pelbagai jenis kelengkapan memelihara ikan pun ada di jual di sini.
Akuarium, brush, tiub, pam oksigen, filter macam macam jenis, makanan ikan, makanan kura kura, dan lain lain lagi.
Teringin nak beli ikan emas,
Tapi kalau ikut sejarah MY dan ikan emas,
memang tak sampai berapa hari arwah ikan emas tu.
Yang tahan lama ikan kaloi je.
Kat rumah MY sekarang ada seekor je ikan Oscar.
Beli 4 ekor,
Asyik bergaduh aje, dah tinggal sekor.
The best man win gitchu

Nanyang Fish Farm Kulai
Kat bahagian depan tu ikan akuarium,
Masuk ke belakang sikit,
ada kolam ikan koi.
Banyak sangat jenis ikan koi.
Mama Yan tak kenal sangat jenis jenis ikan koi ni.
Macam macam warna ada weh...
Lawa lawa...
Harga pulak, ikut saiz dan jenisnya.
ada yang ratus ratus..
Ada yang ribu ribu...
Kat kolam ni, kita boleh bagi ikan ikan ni makan,
kat situ ada jual makanan ikan tu.
Takleh la bagi makan roti atau nasi dengan lauk gulai keladi.
bukannya kaloi jelmaan bawang putih bawang merah.

Nanyang Fish Farm Kulai
Ada ikan arapaima juga kalau nak beli.
Besauuu...
Seram oi..
Dah la anak MY ni semua tak reti diam,
Lari sana sini, Panjat panjat..
Tercebur dalam kolam arapaima ni kang,
mau tinggal kenangan.
entah apa je kann..
acah acah healing tengok ikan,
Healing apa sampai peluh tiak ngejor dak Mijan.


Nanyang Fish Farm Kulai
Masa ni Sarah tak berani lagi nak celup tangan bagi ikan makan,
lepastu,
sampai tak cukup makanan ikan tu dok suap ikan koi makan.

Nanyang Fish Farm Kulai
Seronok budak kembar berdua ni bagi ikan makan.
Ikan koi ni jenis ikan yang manja tau.
tak takut orang.
Boleh datang ambil makanan kat tangan.

Nanyang Fish Farm Kulai
Ikan koi kat belakang tu lawa sangat.
Yang warna kuning tu..
fuhhh...
cantik kuasa 2..
Tapi ikan ikan tu semua takleh lawan kesyantikan orang dalam gambar kat atas ni.
Cair habis bedak dengan lipstik mengejar Mizan.
Guling guling nak aiskrim,
Dah buka taknak makan.
Nak aiskrim lain.
Kalau ikutkan hati,
nak aje bertukar jadi lobster hari tu.
Nak aje kucubit cubit dak Mijan tu,
Tapi kena sabar.. hahaha...

Sebagai tanda kenangan,
Kami beli juga la ikan kelah kecik dalam 10 ekor.
Diaikan dah besar nanti kita buat masak lemak cili padi ikan kelah premium ya...
Hahaha

2 comments:

  1. Jaman dulu2 kalau ke jb suka singgah sini.
    La ni lalu hw malas guna jalan lama

    ReplyDelete
  2. bagus MY kot la esok2 depa minat membela ikan lak kan

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad