Ni ikan Oscar.
Mama Yan suka ikan oscar ni.
Kat rumah ada sekor.
Senang nak bagi makan.
apa pun dia bedal.
Tapi suami suruh bagi makan palet je.
Lawa pulak White Oscar ni.
Nak beli,
Tapi, kalau letak dalam akurium yang sama,
Memang arwah rasanya.
Sebab Oscar yang kat rumah ni,
Asalnya suami beli 4 ekor,
Dalam masa 10 hari dah tinggal sekor aje.
3 lagi dah RIP.
ikan Oscar ni kuat bergaduh.
Tapi kat kedai ni elok pulak duduk dalam akurium tu beramai ramai.
Siap ada lain lain jenis...
Ada black oscar, ada tiger oscar dan white oscar sekali.
Ni memang buat ramai orang jatuh cinta...
kecik kemetot gitu dah dekat RM satu hibu.
So tengok aje lah.
Yang ni not for sale.
Tuan kedai punya.
Cantik sangat.
Notis:
Jangan SENTUH! Pihak syarikat tidak akan bertanggunjawab ke atas kemalangan dan kecederaan diakibatkan oleh pelangan sendiri. Terima kasih atas kejasama anda
Ni kolam ikan arapaima dan lagi satu jenis ikan yang besar tu, alligator gar kut namanya.
Yang ni lampam albino.
Dalam akuarium kat kedai,
semua nampak cantik.
terasa bagai diriku telah dijampi...
hari tu menambah lah beberapa ekor butterfly koi.
Sebelum ni payah nak jumpa..
Bila datang tu jumpa,
terus la beli.
Stress betul dengan lumut kat kolam ni.
Airnya jernih, tapi dinding dengan lantai kolam berlumut.
Nampak hijau.
Sakit mata koi.
mata saya. bukan mata ikan koi tu..hahaha
Alhamdulillah... Kami suami isteri ada minat yang lebih kurang sama.
Suka tanam pokok,
suka bela ikan,
suka kebun kebun,
suka tengok drama,
suka tengok movie.
Tapi ada juga yang dia suka tapi MY tak suka.
Contoh nya bersukan.
Hampir semua sukan kat sekolah suami MY pulun masa dia kat sekolah dulu.
Sekarang pun suami masih main badminton dengan kawan kawan.
Mama Yan? Satu mata pun tak pernah menyumbang kepada rumah sukan...hahaha...
waahhh syoknya bela ikan! saya & abg sulung pun suka juga bela hehe
ReplyDeleteSejak ada highway ni jarang2 singgah sini.
ReplyDeleteDulu2 masa duduk kulai suka singgah sini walau pun tenguk2 tak beli
best bela ikan... boring² stress² tenung je ikan dlm akuarium
ReplyDeleteseronok ralit nengok ikan ni berenang kan, cantik je. Ikan oscar kt kedai tu dia tak gaduh lak ke MY tak boleh bela yg jantan je kang gaduhla, kene ada pasangan ke camno hehhhe... teringat kawan cerita kampung dia kat perak ada 1 sungai tu ramai org cari ikan kelisa, lps tu jual atau biakkan.
ReplyDeleteCantik ikan oscar tu. Saya sama dengan MY untuk ayat last sekali tu hehe
ReplyDeleteKesian kat rumah sukan MY haha 😆
ReplyDeletecantikkk ikan tu
ReplyDeletedulu adikipar bela , sukaaa la ktorg melawat umah dia tgk ikan2
Cantiklah corak ikan oscar tu. Mata merah pulak tu kan. Lain dari yang lain. Seronoknya rumah kakyan ada kolam ikan. Ikan koi tu suka tengok gak pelbagai corak.
ReplyDeleteBaru tahu kewujudan ikan bernama Oscar..Cantik!!!! Terpegun jugak! Tapi saya dah takleh bela ikan..dulu bela pun mati kejap je...dalam 8 bulan dah mati ..Kesian...
ReplyDeleteRasatenang je bila tengok ikan berenang.. cantik-cantik ikannya..
ReplyDelete