Buku Arkitek Jalanan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, August 18, 2023

Buku Arkitek Jalanan

Agak ketinggalan nampaknya Mama Yan.
orang lain dah lama baca siri buku Teme Abdullah,
MY baru nak bermula.
Ni buku pertama tulisan Teme Abdullah yang MY beli,
Beli pun masa bulan 3 hari tu.
Bulan 7 baru baca.
MY bukan jenis beli banyak banyak lepas tu susun kat rak.
MY beli satu dan baca sampai habis.
Lepas tu,
Baru beli lagi.
Buka buku je.. Benda lain pun sama.
Beli jam tangan,
Pakai la sampai rosak, lepas tu baru beli lain.
Cuma sekarang ada tiga jam tangan sebab lain lain fungsi dan kadar kelasakan.


Kalau dah penulis buku ni seorang arkitek,
dah tentulah lukisan muka hadapan buku juga cantik kan..
Bertuah orang yang punya bakat semulajadi kurniaan Ilahi.
Ye.. melukis adalah bakat.
Kalau belajar melukis tanpa bakat,
lukisan kurang hidup dan kelihatan sangat teknikal.
Bab bakat ni,
MY bukan sahaja tiada bakat luar biasa,
Bakat biasa pun tak ada.
Hahaha...

Okay back to buku ni..
Tapi takdelah MY nak ulas satu persatu pasal jalan cerita buku ni.
sebab buku cerita ni dah meletop kebaboommm...
masa MY beli ni pun dah cetakan ke sembilan belas pada Oktober 2022.
Jadi tak payah ulas pasal buku sangat..
dah ramai yang baca. hehehe

Tajuk : Arkitek Jalanan
Penulis : Teme Abdullah
Cetakan Pertama : April 2017
Penerbit: Iman Publication Sdn Bhd
Jumlah mukasurat :355


Kisah 2 orang pelajar jurusan arkitek dari Malaysia yang menuntut di London dan tinggal di rumah sewa yang sama.
Cerita ni berkisar pada pahit manis mereka belajar dalam bidang arkitek di UK.
ada macam macam benda kena buat untuk melayakkan mereka dapat ijazah.
Nak nak pula, kedua dua mereka mengimpikan Ijazah kelas pertama.
Mama Yan yang buat ijazah pertama kat UTM, Skudai ni pun rasa nak tergolek terlentang dah.
Jadinya memang tak dapat nak bayang pun macam mana mereka bergelut dengan tugasan mereka.
Ada exhibition, ada studio, ada lawatan tapak ke Portugal, ada Crit, dissertation dan macam macam lagi.
Dalam kesibukan belajar,
Teme juga membuat kerja kerja sampingan melukis kerana tajaannya telah ditarik semula.
Sambil part time, sambil belajar,
sempat juga beliau membuat manuskrip untuk buku pertamanya.
Huhh...
Aku yang duduk rumah suami sediakan makan pakai ni pun,
tak sempat nak update blog,
Dia boleh menulis buku lagi..
hahaha...
Ada gak manusia biasa macam ni rupanya.
Apa dia makan?
Berapa jam dia tidur?

Buku ni berakhir dengan kedua dua mereka berjaya memperolehi ijazah.
Walaupun salah seorang daripada mereka tidak berjaya mencapai Ijazah kelas pertama,
Tapi itu bukanlah bermakna satu kegagalan.
Malahan,
itu juga adalah satu permulaan.

Baca cerita ni,
Buat MY teringan masa belajar dulu.
Mama Yan bukanlah seorang yang sangat bijak.
Mama Yan lahir dalam keluarga yang biasa biasa.
Adik beradik MY,
Hanya MY seorang sahaja yang berjaya masuk universiti awam,
Hanya MY sahaja yang ada ijazah.
Ibu bapa MY tak begitu mementingkan pendidikan anak anak.
Asalkan pergi sekolah pandai ABC 123 cukuplah.

Sepanjang 6 tahun MY di universiti,
Memang sangat struggle sebab kita bukan otak genius.
Subjek subjek rekabentuk yang ada kiraan kiraan,
Subjek matematik,
Semua dapat teruk.
Tak tahu macam mana walaupun dapat soalan bocor,
Walaupun dah ulangkaji, dah study,
Pada hari peperiksaan,
MY tetap tak dapat jawab soalan dengan baik.
Mama Yan dapat gred purata yang baik untuk subjek membaca je. 
Terasa seperti MY ni salah ambil bidang sebenarnya.

Tapi tulah,
segalanya dah pun berlalu.
Jauh meninggalkan.
Bila baca buku ni...
Kembali rasa bersyukur..
Kenapa nak rasa down dengan kelas ijazah yang setakat kelas kedua rendah tu ?
Sedangkan dalam dunia ni,
Masih ramai yang tak rasa menjejak kaki ke universiti pun.

Mama Yan dah banyak kali nak quit sebenarnya.
Nak lari pergi kerja kilang kat Senai tu ha..
Mana taknya,
Penasihat akademik dah panggil,
Nama dah naik sebab kena extend semester,
ada subjek yang nak kena repeat,
Tapi saat saat MY tengah nak lemas,
Allah datangkan seorang penyelamat.
hulurkan pelampung.
dan temankan berenang perlahan lahan.
Akhirnya habis juga belajar.
Syukur Alhamdulillah



 

8 comments:

  1. Buku yang bagus untuk yang minat genre begini

    ReplyDelete
  2. Uncle tertarik dengan spek zian... purple! nice!

    ReplyDelete
  3. Samalah kita suka beli/guna satu-satu benda sampai rosak. Nipun ada buku yang belum habis baca, tapi hati ni tergerak-gerak nak beli lagi tapi kena tahan, sabar.

    ReplyDelete
  4. sama la dgn abe kie...ambik TESL sbb x mampu nak ambik asasi sains. Alhamdulillah dpt 2nd class lower. Tu pun kira bagus apa sbb 2 org je budak Melayu yg dpt 2nd upper thn 1997 tu kat UM.

    ReplyDelete
  5. Allah sentiasa susun cantik perjalanan hidup kita kan :)

    ReplyDelete
  6. jamni semua informasi dihujung jari je, huhu

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad