Hari Sabtu lepas Mama Yan pergi jemput mak mentua di Angsana Mall Johor Bahru.
Mak dan rakan rakan sefelcra datang naik bas untuk menghadiri Ekspo Felcra.
Banyak acara yang diadakan tapi kami tak join apa apa pun.
Tengok sikit sikit je.
Mak mentua MY datang bukan nak join aktiviti felcra pun,
Tapi nak jumpa cucu yang kat JB ni,
Janji nak jumpa kat Angsana ni je.
Sejak ibu diorang meninggal,
menantu dan cucunya balik tak lebih 10 kali kut.
Biarlah dorang, mind our own business.
Jangan jadi penyibuk hal keluarga orang.
Macam biasa...Mijan kalau pergi Plaza Angsana,
Memang wajib lah naik keretapi.
Dan kali ni,
Mama Yan tak payah temankan Mijan lagi dah...yeayy..
ada atok temankan naik.
MY bayarkan untuk 3 gerabak...
acik acik felcra sekijang teringin nak pusing pusing naik keretapi Angsana...
Kemain happy memasing ye..
Lepas tu masuk kedai kasut..
Entah apa nama kedai kasut ni.
C&Y rasanya, sebelah kedai Levi's tu.
Belikan mak mentua dan kakak ipar sorang sepasang kasut.
Mama Yan pun beli juga sepasang kasut.
Harga sepasang RM79.90...
Sementara suami bagi pegang kad dia, kita belasah aje cukup cukup...
tapi tengok harga RM 80 pun mak mentua dah menjerit..
"Wei..mahalnya!
cari yang dua puluh ringgit dah la.."
Hahaha.. mana nak cari kasut 20 ringgit angsana mak...
kat pasar malam pun belum tentu ada.
Sebab kasut yang selalu mak pakai untuk jalan jalan basah kena hujan sebab semalamnya dah pakai gi ke mana entah.
Pakai kasut lain, tapi tak sedap.
Tu yang okay aje dibelikan kasut baru.
Kakak ipar pulak kebetulan semalam tu hari jadi dia.
Hadiah birthday la tu..
Keluar dari Angsana, bawa masuk Ariani pula.
Lagilah dia menjerit tengok harga tudung dalam tu..
Hahaha... bukan selalu.
Sebab ada Merdeka sale..
banyak yang less 31%.
Agak berbaloi la juga.
Belikan mak mentua dan mak MY juga.
Tak ketinggalan juga anak dara MY sorang tu.
Baru darjah 3 dah ketuk tudung Ariani kat mama...
Selesai membeli belah, singgah makan.
sebab dah lapar, kedai mamak pun jadi.
Ni nasi MY, lauk kari kambing dengan air kosong.
Budak gigi ompong ni makan nasi lauk ayam goreng seketul aje.
Sarah pun sama, ini je lauknya.
Kuah kuah kari semua taknak.
Mama Yan jenis belasah je.
Mana yang senang, yang cepat, mudah parking kereta.
Lepas selesai makan, terus balik rumah, kemas baju.
Nak hantar mak mentua balik kampung.
Anak anak yang kecik kecik tu nak duduk kat kampung beberapa hari cuti sekolah ni.
Okay.... Rehatla puas puas kat kampung ya..
Nanti mama jemput semula.
Mamanya pun boleh la rehat puas puas anak takde kat rumah..
yesss... Jom maraton K-Drama!
alhamdulillah..seronok jenjalan & shopping semua
ReplyDeleteWah best soping ariani. LM berangan lama nak beli ariani, last beli brand ni 12 tahun lepas. Hahahaha, zaman tudung sarung . Pasni nak ariani semula la, sekarang dah lawa lawa
ReplyDeleteJap.. ibu siapa yg meninggal?
ReplyDeleteTak pernah naik ketapi kat Angsana dan dah lama tak ke Angsana. Macam best aje tengok Mijan naik ketapi.
Yang meninggal tu kakak suami. Ibu kepada anak buah suami yg duduk kat JB. Dah lama diorang tak balik segamat kampung mentua saya ni
Delete