Ni lah kasut MY beli di C&Y, Plaza Angsana hari Sabtu lepas.
Harga cuma Rm79.90.
Kelmarin Mama Yan dah pakai pergi Angsana lagi sekali.
Ye.. pergi Angsana lagi.
Suami suka.
Dia kata ada vibe Melayu di situ...
Kami pergi untuk beli kasut sukan dan jam tangan baru untuk Moq.
Jam tangan dia dah rosak.
Kasut sukan dia pula dah ketat.
Kasut baru Mama Yan ni,
Baru jalan jalan sikit,
Dah melecet jari hujung MY.
Kemain sakit.
Lepas tu, ibu jari kaki pun rasa sakit bila berjalan.
Patutnya MY ambil satu saiz besar.
Tapi budak kedai tu kata, kena ambil ngam ngam saiz kaki,
Sebab nanti kasut ni kain,
Nanti dah pakai selalu, dia jadi longgar.
Dah berapa kali dah MY beli kasut ngam ngam lepas tu tak selesa dibawa berjalan.
Tu pun masih beli lagi kasut yang muat muat kaki.
Apalah degil sangat.
Padahal dah cuba dah yang satu saiz besar,
Memang longgar sikit,
tapi kaki tak sakit.
Kalau kasut sukan, memang ambil yang besar satu saiz,
sebab kasut sukan kan berikat dengan tali,
so dia grip kaki tak la senang tercabut,
Kasut yang jenis slip on ni,
takut senang tercabut pula kalau ambil satu saiz besar.
Hmm..rasa nak pergi beli lain.
hahaha
Dulu dulu,
kawan MY pernah bagi petua,
Kalau baru beli kasut,
gigit dulu sikit kasut tu,
Barulah dia tak menggigit kita masa kita pakai dia.
Berdekah-dekah MY ketawa dengar petua tu.
aigooo... tergamak eh nak gigit kasut?
Ni si abang tengah gamkan kasut pinjam
Esok abang ada perbarisan pengakap sempena Hari Kebangsaan.
Puas usha kat pekan ni,
takde tukang kasut.
Malasnya nak ke Skudai semata-mata nak pergi gam kasut.
Tengok ada gam gajah kat rumah,
suruh je dia guna gam gajah tu untuk gam kasut sekolah punya tu.
Biasalah.. hak milik sekolah..
dah kena lenjan bertahun tahun memang la terkopak tapaknya.
Harap-harap tapak kasut tak tertanggal la masa perbarisan esok.
Naya oi kalau kasut rosak masa tengah perbarisan.
boleh hilang rentak kawad bila ada gangguan macam ni.
Semoga abang dan rakan rakan dapat buat yang terbaik esok.
Good luck!
Kat blog Ezna pun entri pasal kasut 😀
ReplyDeleteKalau bab kasut ni, akak masih setia dengan Skechers - Go Walk pergi mana-mana pun, kecuali ke kenduri kawin. Sebab selesa melangkah dan tak sakit kaki jalan lama-lama. Tahan bertahun-tahun pakai. Cuma rupa paras dia mungkin tak secantik kasut biasa.
Kasut ngam2 memang x boleh dipercayai 😂
ReplyDeleteTambah-tambah kaki Syu jenis kembang kat depan. Kalau salah beli, alamat masuk kotak balik ler kasut
Dulu masa belajar kat UTM pun saya suka pergi shopping kat Plaza Angsana terutama beli baju sebab byk kedai melayu kat situ. Rindunya nak shopping kat Plaza Angsana lagi.
ReplyDeleteWah cerita kita sama ya..kasut😁
ReplyDeleteAlang2 gigit... baik kunyah terus! hehehe
ReplyDeletecantik kasut tu MY tp sayang bila pakai kaki melecet memang kita serik nak pakai
ReplyDeleteLawa kasut tu...
ReplyDeletePernah dengar gak petua gigit kasut tu, tapi tak pernah la buat haha...
Good luck Abang!
Cuya paling tak percaya kalau petua orang tua-tua yang ngarut ni...
ReplyDeleteKelakar sangat XD
kasut macam ni memang senang melecet, selalu juga dengar org bagi petua suruh gigit kasut tu tapi tak pernah lagi try..haha
ReplyDeleteWalopun mungkin kasut macam nih suka membesar seiring waktu, tapi saya tetap lebih suka beli kasut yg besar dikit kak. Karena kalau kebesaran, bisa dipakai additional sole di dasar kasut. Sehingga bisa pas. Tapi kalau kekecilan, tak bisa buat apa2 memang 😅
ReplyDeleteSering saya dengar mitos tuh, gigit dulu kasut saat masih baru, supaya kaki kita tak digigit 🤣. Tak pernah pula saya lakuin. Apalagi sejak pandemi nih hahahahah. Tak kan lah gigit sepatu yg tak jelas kotor atau tidak, walaupun baru 😅