Setiap hari Jumaat,
Ucid dan Aril ada kelas tambahan Jawi di sekolah agama,
Diorang berdua je kena masuk kelas tambahan Jawi.
Sarah tak kena sebab dah boleh membaca tulisan Jawi.
Tapi ujian baru baru ni,
Markah subjek Jawi Sarah sama aje dengan Ucid... haha..
Kelas Jawi bermula jam 8 pagi hingga pukuk 10 pagi.
Jadi, walaupun cuti,
Tetap tak boleh buat sarapan lambat lambat sebab bujang debab dua orang tu nak sarapan dulu sebelum masuk kelas.
Diorang ni pulak,
pagi pagi taknak makan lempeng atau jemput.
Dia nak yang berat berat macam mi goreng, nasi goreng semua tu.
Memang wajib la maknya ke dapur pagi pagi ya.
Kadang-kadang tu bukanlah kita ni malas sangat,
Cuma dah habis idea je sebenarnya.
Bila kita tanya esok nak sarapan apa?
Diorang jawab,
"Entah, ikut mama lah, kami makan je"
Tapi bila kita masak yang diorang tak berkenan,
diorang tak makan pun,
Pulaaakkkk...
Bila tanya tak jawab nak makan apa.
Letih melayan.
Mama Yan zaman sekolah dulu,
tak pernah sarapan pun kat rumah.
Minum air je.
Mak kata buat sarapan pun bukan korang nak makan..
Ye ke? Tak ingat dah.. ye ke kami tak makan?
Hahaha...
Masa masuk asrama,
Mama Yan antara yang sentiasa turun bersarapan di dewan makan.
Jarang-jarang la tak makan sarapan.
Sebab kalau tak makan,
Jumpa makanan tunggu balik sekolah pukul satu nanti.
Waktu rehat jarang pergi makan kat kantin.
Sekali sekala aje sebab nak jimat duit.
Pagi Jumaat lepas,
Mama Yan masakkan makaroni goreng.
mestilah guna sos dalam tin.
Sebab nak cepat tapi nak sedap.
Cuma MY gunakan 1 tin kecil aje lah.
Dah cukup dah tu..
Buat based dia je...
Buat ghaso-ghaso kata orang.
Makaroni ni bukan makanan ruji bagi keluarga Mama Yan dan suami.
Agak asing sebenarnya.
tapi anak anak,
mereka selalu jumpa jenis jenis pasta ni di sekolah.
Sama ada di kantin dan jamuan,
memang kerap ada hidangan pasta seperti makaroni dan spageti.
Bila balik rumah diorang akan minta dibuatkan benda yang sama.
Macam suami MY, dia memang tak minat makan spaghetti,
dia kata, mi keras kejung tak resap bumbu,
Tekak jawa pior...hahaha...
Resipi Makaroni Ayam Cendawan
Bahan-bahan:
1 bungkus makaroni
1 tin sos pasta ayam cendawan
3 keping dada ayam
5 batang sosej
1 tin susu cair Ideal
2 keping keju
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada sulah
minyak untuk menumis
sedikit minyak zaitun
garam secukup rasa
Cara-cara memasak :
1. Rebus makaroni dengan sedikit garam sehingga lembut. Ikut arahan pada bungkusan makaroni.
Kemudian toskan air rebusan. Gaul makaroni dengan sedikit minyak zaitun supaya tak melekat
2. Kisar (Blender) bawang putih dan bawang merah
3. Celur sosej dan potong kecil
4. Potong dada ayam kecil kecil . Saiz ikut yang sesuai dengan tekak anak anak.
5. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah.
6. Masukkan potongan dada ayam.
7. Bila ayam dah masak, boleh masukkan sos pasta dan susu cair. Kacau hingga mendidih
8. Masukkan sosej, tambahkan garam dan lada sulah
9. Masukkan makaroni. Gaul rata.
12. Kemudian bolehlah letakkan keju.
Kalau taknak letak keju pun boleh juga.
13. siapppp
Masakkan ayamnya dulu..
kalau nak letak udang, sotong pun boleh juga.
Tapi pagi pagi tak rajin nak letak macam-macam.
Dah la kita ni berkejar dengan masa.
Boleh je nak pakai sos pasta yang lain. Ikut mana mana yang terbeli..
Taruk susu cair tu nak bagi dia jadi banyak dan boleh digaul rata.
MY tak pernah belajar buat sos pasta ni,
Jadi memang main belasah je campak & tuang apa yang ada kat dapur.
Menggaul makaroni tak sepenat menggaul mi goreng.
Seban dia pendek pendek bulat gitu.
lebih senang nak blend dengan bumbu dan kuahnya.
Kalau menggoreng mi, berpeluh peluh.
Sampai longlai rasa bahu, lutut, siku
Anak anak dah siap makan baru teringat belum ambil gambar lagi.
Kelam kabut jengah kuali,
nasib baik belum habis.
Eh baru ternampak ada fishcake bagai tu ha..
Tu lah nak habiskan stok yang ada dalam peti ais tu,
taruk je apa yang ada.
Tak letak pun takpe fishcake atau fishball tu.
Tak sesuai pun.
Ambil gambar masa dah sejuk.
Nampak bergerutu dan tak smooth la sebab keju dia dah sejuk.
Tak senonohkan.. nak buat konten makanan,
tapi asyik lupa itu la..
lupa ini la..
Macam mana nak dapat tarik trafik ribu ribu juta ke blog?
Gambar pun tidak lawa..
Sejenis malas nak placing gambar.
Kalau betul betul punya blogger,
Siap ada prop untuk ambil gambar makanan.
Mama Yan?
Ye.. saya pemalas.
Saya nak tulis je...hahaha
Senang dimasak, anak² pun suka!
ReplyDeletetulah kak seri, kita ni melayan tekak suami & anak je. Lupa selera sendiri
DeleteSamalah…bila anak2 request spagethi or macaroni terkulat2 je muka abah ngan ammi. Tp kita raikan jelah anak2. Abah ammi punya jadi macaroni carbonara cili padi ahaksss
ReplyDeletesamala kita Ammi, tak berapa in dengan pasta pasta ni. kalau nasi nasi...haa... barulah terangkat
DeleteAnak"sekarang mereka memang suka makanan luar dan bervariasi gak seperti kita jaman dulu 😀...tapi terlihat enak itu makaroni nya
ReplyDeleteSuka la gaya tulisan MY ni .. macam bebel² je haha.... Ok, sy masuk list utk bekal anak² ye 🤗
ReplyDeleteanak LM suka macaroni .ikut LM zaman kecik kot,x kisah elbow atau spiral ke..kerang ke..mak pak dia je tak layan..kena goreng nasi pula kalau masak menu ni untuk anak
ReplyDeletesesekali sarapan western ye, emak2 ni kadang lebih baik kita bgtau nk makan apa dari tak bg jawapan... payah jd nya
ReplyDeleteSos Prego Ayam Cendawan tu kesukaan Amani dan Imani.. Sos ini lagi sedap dari carbonara tapi susa betul nak jumpa dekat kedai area Sha ini.. Selau beli online je..
ReplyDeleteThank youuuu resepnya kak azian 😍😘. Saya dan anak2 penyuka pasta. Mac n cheese macam nih dah pastilah kami sukaaaa. Kadang saya bikin juga, tapi recipe agak berbeda. Next nak bikin pakai cara Kaka. 👍
ReplyDeleteKegemaran anak - anak ni, mudah nak siapkan.
ReplyDelete