Mijan Speech Delay - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, August 19, 2023

Mijan Speech Delay

Memandang tahun depan dah nak naik darjah 1,
Mama Yan gagahkan juga diri untuk bawa Mijan ke Klinik Kesihatan.
Sebabnya,
di usia enam tahun ni pun,
Mijan belum pandai buat ayat penuh.
Masih pelat,
bercakap dalam bahasa alien yang alien pun tak faham,
Belum boleh uruskan diri sendiri dengan baik.
Masih tantrum berguling guling kalau tak dapat apa yang dia nak.

Memang MY akui salah MY tak bawa Mijan pergi klinik ikut jadual.
Sebab anak anak MY semua jenis lambat bercakap.
Ingatkan yang ni setakat lambat bercakap je.
Tapi lama - lama...
Semakin ketara Mijan bukan setakat lambat bercakap.
Kuat menangis,
tak suka bunyi bising,
takut dengan bunyi hujan dan guruh,
Tapi bila bandingkan dengan ciri-ciri autism,
Tak nampak sangat ketara.
Entah la nak letakkan kat kategori mana.
Tunggu jumpa pakar bulan 10 nanti

Mama Yan datang KK pukul 8.30.
Selesai pukul 11.30 walaupun orang tak ramai
Banyak yang nak kena buat untuk Mijan.
Ada banyak assessment yang kena buat.
Macam macam ujian.
Selalu kat rumah okay je melukis,
sampai klinik pegang pen pun malas.
adoiii...
Tunggu guiliran sampai terbaring baring dia.

Sabenarnya, bab hantar anak pergi klinik ni.
MY sangat bermasalah.
Sebab lepas balik dari klinik memang MY akan sakit kepala, sakit perut,
rasa nak muntah, rasa tak selesa.
Kiranya kalau pergi klinik,
memang burn la satu hari tu.

Klinik kanak kanak ni memang hingar bingar ya.
Budak main,
budak nangis,
budak menjerit.
Yang nak jumpa doktor sorang,
Tapi sesetangah ibu bapa terpaksa bawa semua anak.
Jadi ruang menunggu tu tersangat sesak.
Keadaan tu memang buat MY rasa sesak.

autistic
Yang ini diagnosis dari klinik kesihatan pekan nanas.
Doktor rujuk Mijan ke klinik terapi cara kerja (occupational therapy) 
Ok.. kali ni kita pergi ya Mijan.
Demi awak..
Apa sangat la sakit kepala dan kepenatan kena sidai menunggu tu.

Lepas selesai urusan kat Klinik Kesihatan,
Petangnya ayah bawa pergi cabut gigi pula.
Kesian awak...
Tapi dia ok je..
Jenis tak takut doktor pun.
Jauh lebih berani dari abang abangnya.

Tulah.. setiap anak ni,
karektor semua berbeza beza.
walaupun dibesarkan dengan makan nasi dan lauk yang sama.
Lepas cabut gigi,
ajak ayah ngeteh kat mamak.
layann...





 

7 comments:

  1. Betul MY.
    Setiap anak karektornya memang berbeza.

    ReplyDelete
  2. follow je treatment plan dr doc... x salah buat test.. better late than never... semoga dipermudahkan ye mijan

    ReplyDelete
  3. moga semuanya dipermudahkan..aamiin.
    demi anak kan.. moga yg baik2 ajer yer Mijan...in sya Allah

    ReplyDelete
  4. Tak sakit gigi kat tempat cabut la tu ajak ngeteh tu. Takpe untuk anak....speech delay ni selalunya kalau kat hospital ada pakar pertuturan kan....

    ReplyDelete
  5. Mudah2an dapat dikesan awal apa2 masalah pada mijan tu

    ReplyDelete
  6. Memang dengan kita akan burnout kalau ke klinik.. Tak kiralah klinik mana pun..
    Sha kalau bawa anak-anak dan suami temujanji klinik, memang ambil cuti.. Lepas habis temujanji memang penat..
    Semoga dipermudah semua urusan MamaYan dan Mijan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  7. Semangaaaat Kak Yan 🤗🤗. Semoga dipermudah untuk urusan Mijan. Dapat terapi yg cocok juga buat Mijan yaa. Handsome sangat mijan. Berani pula, tak takut dokter, pandaai 👍

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad