Semalam hari ulang tahun kelahiran ke 14 anak kedua Mama Yan.
Bila tanya nak makan apa sempena birthday,
nak makan nasi ayam katanya.
Okay..
kita masak nasi ayam yang mudah dan cepat.
Memang kena masak cepat sebab MY dah terlewat balik dari kebun.
Nak perap perap ayam pun dah tak sempat dah.
Beli je ayam panggang dari Baker's Cottage,
Masak sup ayam sikit, sambal,
Dan nasi ayam.
Nasi kita masak guna pes Nasi Ayam Hainan jenama Ikan Brand.
Nak masak senang,
Rasa pun sedap.
Letak garam 2 camca,
Letak 1 sudu mentega (butter),
Letak daun pandan 2 helai,
Letak pewarna kuning setengah camca,
Letak pes 1 paket,
Beras basmathi 2 mug plastik,
Nisbah air 1 cawan beras : 2 cawan air.
Sukat air dan beras guna cawan yang sama ya.
Bila digemburkan...
Yummmy... piau bau nasi ayam.
Tak payah susah susah nak perap ayam lah...
Tak payah blender bawang, halia, bawang putih,
Tak payah buang masa rebus ayam,
Pindahkan air rebusan ayam dan lain lain lagi
Zoom innnnn....
Nampak tekstur dia... Cantik tak?
Kalau masak guna beras wangi,
Kurangkan sukatan air kepada 1setengah cawan air untuk 1 cawan beras ye.
Alhamdulillah... Anak anak suka.
Eh.. ni cerita pasal birthday Moq patutnya,
Tapi cerita pasal nasi ayam pulak yang lebih.
Petang tu ayahnya bawa Moq pergi Baker's Cottage untuk beli kek,
Moq pilih kek oreo ni.
Asalnya ada 3 keping oreo atas kek ni.
Tapi buka je kotak kek,
Adik Mijan dah cekut sekeping biskut oreonya.
Hahaha...
Nasib baik Abang Moq sporting.
Masa abang Moq nak potong kek,
Dah tinggal sekeping dah biskut oreonya.
Tabahlah Abang Moq ya...
Jadi abang memang kena banyak mengalah dengan adik adik.
Semoga Moq jadi anak yang soleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Mama tak marah kalau Moq tak pandai dalam kelas,
Yang penting kena rajin.
Rajin solat, rajin puasa, rajin bersenam,
rajin bertanya kalau tak tahu.
pendek kata rajin serba serbi lah.
Yang takde kena mengena lagi over nak tiup lilin atas kek...
Siap berlari pergi ambil topi nak ambil gambar dengan kek.
wahhhh kek oreo sedapnyaaa! hehe
ReplyDeletesedappp...tapi makan sepotong je dah cukup. diabetes kirim salam
DeleteHappy Birthday Moq!
ReplyDeleteMudah-mudahan sentiasa jadi penyejuk mata keluarga 🤲
Nak cari jugalah pes nasi ayam tu...senang kerja ni...
Happy Birrhday Moq.
ReplyDeleteMoga jadi abang mithali.
Happy birthday Moq! Semoga jadi anak yang soleh, sentiasa membanggakan ibu & ayah 💕
ReplyDeleteBertabahlah oreo kena cekut dgn adik-adik hihi.
Happy birthday Moq! semoga berjaya dunia akhirat, menjadi anak kebanggaan keluarga ya.. x pernah lg sy buat nasi ayam guna pes... nnt nk try jugak brand ni.. jimat masa dan yg penting review MY ckp sedap
ReplyDeleteSelamat ulang tahun Abang Moq...panjang umur sehat selalu dan berguna bagi agama dan kluarga..salam kenal kak
ReplyDeleteHappy birthday Abg Moq...birthday boy request nais ayam sedap tu...menarik nmpk kek tu..atas tu parutan kelapa ke?
ReplyDeleteNampak sedap kek oreo tu. Moga jadi anak yang baik buat keluarga ya....
ReplyDeletePibeday Moq!
ReplyDeletehappy birthday Abg moq...moga jadi anak yg soleh..aamiin
ReplyDeleteHbb moq
ReplyDeleteHaaa.. mmg ada cara express nak masak nasi ayam, kan..kalau guna stok ayam maggi yg dalam botol tu pun boleh, jadi jer nasi ayamnya.
ReplyDeleteHappy birthday, Moq.
Adiknya jeles tu abangnya dapat kek oreo.
ReplyDeleteWah.. Mudah je nak masak nasi ayam.. tq share MamaYan.. Bolehlah Sha cubananti..
ReplyDeleteMenarik kek oreonya..
Happy belated birthday buat Abang Moq..
Happy birthdaay Abang Mok 🎉🎉🎉. Panjang umur, banyak rezeki yaa, dan selalu jadi panutan adik2.
ReplyDeleteKalo ke Malaysia lagi, saya nak beli bumbu nasi ayam ini. Memang jadi gampang lah masak kalo ada ini. So far saya suka bumbu2 yg dijual di Malaysia. Waktu itu ada beli bumbu Tomyam, sambal nasi lemak, bumbu kari dan pernah dikasih bumbu laksa serawak. Semua enak pas dimasak 👍