Bila malam fikir nak buat sarapan apa esok?
Bila pagi fikir nak masak apa tengahari?
Lepas makan tengahari fikir nak masak apa untuk makan malam?
Agenda utama mak mak kat rumah ni ...
masak dan kasik makan keluarga aje la kut...
Kadang memang tak tahu kan nak masak apa..
lebih lebih lagi macam MY ni..
anak ramai tengah nak membesar.
Dulu masa anak baru dua tiga orang kecik kecik..
Bab makan ni langsung tak jadi hal.
Agak malas, kami makan megi aje.
Sekarang, Memang la boleh makan magi,
Budak budak ni lagi suka.
Tapi tak elok la pula budak budak asyik makan megi aje.
Kena la bagi makan nasi + lauk.
Tak makan sayur,
takpe... nanti dah ada bini pandailah dorang.
Ni masa dengan mak bapak,
bukan main lagi memilih.
Mama Yan dan suami memang dua dua peminat sotong.
Tapi kami jarang jarang la makan sotong sebab suami ada alahan kadang kadang.
Tak tahu apa jenis alahannya...
sebab kadang kadang ok, tak gatal gatal
Kadang kadang tak ok, naik jerawat besau besau yang menyakitkan.
Mungkin faktor kesegaran sotong tu kut.
Lagi satu,
paras asid urik suami agak tinggi,
Jadi memang la MY selalu ingatkan,
jangan lebih lebih makan seafood.
Kalau tak diingatkan,
kerang, kupang, lala, siput tu memang kegemaran tuh.
Nak buat macam mana kann..
Memang gout ni ada faktor genetik juga.
Family Mama Yan takde langsung yang ada gout,
Tapi family suami ramai yang gout.
Walaupun jarang jarang makan seafood,
Tetap juga asid urik tinggi.
Macam MY juga,
walaupun sangat menjaga pengambilan garam,
tak makan ikan masin, telur masin, makanan ringan, masak kurang masin,
tetap juga ada masalah darah tinggi.
Entahla macam mana anak anak kami nanti.
macam macam genetik ada.
Oh ya.. nak cerita pasal masak lauk sotong aje sebenarnya,
dah merepek sampai ke penyakit keturunan pulak.
Punyalah malas...
masak sotong, taruk sayur kacang botol siap siap
ada lauk, ada sayur.
Tak payah masak dua kali.
Jimat minyak, gas, sabun, air dan masa ..ye dak.
Tapi rasa dia..
Hmm... tak berapa pergi la..
Hahaha...
Resipi Tumis sotong dan kacang botol
Bahan-bahan:
Seikat kacang botol
sebiji bawang
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili hijau besar
2 tangkai cili hijau kecil
3-4 ekor sotong basah saiz sederhana
Garam
sos tiram
minyak untuk menumis
Cara cara memasaknya:
1. Bersihkan sotong. Potong kecil ikut saiz yang disukai. toskan air sotong
2. Hiris bawang, bawang putih dan cili hijau.
3. Panaskan minyak untuk menumis
4. Tumis bawang sehingga layu..
5. Masukkan cili, tumis juga sampai layu.
6. Masukkan sotong, kacang, garam dan sos tiram
7. Kacau sehingga sotong masak
Mama Yan memang panggil kacang ni kacang botol.
Bila dewaasa ni..
baru tahu ada beberapa nama lain juga.
Antaranya kacang botor, kacang kelisa dan kecipir dalam bahasa Javanese.
Tapi MY tetaplah panggil kacang botol, sebab dah serasi.
Kecipir tu famili mentua di Segamat yang sebut.
Kacang kelisa tu,
entahlah...
bahasa novel agaknya.
Tak sesuai untuk jiwa rockers macam MY ni gunakan...hahaha...
Tapi lepas masak ni,
Rasanya dah tak repeat lagi kut masak lauk ni.
Sungguh tak kena kat tekak..
Hahaha..
Sesungguhnya, sotong sesuai masak sambal je kat rumah ni.
hm.. terpaksala cari vitamin rajin.
Siapa ada jual vitamin R boleh komen ye...hahaha
SAa pernah jugak masak macam ni...bestnyaaaa....
ReplyDeleteBaru semalam makan sotong masak kicap. Laku betul lauk ini semalam.
ReplyDeleteHehe tidak kena ya letak kacang botol. Ya kadang-kadang hendak cepat masak campak sekali sayur.
Kalau nak jimat lagi, tambahkan nasi terus.
ReplyDeleteJadilah nasi goreng sotong berbotol
favorite ni kacang botol. Suka makan buat ulam atau tumis cili.
ReplyDeletemcm sama je kita mak-mak ni... fikiran x lain x bkn memikirakan menu makannnnnn je memanjang... bekal lah dinner la lunch la... hehehe... kalau kami suka sotong masak kicap
ReplyDeleteKita pun panggil kacang botol. Kalau kat Tip Top Ikan Bakar, dia bakar Sotong Bersambal letak kacang botol, sedap MY. Mungkin lain kali jika nak masak sekali sotong dan kacang botol, MY boleh masak sambal tumis.
ReplyDeletesedap! tapi uncle gatal! huhu
ReplyDeleteJumpa sotong juga di sini.
ReplyDeleteSama, kita pun olah sotong juga, tapi kerabu sotong.
Saya panggil kacang boto. 😆
ReplyDeleteMostly belah Utara panggil kacang kelisa. Tapi, orang kampung PH panggil kacang sireh . Banyak nama dia, ikut tempat juga :)
ReplyDeleteYummy-yummy goreng pun sodapp...
ReplyDeleteYummy-yummy goreng pun sodapp...
ReplyDeleteAmmi sotong masak apa pun semua onzzz. Masak balado lagi onz.
ReplyDeleteAnak ammi setakat ni sayur tak ada masalah sebab rule dlm rumah adalah…apa abah ammi masak makan jangan pilih2, jangan asing2 tepi pinggan
Wah.. sotong dan kacang botol.. dua-dua Sha suka..
ReplyDelete