Ni antara jenis-jenis sarapan yang dalam senarai Mama Yan.
ini tak mewakili negara Malaysia punya pendapat,
Tetapi pendapat Mama Yan sendiri.
Yelah..
Lain negeri, lain tradisi.
Macam kat utara, mungkin diorang biasa sarapan dengan pulut.
Kalau kat Terengganu sarapan nasi dagang,
Kat Kelantan terkenal dengan nasi kerabu.
Jadinya, sarapan tradisi negeri macam tu,
Mama Yan jarang-jarang nikmati.
Ni yang selalu Mama Yan lihat sekitar tempat tinggal MY ajelah.
Kena buat disclaimer awal awal.
Kang ada pulak yang kecam,
memandai je Mama Yan ni.
Haa.. memang lah kena memandai..
ni kan blog Mama Yan.
hahaaha
1. Roti Canai
Roti canai dinobatkan sebagai roti terbaik dunia oleh TasteAtlas.
Jadi memang tak hairanlah roti canai antara pilihan utama rakyat Malaysia untuk bersarapan.
Mama Yan pun tak ketinggalan untuk menikmati roti canai.
Tapi tak selalu la..
dalam sebulan tu,
adalah sekali atau dua kali MY berdating dengan suami di kedai mamak sambil menikmati roti canai kuah dal campur sambal bersama dengan teh tarik.
Walaupun sedap, murah dan ringkas,
Ia bukanlah sesuatu yang kita boleh makan selalu.
Roti canai tu sejenis karbohidrat dan bakal menaikkan gula dalam darah MY,
Nasi pun karbohidrat juga,
Tapi, apa-apapun, lebih baik makan nasi daripada roti.
Minyak pun banyak juga tu,
nak uli taruk minyak,
nak goreng pun taruk minyak.
Roti canai zaman sekarang dah melalui era fusion..
Macam macam kepelbagaian dah hidangan roti canai ni.
Daripada roti telur, roti telur cheese, roti telur sarang burung,
roti tampal, roti bom, roti tisu, roti pisang, roti pisang coklat,
Macam macam lagilah kejadiannya..
tapi MY suka roti canai kosong je..
kasi garing sikit anne..
Pastu yang sampai separa hangit..
geram je menengoknya...
Best breads in the world, current ranking. View more at https://t.co/BH40jAfhoS @TourismMalaysia @colombia_travel @incredibleindia @FocacciaDiRecco pic.twitter.com/80N9oTFHMY
— TasteAtlas (@TasteAtlas) September 9, 2023
2. Nasi Lemak
Seterusnya, sarapan nasi lemak.
Nasi lemak ni, hidangan asasnya,
Nasinya + telur rebus + ikan bilis goreng + kacang tanah goreng + timun dan yang paling tak boleh tinggal, sambalnya.
Tapi tu lah kan, seiring dengan perkembangan teknologi,
makanan pun dipelbagaikan idea persembahannya.
Ada yang dinikmati dengan rendang, ada ayam goreng, ada telur goreng,
Sambal pun bukan sambal ikan bilis semata-mata dah,
Macam-macam jenis sambal dah digayakan.
Macam Mama Yan, paling suka sambal sotong basah tu.
Ada juga sambal kupang, sambal paru, sambal udang turut ditawarkan,
Tapi selalu ambil satu dua jenis lauk sudahla.
Dah sedap sangat dah tu.
Nasi lemak ni kalau dibungkus dalam daun pisang tak payah letak lauk pelik-pelik,
telur rebus potong empat pun masih sedap dinikmati.
Rasanya, lepas ni memang takkan jumpa dah nasi lemak bungkus daun pisang RM2.
Beras dah naik harga,
kompom semua makanan berasaskan beras dan tepung beras akan naik harga melantun toing-toinggg....
3. Soto
Ni antara kegemaran warga Johor untuk bersarapan.
Soto ni ada soto bihun, ada soto mi dan ada soto nasi.
Soto nasi tu guna nasi impit atau ketupat dalam plastik tu.
Kalau kat luar,
Mama Yan tak berapa suka makan soto nasi.
Sebab biasa gerai gerai yang MY nampak,
diorang rebus sendiri beras dalam plastik biasa.
Plastik biasa tu tak tahan panas okay.
Walaupun dia tak mencair,
tapi zat zat plastik tu terurai apabila kena panas.
Bahaya.. boleh jadi karsinogen.
Lontong pun MY tak makan kat luar.
tapi bila MY cakap kat suami.
Alaa.. bukan selalu..
Kalau tak, habis dah satu Johor ni kena kanser.
Mana ada orang Johor tak pernah sarap soto dan lontong kat kedai.
hahaha,.... ye tak ye jugak
4. Kuih-muih
Ramai juga yang suka makan kuih waktu sarapan.
Biasanya bila nak ambil kuih muih,
akan disertai kata kata,
Taknak sarapan berat berat sangat hari ni.
Berat badan dah naik.
Nak makan kuih je,
Tapi sebenarnya,
kalori, korbohidrat dan gula dalam lima biji kuih tu lebih tinggi dari sepinggan nasi goreng.
Biasakan sekarang orang jual kuih dalam paket ada 5 biji dengan harga RM2.50.
MY suka juga makan kuih untuk sarapan,
Tapi kuih karipap ajelah yang MY suka makan waktu sarapan.
Kuih-kuih manis macam kuih lapis, seri muka, apam, donat, kasui tu semua MY lebih suka nikmatinya di petang hari.
5. Nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, kueteow goreng
Nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, kueteow ni dalam team yang sama la.
Waktu sarapan cedok cedok dalam container besi tu harga RM 2 hingga RM3.
Tapi bila malam, benda benda macam jadi RM 7 hingga RM 8 satu polistrin putih tu.
Kadang-kadang dalam satu polistrin atau pinggan sarapan,
siap campur mi goreng separuh, bihun goreng separuh.
Sebab dua-dua nampak sedap
6. Jemput-jemput dan lempeng
Sarapan jenis tepung goreng-goreng ni memang sarapan tradisional Melayu.
Suami MY kata,
masa kecik hampir tiap hari sarapan jemput kosong.
Mak mentua siap bawa bekal jemput-jemput pergi menoreh.
Sampai sekarang pun,
masih lagi sarapan jemput lempeng.
Cuma bila ramai-ramai,
kakak ipar buat la sarapan lain juga.
Kalau tak,
tu je la hari-hari.
7. Ubi
Jenis-jenis ubi ni tak kisah la ubi kayu, ubi keladi, ubi keledek...
ada yang rebus cicah sambal, cicah gula,
ada yang goreng celup tepung,
ada yang goreng begitu saja
Yang dalam gambar ni,
Ubi kayu yang direbus asalnya.
Tapi tak habis.
Esoknya Mama Yan taruk kunyit dan garam,
Goreng dalam minyak yang betul betul panas.
Kalau minyak tak betul betul panas,
Habis sekuali minyak tu kang kena serap.
8. Roti
Macam biasa,
model blog Mama Yan, Ucid.
Ucid sedang menikmati roti bakar telur di kedai mamak.
Roti pun ada yang suka roti kosong cicah air,
ada yang suka roti bakar,
ada yang suka buat sandwiches,
roti pun ada banyak jenis sekarang.
dulu dulu ada roti benggali aje.
Sekarang macam macam warna dan perisa ada,
Ada roti ban manis, roti inti, roti Gardenia, roti kentang dan macam macam lah yang tak tersebut pun nama dan jenisnya.
9. Bijirin
Bijirin ni antara sarapan yang paling Mama Yan tidak minati.
Lain orang, lain selera.
Kalau orang bandar yang dibesarkan dengan Kellogs Cornflake memang takde masalah.
Tapi bagi kami rakyat bipoti ni,
Cornflakes tu untuk buat kuih raya je..hahaha..
Baca entry : Resepi Kuih Cornflakes Madu
10. Mi Segera
Ni sarapan waktu kecemasan.
Biasanya dinikmati merangkap makan tengahari.
Masa MY dan suami baru baru set up kompeni,
selalu sangat kami berdua makan mi segera.
Tak sempat nak cari makanan yang proper sebab masa tu kami belum ada staf.
Semua kena buat sendiri.
Alhamdulillah..
Bila berkongai rezeki,
Semakin luas rezekinya.
Okay...sekian sahaja coretan hari ni sambil sambil clearkan gambar dalam handphone.
Wassalam
fuh..nampak lak soto.terus rasa cam nak balik segamat cari soto
ReplyDeletejemput2 tu kadang paling layan cicah sos cili.... ada jugak yg last tu ya maggi cup heehhe
ReplyDeletenasi kerabu, nasi dagang, satay.. eh mcm2 la but still bila pagi dok pikir..nak makan apa ek hari ni.. kannnn??
ReplyDeleteBetul sih kak..apa yg kita makan itu memang tinggi kandungan gula dan walaupun suka tapi tetap harus dalam porsi yang tak banyak dan jangan sering-sering,apa"sekarang harus tau batasan..ya sesekali enggak apa ya
ReplyDelete11. Lontong laut dan lontong darat
ReplyDeletesemua uncle suka... kecuali bijirin! hhe
ReplyDeleteSaya suka Lontong 🩷🩷🩷
ReplyDeleteRoti Canai, ikut mood haritu..Jemput jemput, lempeng...pun favourite ever
Sarapan Yg paliiiing saya rindu tiap kali liburan ke Malaysia, itu nasi lemak, baru setelahnya roti telur atau canai 😄.
ReplyDeleteAnak saya yg bungsu baru saya ajak ke Penang juli kemarin kak, dan dia tergila-gila dengan nasi lemak 🤣.
Tiap kali ditanya mau makan apa, jawabannya pagi siang malam nasi lemak wkwkwkwk. Mana bisa... kalo pagi okelaah. Mana pula sepanjang hari nasi lemak trus 😅
Kalo soto yang pakai nasi impit atau disini sebutnya lontong, untung nya masih banyak yg pakai daun sebagai pembungkus. Atau pake daun kelapa. Yg pakai plastik ada, tapi jarang saya temu. Dan memang tak nak beli kalo pakai plastik