Dalam cerita ni, pelakon dia Mama Yan suka.
Layanlah.
Dah tengok enam episod baru sedar, cerita baru rupanya.
Belum habis tanyangan..
Alahai.. malasnya nak tunggu kesudahan.
Mula-mula layan sebab pelakon dia MY suka.. heroin dia ni dah umur 40 tahun dah pun.
tapi masih comel.
Standard la Korea kan..
Kisah Detektif Moon Jang Yeol dari Seoul yang ditugaskan ke daerah Mujin.
Ketika di dalam bas awam, Detektif Moon telah menangkap Doktor Bong iaitu seorang doktor veterinar yang mencuba untuk menyentuh punggung seorang penyeluk saku.
Doktor Bong memiliki kuasa ajaib setelah terkena pancaran meteor ketika merawat seekor lembu.
Doktor Bong Ye-bun boleh melihat memori orang atau haiwan jika dia menyentuh bahagian punggungnya.
Doktor Bong Ye-bun boleh melihat memori orang atau haiwan jika dia menyentuh bahagian punggungnya.
Kebolehan ini sangat berguna kepadanya sebagai seorang doktor veterinar.
Tiba-tiba daerah Mujin berdepan dengan kes pembunuhan bersiri.
Detektif Moon sangat terdesak untuk mencari pembunuh bersiri tersebut kerana hendak kembali ke Seoul.
Jadi dia berusaha untuk menyelesaikan kes pembunuhan ini.
Detektif Moon meminta pertolongan dari Doktor Bong.
Ketika mereka berusaha mencari pembunuh, mereka juga dibantu oleh Jeon Gwang-sik,
Ketika mereka berusaha mencari pembunuh, mereka juga dibantu oleh Jeon Gwang-sik,
seorang pemilik ladang ternakan di Mujin.
Gwang-sik juga memiliki kelebihan yang sama seperti Doktor Bong Ye-bun kerana mereka sama-sama terkena pancaran meteor ketika merawat seekor lembu milik Gwang-sik.
Bezanya, Gwang-sik perlu menyentuh kaki seseorang, manakala Ye-bun pula perlu menyentuh bahagian punggung.
Senarai mangsa pembunuhan bersiri di Mujin :-
Mangsa pertama : kawan baik Detektif Moon di rumah anak yatim, Park Seung-gil
Mangsa kedua : Si-a seorang influencer atas talian.
Mangsa ketiga : Ji-suk seorang pelayan kedai kopi.
Mangsa keempat : Wakil rakyat Mujin, Cha Ju-man.
Mangsa ke lima : Datuk kepada Doktor Bong iaitu Doktor Jung Eui-hwan
Mangsa keenam : Jeon Gwang-sik
Antara suspek pembunuh bersirinya pula ialah :-
1. Kim Seon-woo
seorang pekerja kedai serbaneka dan dia juga bukan penduduk asal Mujin.
2. Bomoh Park:
seorang bomoh dikawasan tempat tinggal mereka. Bomoh Park juga menyimpan dendam terhadap ADUN Cha Ju-man.
3.Doktor Jung:-
didapati tidak sedarkan diri berhampiran dengan mayat Cha Ju-man dan memegang senjata pembunuhan.
4. Pemilik kedai kopi tempat mangsa ketiga berkerja
Pembunuhan bersiri ni pula rasanya bakal merungkai misteri kematian ibu Doktor Bong yang dikesnya ditutup sebagai bunuh diri. Ibu kepada Doktor Bong dahulunya adalah seorang wartawan yang menulis kisah scammer hartanah yang didalangi wakil rakyat kawasan tersebut.
Manakala ibu Kim Seon-woo yang hilang sejak 17 tahun lalu ialah salah seorang penunjuk perasaan yang terlibat dengan kes scammer hartanah di Mujin.
Mula-mula suspek Seon-woo tu sebagai pembunuh.
Tapi dalam episod 14 hari tu, Seon-woo pun kena serang dengan pembunuh sebenar.
Pembunuh ni pakai rain coat,
tu yang tak nampak muka tu.
Ada lagi berbaki dua episod, cerita Korea ni,
tinggal lagi 2 minit pun pun boleh buat plot twist.
Drama ni walaupun tak berapa logik, tapi okay je nak layan.
Zaman sekarang, walaupun drama thriller, banyak adegan-adegan kelakar diselitkan.
Thriller comedy la kekdahnya.
Harap-harap happy ending la...
Dah tua tua ni happy hapy happy je..
Tajuk Drama : Behind Your Touch
Pengarah : Kim Suk-yoon
Penulis : Lee Nam-kyu
Pelakon :
Han Ji-min sebagai Doktor Bong Ye-bun
Lee Min-ki sebagai Detektif Moon Jang-yeol
Suho (EXO) sebagai Kim Seon-woo
Jumlah Episod : 16
Syraikat Penerbitan : Studio Phoenix
Negara : Korea Selatan
Selamat menonton cerita korea.
ReplyDeleteMujurlah wak tak terjebak lagi
Baru tengok sikit. Rasa macam scene doc tu berkenalan dgn detektif tu. Yg doc tu kene kejar lembu or dia tunggang lembu tu 😂. Pastu tak sambung tengok lagi. Nak tunggu abes sok baru tengok semula. Hihihi.
ReplyDeletecerita pembunuhan pun dah jadi komedi sekarang.
DeleteLayan gak drama ni... x sabar nak final dah debor lak ghase nya ahahaa
ReplyDelete-anakomak-
rasa lama pula nak tunggu episod akhir
Deletesy layan jugak ceta ni... suspen tapi lucu jugak... en suami pun layan siap buat teori lg siapa pembunuh bersiri... hihihi
ReplyDeleteMula-mula suami kata tak best, benda citer lawak slapstik je. Last2 dia yang over buat teori sekarang
DeleteSaya memang tunggu tamat Drakor ini kak, baru setelah itu nak nonton. 😄. Kalo masih on going, tak sabar nanti, dan takutnya sad ending 🤣🤣. Tak suka sangat kalo nonton Drakor yg sad ending atau menggantung tak jelas hahahah.
ReplyDeleteSaya sempat lupa kalo di Malaysia punggung itu butt yaa. Tadi sempat bingung, soalnya di sini punggung itu means Back 😁
Iya...di sini punggung tu adalah bokong di sana.
Delete