Tajuk : Pelukis Jalanan
Penulis : Teme Abdullah
Penerbit : Iman Publication Sdn Bhd
Cetakan Pertama : Januari 2016
Ni merupakan episod pertama dalam Siri Jalanan Teme Abdullah ni.
Bagaimana beliau memulakan langkahnya ke London tanpa penaja.
Ibu ayahnya kerja biasa-biasa, bukan ada-ada.
Dengan berbekalkan wang simpanannya yang diperolehi semasa mengambil upah melukis,
Teme mengambil langkah berani untuk mengejar impiannya.
Asalnya, Teme mendapat biasiswa untuk ke universiti luar negara.
Tetapi, ketika membuat A-Level atau kursus persediaan ke luar negara tersebut,
Teme seolah-olah tenggelam punca,
mencari haluan dan ini menyebabkan fokusnya sedikit terganggu.
Tidak mendapat mata yang mencukupi untuk terus mendapat tajaan.
Untuk survive di bumi asing bukanlah mudah bagi anak Melayu,
Teme bekerja di kedai makan, Tema menyanyi mengikut kumpulan busking, Teme berjimat-jimat dalam setiap langkah dengan berjalan kaki ke kelas dan mengikat perut.
Dalam kesusahan, seorang rakan sekelas masih tergamak mensabotaj hasil kerja berkumpulan Teme.
Dasar yahu**
Teme mula melukis bangunan bangunan di sekitar Kota London, memuatnaik gambar lukisannya ke Instagram dan menjual hasil lukisan. Dengan bakat kurniaan Ilahi itu, Teme kembali bernafas lega apabila hasil jualan lukisannya menjadi sumber pendapatannya.
Dan dari situ, Teme mula dikenali sebagai Pelukis Jalanan.
Oh ya.. mungkin ramai otai-otai blogger turut mengenali Teme sebagai Temerity
Masa MY buat degree dulu,
memang rasa dah cukup susah dah.
Tapi rupanya, masih ramai lagi orang yang lebih susah tapi tetap berjaya menggapai impiannya.
MY juga gagal di semester pertama,
Kemudian daftar semula dengan semangat yang berkobar-kobar,
Tapi..hmm..hampeh.
takla dapat result yang unggul terbilang,
Cuma bersyukurlah, yang penting dah habis bayar PTPTN.
Alhamdulillah.
Allahu..banyaknya dugaan dia..
ReplyDeleteSelamat mengulat buku
ReplyDeleteBagus buku macam ni kan. Memotivasikan diri
ReplyDeletePTPTN kena bayar.... salut!
ReplyDeletebagus buku ni.pengalaman hidup berdasarkan true story
ReplyDelete