Lafaz yang Tersimpan UNIC - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, September 8, 2023

Lafaz yang Tersimpan UNIC

Tajuk : Lafaz Yang Tersimpan
Penyanyi : UNIC
Komposer : Shaiful
Lirik : Atie


Luluh hatiku, yang sayu
Menatap wajahmu, tenang dalam lena 
Kasih, ku zahirkan laku 
Sedangkan bibirku, jauh dari lafaznya 

Dan raut tuamu, membekas jiwaku 
Meredakan rindu, mendamaikan kalbu 
Tak mungkin kutemu, iras sentuhanmu 
Biarpun kuredah, seluruh dunia 
Mencari gantimu hooo...

Betapa sukarnya, menyusun bicara 
Meluahkan rasa 
Menuturkan sayang 
Kasih yang terlimpah 
Hanyalah sekadar tingkah 
Cuma ungkapan kebisuan yang 
Melindungkan, kalimah rahsia 

Masih kubiarkan waktu 
Melarikan lafaz kasihku padamu 
Haaaa... aaaaaaaaa...

Mengapakah sukar, menyusun bicara 
Meluahkan rasa, menuturkan sayang 
Kasih yang terlimpah 
Hanyalah sekadar tingkah 
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang, andai dilisankan 
Bait penghargaan, penuh kejujuran 
Tak mungkin terlihat, cinta yang merona 
Jika hanya renungan mata yang bersuara 
Bukan atur kata...

Tiada lagi ertinya pengucapan 
Andai akhir nafas di hujung helaan 
Sebelum mata rapat terpejam 
Usah biar kehilangan 
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Sejak dari kecil keluarga Mama Yan tak pernah ada ucapan sayang sayang,
ucap I love U,
rindu rindu ni semua takde...
Jadi, memang janggal kalau nak ucap ucap kata sayang ni..
Takut takut mak abah Mama Yan ingatkan anaknya ni dah maru,
buang tebiat nak mamp.
Jadinya.. biarlah ia kelihatan seperti biasa dan semulajadi...
 Faham faham sendiri...



3 comments:

  1. Iya, kadang suka sukar buat mengungkapkan kata" sayang buat orang tua sendiri,mereka butuh perhatian anak"nya, tapi bisa meluangkan waktu dan berkumpul dengan orang tua sudah membuat mereka bahagia, yg penting perhatian dari anak"nya jangan sampai lalai.

    ReplyDelete
  2. sama laa sy. rasa sayang dgn cinta tu diluahkan menerusi perbuatan...

    ReplyDelete
  3. MA lain pulak..memang dah terbiasa lafazkan i love you tu, sebelum letak phone, sebelum tidur and sebelum kuar keta...memang dah dah terbiasa. instead of say bye bye, kami akan ckp i love you... antara MA ngan arwah suami & diteruskan dgn anak2... diaorang pun dah terbiasa. kadang2 tu tgk merajuk pun..still akan ckp i love you jugak but memang bunyi x ikhlas pun.. ha ha ha.. merajuk la katakan but x lama la of coz kan.. merajuk2 sayang....

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad