Lagu yang Berkaitan Dengan Najis Dadah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, September 28, 2023

Lagu yang Berkaitan Dengan Najis Dadah

Lagu-lagu yang biasa kita dengar kebiasaannya mengangkat tema cinta dan perasaan antara lelaki dan perempuan semata-mata. Lagu yang paling mendapat sambutan biasanya lagu-lagu kecewa kerana pasangan curang dan cinta tak kesampaian. Sebenarnya ada banyak sangat lagu Melayu yang membawa mesej yang baik dan tidak berkisah tentang cinta dunia sahaja. Ada juga lagu yang mengandungi isi tersirat berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Cuma taklah disebut secara jelas dan nyata perkataan DADAH tu.Nanti kang jadi lagu Agensi Anti Dadah pula. 

Berikut adalah beberapa buah lagu yang berkaitan dengan najis dadah. 

1. Mereka yang Rebah - Nyanyian Ramai

Lagu ni ada dalam buku teks Bahasa Melayu masa MY tingkatan dua dulu. Allahyarhamah Cikgu Hajah Siti Riah dahulu suruh kami nyanyi ramai-ramai dalam kelas. Siap buat pertandingan lagi. Lagu ni asalnya dinyanyikan secara beramai-ramai oleh penyanyi popular sekitar 1980-an. Antara artis yang menyumbang suara dalam lagu ini adalah DJ Dave, Sheila Majid, Abdullah Chik, Ben Nathan, Noraniza Idris, Bob Rezal, Azizul Khamis, Shuib Freedom serta Ibnor Riza.
Lagu ni dimuatkan dalam Album Hitam Putih Kehidupan yang diterbitkan oleh EMI Malaysia bersama dengan Jawatankuasa Album Anti Dadah pada tahun 1987. 


Tajuk : Mereka yang Rebah
Penyanyi : Various Artist
Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: Habsah Hassan

Lihatlah sekeliling kita
Betapa saban hari pasti ada saja
Harapan serta bunga bangsa
Yang rebah
Tak memadai sekadar keluhan
Apatah lagi jelingan serta cemuhan
Yang jatuh dan yang rebah itu
Adalah anak watan mu

* Untukkan sedikit masa emasmu
Kerana mereka memerlukan mu
Tersesat mereka di hujung jalan
Marilah bersama
Memberi bimbingan

Tak daya mengawali diri
Lantaran terlalu menurut kata hati
Mereka bagaikan kehilangan
Pedoman di masa depan

Ulang *

2. Mati Hidup Semula - Jamal Abdillah

Lagu Mati Hidup Semula ni dikatakan diambil dari kisah benar riwayat hidup penyanyi lagenda Jamal Abdillah. Lagu yang diterbitkan pada tahun 1986. Kalau dilihat bait demi bait dalam lagu ni, memang tentang kekesalan seseorang yang pernah terjebak dengan najis dadah. Kalau dah terjebak, Memang lupa dunia dan lupa keluarga.
Sebenarnya kalau kita tak fikir tentang diri sendiri, fikirkanlah tentang ibu bapa dan orang yang mengasihi kita. 

Tajuk : Mati Hidup Semula
Penyanyi : Jamal Abdillah

Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati

( korus )
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa

Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula

3. Aku Mahu Pulang - Amuk

Lagu ni memang jelas dan nyata kisah seorang penagih dadah yang mahu kembali ke pangkal jalan. Harap-harap sempat untuk bertaubat atau dalam bahasa senikata dalam lagu tu mencuci dosa. Takde orang yang sengaja memilih dadah sebagai pegangan hidup, tapi tulah 'kita manusia'.

Tajuk : Aku Mahu Pulang
Penyanyi : Amuk
Pencipta : Fauzan / Bok Lokman

Gelap malam pasti terang
Sang mentari pasti datang
Kesesatan perjalanan
Rahmat Tuhan menentukan

Berikan ku masa
Mencuci dosa
Akukan pulang menebus usia
Di musim berlalu sepi memburu
Memaksa perindu meruntuhkan nafsu
Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan menjadi pegangan
Menjadi buruan

Gelap malam pasti terang
Sang mentari pasti datang
Kesesatan perjalanan
Rahmat Tuhan menentukan

Terimalah kembali wajah ini
Jangan terus membenci sampai mati
Sedang hari berganti kau mengerti
Sedang masa berganda kau merasa
Aku manusia pelakon cerita
Di pementasan alam ciptaan-Nya
Bukan sengaja melanggar arahan
Kadang terlupa watak dan peranan aku manusia

Gelap malam (gelap malam)
Pasti terang (pasti terang)
Sang mentari (sang mentari)
Pasti datang (pasti datang)
Kesesatan (kesesatan)
Perjalanan (perjalanan)
Rahmat Tuhan (rahmat Tuhan)
Menentukan (menentukan yeah)

Terimalah kembali wajah ini
Jangan terus membenci sampai mati
Sedang hari berganti kau mengerti
Sedang masa berganda kau merasa
Aku manusia pelakon cerita
Di pementasan alam ciptaan-Nya
Bukan sengaja melanggar arahan
Kadang terlupa watak dan peranan aku manusia

Gelap malam (gelap malam)
Pasti terang (pasti terang)
Sang mentari (sang mentari)
Pasti datang (pasti datang)
Kesesatan (kesesatan)
Perjalanan (perjalanan)
Rahmat Tuhan (rahmat Tuhan)
Menentukan (menentukan yeah)

4. Putus Terpaksa - Ziana Zain

Ni lagu dari sebelah pasangan kepada mereka yang telah rebah. Bagi MY, kalau dah terjebak dengan benda terlarang ni, bukan mudah untuk mereka berubah, Jadi, berikan sedikit masa dan lihat. Kalau tetap tak berubah juga, betullah seperti lirik lagu ni. Terpaksa jua undur diri. Jangan menempah kata orang.
 
Tajuk : Putus Terpaksa
Penyanyi : Ziana Zain
Pencipta : Sa'ari Amri/ Sa'ari Amri

Seringkali kau menepis
Tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku
Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku

Verse 2:
Demi masa hadapan kita
Aku merayu kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Kupasti ruang untukmu
Masih ada

Chorus :
Puas sudah ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk
Impian hidup kita
Namun tiada oh kudratku
Untuk halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu
Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti

(CHORUS )

Verse 3 :
Demi masa hadapan
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua ku undur diri
Terpaksa jua ku undur diri

5. Ku Ingin Pulang

Lagu ni kurang popular sebab dia dalam album dan bukan single yang hits. Tapi MY tahu la lagu ni sebab pernah ada kaset dia. Memang kalau sekali dah terjebak, susah nak berubah. Ramai yang tertewas dari yang berjaya. Sebaiknya, janganlah sesekali kita termula mencuba walaupun sekali.
Tapi bila tengok lirik lagu ni, aduhai setianya pasangan dia. Sentiasa sedia menrima dengan pintu terbuka. Kat kampung-kampung selalu ada pasangan yang macam ni. Yang dah sah bernikah la. Keluar masuk pusat pemulihan dan rawatan. Bila balik rumah, buat isteri mengandung, kemudian bila masuk pusat rawatan semula. Anak dah bertatih nanti keluar pusat. dan isteri tetap setia menanti. 

Tajuk : Ku Ingin Pulang
Penyanyi : Kumpulan Scan
Pencipta : Sa'ari Amri / Habsah Hassan

Setiap ketika di mana pun diriku berada
Di puncak di lembah kutahu kau yang terhampir di jiwa
Tapi mengapakah setiap kali ku ingin pulang padamu
Berbagai kilauan bayangan indah melintas pandanganku
Dari padamu
Berkali terjebak ke dasar yang hina
Ku ulangi berjanji akan berubah
Tetapi semuanya tiada terkota
Menjadi biasa belum tertunai janjiku
Menjauhi kehidupan yang palsu
Seperti biasa aku tertewas dan alah
Namun kau sentiasa sedia
Menerima pulang ku dengan pintu terbuka
Berkali terjebak ke dasar yang hina
Ku ulangi berjanji akan berubah
Tetapi semuanya tiada terkota
Menjadi biasa belum tertunai janjiku
Menjauhi kehidupan yang palsu
Seperti biasa aku tertewas dan alah
Namun kau sentiasa sedia
Menerima pulang ku dengan pintu terbuka

6. Hitam Putih Kehidupan - Sheila Majid
Lagu ni berada dalam album yang sama dengan lagu Mereka yang Rebah di atas tu. Lagu ni sesuai dijadikan nyanyian koir di sekolah sekolah. Kehidupan kita memang sangat berharga dan tak sepatutnya kita bazirkan dengan menjadikan diri kita sebagai korban angkara dadah durjana.

Tajuk : Hitam Putih Kehidupan
Penyanyi: Sheila Majid
Pencipta : Adnan Abu Hassan / Habsah Hasan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapilah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

3 comments:

  1. singgah sini sat ^^ & follow dari http://www.thefox.my/

    ReplyDelete
  2. Oh? Uncle ingat lagu jamal je yg cerita pasal dadah

    ReplyDelete
  3. Semalam yang hangat-Wings
    itu pun pasal najis dadah kan!

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad