Alang-alang dah keluar dengan anak-anak yang dah besar ni,
Mama Yan dan suami bawalah mereka main boling,
Ni kali kedua bawa mereka main boling.
Kali pertama dulu, diorang masih sekolah rendah.
Sekarang, dua-dua dah naik sekolah menengah.
Masa cuti sekolah seminggu tu,
Anak anak Mama Yan yang nombor 3, 4, 5 dan 6 nak tinggal kat kampung.
Yang besar berdua ni tinggal kat rumah sebab si abang ada training perbarisan Hari Kebangsaan.
Jadi adalah masa untuk kami melayan anak bujang ni.
Ratu boling longkang...
Mama Yan sangat tak pandai bersukan.
Jadinya.. memang kebanyakan lontaran menuju ke longkang aje la...
Dan kedua-dua anak lelaki Mama Yan pun mengikut jejak longkang maknya...
Hampeh betul...
Gendut betul anak nombor dua MY ni.
Dari lahir memang chubby,
Masa baby, pengasuh dia panggil Syomok,
Abang dia panggil Adik Mok.
Dan panggilan tu lekat sampai sekarang cuma dia tak bagi panggil Adik lagi dah,
Dia kata adik dia dah ramai... hahah..
Dia pun bahasakan diri dia sendiri Mok.
Cuma ejaan dah moden sikit, Moq.
Swafoto adalah wajib.
Selain dijadikan kenangan, gambar juga adalah bukti adanya aktiviti di sana.
Juga sebagai bahan untuk menulis blog.
Dah balik tu, MY tanya la suami mana resit, nak tulis kat blog harganya.
"alaa..dah buang. tak cakap."
Aduhh... senang nau buang resit.
dia kata semua sekali RM70 lebih.
Katakanlah RM78, bahagi 4 sama dengan RM19.50.
Main dua frame, maknanya satu frame dalam RM10 la siap kasut.
Kalau pandai main, seronokla..
Kalau ke longkang manjang,
buat sakit tangan je...hahaha
bestnya...LM bertahun tak main bowling.zaman anak kecik je dulu rajin pergi layan diorang.LM tak pandai main,bosan la baling masuk longkang
ReplyDeleteAntara aktiviti riadah bersama keluarga yang menarik.
ReplyDeleteammi last main boling masa family day office lama..tahun 2018 kot
ReplyDeletetakpe MY kalau tournament memang ada anugerah Ratu Longkang...sy pun biasa dapat anugerah tu haha
ReplyDeletebest nya lepak kat bowl... kita dah lama x main bowling.. hhhha sekali sekali ratu longkang nak beraksi juga kan..
ReplyDeleteLama tak pegi Angsana.
ReplyDeleteAsiiknya main bowling bareng anak-anak,saya pun ga pernah bisa merobohkan semua 😁tapi seru yaa...
ReplyDeletelama x bawak Ian & Iris main bowling
ReplyDeleteHaha..Saya..kadang ok, kadang masuk longkang Jugakk.. Janji bersukan ek Kak..ahahaha
ReplyDeletesesekali healing kannnn... ke longkang tu biasa...kalau tak masuk longkang tu pro punya pemain hehehe
ReplyDelete