Masak lemak labu dengan sayur ranti - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, September 24, 2023

Masak lemak labu dengan sayur ranti

Kat rumah ni memang tak pernah labu dibuat sayur,
Selalu MY buat kuih je,
Bingka labu,
kek labu,
Tapi kali ni suami MY request masak sayur lemak labu.
Tapi takkan labu je semata-mata.
So singgahla ke pasar beli sayur.
Ingatkan nak beli pucuk manis,
Tapi takde pulak.
Yang ada sayur meranti, pun bolehla.
Nanti kesian pula labu tu bersendirian dalam periuk.

Resipi Masak Lemak Labu dengan Sayur Meranti

Bahan-bahan:

Setengah biji labu saiz kecil
Seikat sayur meranti
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis
Setengah inci kunyit
satu kotak santan 200ml
2 cawan air
garam
sedikit minyak

Cara cara memasak sayur lemak labu dengan sayur meranti:

Mula-mula potong 2 sebiji labu tu.
Kalau masak untuk satu keluarga besar boleh la nak masak sebiji labu.
Tapi anak anak MY nak makan kuahnya aje.
Potong kiub besar, jangan dipotong dadu, kang jadi inti karipap pula.

Kisar bawang, bawang putih, kunyit dan ikan bilis.
Bawang merah yang besar tu tau, bukan bawang merah yang kecik.
Lepas tu,
masukkan bahan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama sedikit minyak.
Minyak tu jangan banyak,
Bukan masak kari.
dalam dua sudu makan je cukup.
Masakkan sampai naik bau.
Bila dah naik bau wangi bawang tu, masukkan pula air dan labu.
Masak labu sampai lembut.

Kalau taknak letak kunyit pun boleh.
MY pun letak sikit je,
Taknak dia kuning menyala,
tapi taknak la dia putih sangat.
Bagi dia ada warna kuning pucat sikit.

Bila labu dah empuk,
masukkan santan dan garam.
agak-agaklah ajelah garamnya.
Susah nak bagi sukatan sebab tahap tolerance terhadapa kemasinan setiap orang berbeza.
Jenis garam pun berbeza rasa.
Masak sehingga kuah bersantan mendidih.
Kacau kacau sikit la ye,
takut santan tu berketul ketul nanti

Bila santan dah mendidih,
Masukkan pula sayur meranti.
Kalau tak jumpa sayur meranti ni,
Boleh je tukar dengan sayur lain.
Boleh letak sayur lain juga seperti Pucuk manis, kacang panjang, kobis, bayam ataupun pucuk ubi

Masaklah sehingga sayur kita lembut secukup rasa.
Rasalah garamnya dah okay ke belum.
Masak lemak ni kita boleh pelbagaikan ikut suka hati kita.
Kalau nak bagi nampak kayangan sikit,
Nak nak time mak kita nak datang,
Boleh la campak sekor dua udang rimau.

Bab ambil gambar masakan ni,
MY memang failed habis,
Ini semua disebabkan oleh kemalasan yang melanda selepas selesai memasak.
Siap je masak,
Terus makan.
Lupa dah nak ambil gambar lawa-lawa...
Tu pun nasib baik ingat nak baca doa makan...hahaha...

Ni ada lagi setengah biji labu dalam peti ais tu.
Nak buat bingka la petang karang.
Kalau rajin,
kalau tak rajin, buat lauk aje la...





 

7 comments:

  1. Tambahkan 5, 6 ekor udang gajah, dah tak payah masak lauk.

    ReplyDelete
  2. Lama pulak rasanya tak makan masak lemak labu ni. Favorite PH, campur sayur bayam. Pucuk meranti ni tak pernah makan tp kalau jumpa nak juga beli & masak macam MY ni :)

    ReplyDelete
  3. Ya ampun!
    Sedapnya MY. Kalau masakan begini selalu jumpa di rumah emak. Di LD tak jumpa sayur ranti.

    ReplyDelete
  4. Enak juga labu dibuat macam ni 👍. Biasanya labu saya buat pumpkin soup yang lembut dan creamy kak. 😄. Makan dengan roti gandum. Ala orang putih 🤣.

    Tapi kapan2 saya nak olah jadi sayur seperti ini 👍

    ReplyDelete
  5. ya Allah..febret saya sayur labu ni..dia saja pun boleh, tumbuk sambal belacan, tumis dengan minyak panas, then bubuh labu, buh air sikit..biar empuk labu tu...eh, mana nak cari labu kat sini, tak pernah jumpa..hahaha

    ReplyDelete
  6. Kemarin saya buat kueh kukus labu kuning,sayangnya tak sempat foto buat postingan, sayurnya kalau pakai pucuk daun paku cocok gak ya?

    ReplyDelete
  7. lemak labu tu biasa la , sayur ranti tu..emm.. rare

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad