Mung Mung Halal Chinese Food Pekan Nanas - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, September 6, 2023

Mung Mung Halal Chinese Food Pekan Nanas

Semalam, peperiksaan habis pukul 4, 
Mengaji pula ditunda ke pukul 5.
Jadi masing masing ajak pergi minum minum dulu.
Haus sangat katanya.
Dua jam tu ada 10 minit je rehat. 
Tapi tak boleh pergi kantin.
Boleh minum air bekal dan pergi toilet sahaja.
huh.. tak kesian pun. 
Biasalah tu.. sebab tu mamanya sentiasa suruh bawa botol air tiap hari.

Diorang ni cakap aje nak minum-minum,
tapi biasanya itu adalah ayat ayat scam semata-mata.
Kalau dah duduk kat kedai,
mesti nak makan-makan sekali.
Tapi layan ajelah.
Masa ni je anak-anak bersama kita.
Nanti bila dah dewasa,
nak dapat peluang makan bersama, entah entah kena buat temujanji 6 bulan awal.

Tempat yang paling mudah untuk parking adalah di Mung Mung Halal Chinese Food,
belakang Petronas tu
Mama Yan memang malas nak bersesak sesak, nak cari parking, dan nak parking sempit sempit tu..
stress tau.
Jadi kat sini banyak kawasan lapang. 
Suka hati nak park melintang ke, menegak ke, senget ke,
takde sapa peduli.

Mung Mung Halal Chinese Food Pekan Nanas
Mama Yan masih lagi selesema dan sakit tekak.
Jadi, makan roti bakar cicah teh o cukuplah.
Belum ada selera makan.
Makan untuk alas perut je.
Takut gastrik dan angin.

Mung Mung Halal Chinese Food Pekan Nanas
Ni Aril punya sup daging.
dia nak makan nasi lauk sup daging.
Padahal kul 1 tadi dah makan nasi kat rumah.
Ni pukul 4 makan nasi lagi.
Habis licin pulak tu.
Manalah tak makin bulat.
Sup daging ni guna kuah yang sama dengan bakso rasanya.
Ada rasa pedas merica (lada hitam) yang kuat 

Mung Mung Halal Chinese Food Pekan Nanas
Ni pulak megi sup Ucid.
Ada fish cake, ayam, taugeh dan mi megi.
Sedap sangat kuahnya.
cukup rasa masin dan MSGnya...hahaha..
Sesekali sahaja ya anak anak...

Mung Mung Halal Chinese Food Pekan Nanas
Kta nak ambil gambar makanan dia dalam mangkuk, 
sibuk dia nak menyelit sama.
Hah ye lah.. cepat.. senyum!
Begitulah pula aksinya budak Ucid ni.

Mung Mung Halal Chinese Food Pekan Nanas
Erkkhh.... Dak Aril makan taugeh?
Ini luar biasaaaa!!
Anak anak Mama Yan sorang pun takde yang makan taugeh.
Hari tu ayah dia paksa sorang makan tiga tangkai taugeh.
Masing-masing telan tak kunyah.
Rupanya yang seketul ni, boleh je makan taugeh lepas cuba makan sekali.

Gambar makanan Sarah takde kat sini,
Sarah makan nasi ayam.
Masa makanan dia sampai, 
dia tengah merajuk.
Malas nak simbah minyak...hahaha.
 
Macam biasa... Sarah makan mana pernah habis.
Dan tak perlu risau...
Kembar dia sentiasa sudi habiskan.
Semua orang dah dapat makanan,
boleh pulak makanan dia orang kedai lupa.
Apa lagi, panjanglah muncung rajuknya.
Bila Mama Yan ingatkan akak kedai tu,
Akak kedai tu boleh pulak mengusik dia..
Memang makan panjanglah muncungnya.
Aduhai.. tak sporting betul anak dara sorang ni.
Kembarnya tak pernah serius, dia pulak 24 jam serius.
Macam macam ragam anak anak ni kan...

Yang ni cuba makan kat sini,
boleh la berkunjung ke :

Mung Mung Halal Chinese Food
Kedai Makan Cina Muslim di belakang Petronas Pekan Nanas,
Jalan Masjid Pekan Nanas,

Kalau tak jumpa kedai, cuba call nombor telefon di bawah ni:-
No tel : 010-983 1930 

16 comments:

  1. Replies
    1. Sedap. Pembakarannya sempurna. Tak garing sangat. Tak lemau sangat

      Delete
  2. Aduhai... kena dera ke tu, makan taugeh hehehehee.

    ReplyDelete
  3. macam comel tapi tak.. geram ada la...hahaha

    ReplyDelete
  4. Kehkeh…comel dak Ucid buat muka gitu.
    Bila balik Pontian tak tau nak makan mana, bolehlah akak try makan sini pulak.

    ReplyDelete
  5. Boleh cuba ni, selalu gak lajak ke Pontian teman Laki gi repair pancing dia..

    ReplyDelete
  6. Kembar lain jantina ke tu? Meriah betul. Kalau makanan Cina Muslim ni saya suka mi hokkien.

    ReplyDelete
  7. seronok nengok macam-macam kerenah anak MY tapi paling lucu yang sorang ni lah. Dia bergambar je dah muka kelakar, meriahkan suasana. Geram nengok sup yang ada tauge montok2 mujur ada yang boleh makan ye

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap mi daging tu. Biasalah budak2, mula2 bgtau nak minum je tapi bila dah smp kedai jadi lapar bau makanan kat kedai 😅

    ReplyDelete
  9. Whoaa..Sedapnyaaa! Kalau singgah sana boleh try makan sini... Haha..takpa makan banyak, tengah Aktif lagi kan.... Ok lah..dah ada sorang boleh makan taugeh 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau datang pekan nanas baik datang rumah kak yan jurr.. akak masakkan megi taruk taugeh

      Delete
  10. Lucuuu sangat anak2 kakak, apalagi ada yang kembar yaa ☺️❤️. Beda perangai, tapi memang anak kembar selalunya begitu.

    Kalau ini dekat, dah nak coba saya. Makanannya pasti sedap. Dan halal pula. Saya suka Chinese foods, tapi terkadang susah cari yg halal kan. Jadi happy kalau ada yg halal dan sedap.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rezeki makan bersama. Semoga anak-anak akan kenang memori ni sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  12. chaiyok aril makan taugeh. sedap apa taugeh? rangup rangup gituuuu ;-)

    ReplyDelete
  13. roti bakar..makanan yg simple but sedap je kalau makan panas2 kan...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad