Sayur Pak choy ni juga dipanggil Pok choi, Bok Choy,
sawi pendek, sawi mini, dan beberapa lagi nama lainnya mengikut loghat masyarakat setempat.
Mama Yan memang suka sangat sangat sayur sawi yang ni sebab dia kurang pahit berbanding dengan sawi yang panjang tu.
Kalau MY yang pergi beli barang dapur,
Memang akan ambil sayur ni je...
Tak jemu pun..
Kadang kadang hiris letak dalam nasi goreng,
dan selalu juga letak dalam megi.
Masak pun ada macam macam cara.
ada yang celur, kemudian toskan.
Lepas tu siram dengan bawang putih tumis dengan sos tiram.
ada yang buat sayur campur dengan lobak merah, brokoli, jagung.
Ada yang masak bening atau tumis air air.
Masak mana mana pun sedap pada MY.
Jadi sebab takut blog MY takde entry,
selalu la MY bawa handphone ke dapur.
Sebab nak ambil gambar masa tengah masak
Selain daripada tu,
untuk buka Spotify lagu-lagu BSB, N'Sync, Britney Spears dan lain-lain 2000s hits song
Resipi Sayur Sawi Pak Choy
1 ikat sawi Pak Choy (dalam 4-5 pokok)
1 tiub tauhu telur
2 sudu besar sos tiram
2 tangkai cili hijau besar
1 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
garam
sedikit tepung jagung
minyak untuk menumis
Air untuk buat sedikit kuah.
(kalau suka stir fry kering tanpa kuah jangan letak air)
Cara masak:-
Potong tauhu telur bulat bulat.
Tabur dan salut dengan tepung jagung.
Kemudian goreng tauhu telur dengan minyak panas sehingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang dalam sedikit minyak yang telah dipanaskan.
Bila bawang dah layu,
masukkan batang sawi dahulu.
Kemudian, masukkan sedikit air untuk lembutkan batang sawi.
Ada orang tak suka letak air, tak suka tak payah letak.
suami tak suka sayur krup krap, dia dah terbiasa makan menu orang takde gigi.
Masukkan garam dan sos tiram untuk memberi rasa kepada sayur kita.
Kalau takde sos tiram, letak garam je pun boleh.
Lepas tu masukkan hirisan cili hijau.
Gaul rata.
Last sekali masukkan pula daun sawi.
Kacau rata sehingga daun sawi layu.
Tutup api dan terus pindahkan ke dalam mangkuk.
Baru perasan, susunan gambar nombor 3 dan 4 tu terbalik.
Hahaha..
Lantak situ.
Mama Yan baca tips tips untuk tak bagi blog lambat loading,
kena kurangkan gambar.
Tu yang MY buat kolaj je gambar gambar masak ni.
Kita ni suka letak gambar gambar dalam blog.
Nampak meriah sikit blognya.
Tapi sekarang, dah lain algoritmanya.
Kalau banyak banyak gambar nanti tak naik rank, orang susah cari,
Nak buka lambat dan lain lain lagi.
Tapi betul lah tu kan...
nak letak banyak banyak gambar pergi lah kat lain lain apps macam Instagram, Lemon8, Pinterest tu semua.
Kat blog untuk orang yang nak baca baca je...
agaknya la...
Biasa masak sayur ni untuk makan malam je.
Sebab Mama Yan dengan suami aje pun yang makan sayur.
Anak tak makan sayur,
masak penat penat bukan diorang makan pun.
Jadi tunggulah untuk makan malam baru masak sayur.
Tengahari, suami tak balik makan nasi kat rumah .
Okaylah.. nanti bila bila free MY datang blog korang pulak ye..
Yang takde blog, bagi nama fb,
nanti kita komen2 kat fb.
Silent reader ada?
Teruskan reading kay.. I love you all..
Akak pun, bawak hp ke dapur sebab nak bukak Spotify. Santai sambil masak gitu 😄
ReplyDeleteAkak letak je gambar banyak di blog sebab tujuan untuk rujukan sendiri di masa akan datang. Tapi sebolehnya akak cuba tak lebih 10 gambar supaya tak berpinar mata orang tengok. Satu lagi, wajiblah compress gambar tu sebelum letak di blog supaya saiz jadi kecik mudah loading.
Sy selalu bawa hp ke dapur utk ambil gambar jer, hihi.
ReplyDeletesedap menu nya tu MY, kadang malas nk masak sayur akak berulamkan timun je mudah kerja hehehee.
ReplyDeletesayur wajib ada gak kat peti ais LM. suka pakchoy sebab manis
ReplyDeletepak choi ni kan kalau kita just rebus.. letak ikan bilis goreng atas tu, pastu letak sos tiram heheh.. makan gitu je
ReplyDeleteapa2 lauk ada tauhu telur mmg terbuka selera saya hehehe
ReplyDeleteLain orang, lain cara masakannya. Lama juga tak beli dan masak tauhu telur ni. Suka masak dengan sayur alfafa.
ReplyDeleteMA pun suka sayur ni..goreng & makan mcm tu je pun sedap
ReplyDeleteyes...MA punya blog suka letak byk pic2 .. dr dulu lagi pun
MA pun 203 hari slow skt BW .pagi ni ada masa, marathon sikit tu
Masakan simpel dan praktis tapi enak
ReplyDeleteammi belasah je pak choy ke sawi ke..pahit pun ku telan jua. kalau beli sawi ammi suka beli yg batang dia besar tu..sawi cameron
ReplyDeleteSaya kalo sayur memang sukaaa sangat kak. Sayuran mentah pun saya suka, asal ada sambal belacan 😄.tapi kalo suami dan anak2 harus dimasak. Memang tak suka yg mentah mereka.
ReplyDeletePokcoy ni memang sedap. Nanti saya nak buat dengan tofu lah.