Tak tahu nak letak apa tajuk yang sesuai sebenarnya...
Lantaklah apa tajuk pun..hahaha
Kalau orang tanya tu.. jawablah.
"Saya nak makan udang tu,
biasanya lauk saya makan last,
nak ratah.
Tapi kalau awak nak, ambillah."
Kan senang..
Jangan la simpan dalam hati,
Alih alih tinggalkan girlfriend gitu je,
Sebab girlfriend nya suka rembat lauk boyfriend.
Tulah complicatednya orang lelaki ni,
taknak cakap,
pendam pendam,
alih alih cari girlfriend lain.
Takpe, barulah tahu kan...
adik adik dan kakak kakak,
pasni nak rembat lauk partner,
tanya betul betul tau.
Dapat yang kedekut serupa kanda Kassim Baba, yang haji bakhil,
sampai beranak pinak dia ingat udang dia pernah disondol perampas...kahkahkah
Ada satu kisah benar ni,
Diceritakan sendiri oleh tuan punya badan.
Si isteri ni asal dari keluarga yang susah,
Jadi ibu si isteri ni ajar,
kalau makan nasi, jimat jimat lauknya.
tinggalkan untuk suapan terakhir,
Supaya makannya terasa puas sebab sedap.
Lepas si isteri ni kahwin,
Dia cuba la praktikkan dengan si suami.
Tapi family suami jenis berhabis pun takpe bab makan.
Masa baru baru kahwin belum kenal habis lagi peel suami.
Diaorang masak kari telur 5 biji.
Dah deal suami 3 biji, isteri punya 2 biji.
Masa makan tengah makan, suami dah kaut dari dalam mangkuk 4 biji.
Si isteri biarkan aje lah..
Mood pengantin kan.
Segan nak tegur suami, takkan itu pun nak berkira.
Si isteri pun masih terus jimat jimat telur nan sebiji dalam pinggan,
Menghampiri suapan teakhir,
Tiba-tiba si suami cekut telur yang disayang-sayang dalam pinggan si isteri.
Ngapp!
terus masuk mulut in one shot.
Dia kata memang nak nangis tengok gelojohnya suami dia.
Masa bercinta, kat kampung takda dating dating keluar makan sama sama.
Masa dah kahwin la baru nampak perangai huduh masing-masing.
Lama-lama, dia pun terpaksa sama naik gelojoh dengan suami.
Anak-anak pun, sama juga mengikut cara makan macam tu.
Lambat habis.
Kalau nak tinggal,
memang kena sorok betul betul.
kalau masak siang, takde nak tinggal untuk malam.
Habis masa tu juga.
Jenis makan sekali lalu,
Selagi ada dibedal.
Segala didikan oleh maknya,
langsung tak boleh dibawa ke alam rumahtangganya kerana didikan keluarga suami lagi power.
*********************
Dalam setiap perhubungan,
tak kira hubungan suami - isteri,
atau baru nak cinta-cinta,
hubungan dengan kawan,
hubungan dengan keluarga,
berkomunikasilah dengan baik dan berkesan.
Jangan biarkan pasangan kita buat perkara yang kita rasa tak betul,
Tapi dibiarkan tanpa berbincang.
Makan hati sebelah pihak.
Perkara kecil pun akan jadi besar bila dah lama sangat pendam dan menjadi kudis.
Silap silap boleh jadi barah dalam perhubungan yang seterusnya membawa kepada pergaduhan.
Nampak remeh, tapi ada yang anggap ini sangat berkait dengan adab.
Ada yang anggap ini perkara kecil.
Setiap orang tak sama akan keterbukaan dan penerimaan terhadap sesuatu perkara.
Jadi, jangan anggap semua orang sama seperti kita okay.
semoga semuanya baik baik sahaja untuk pembaca blog Mama Yan..
Wallahualam.
Suami kita dulu selalu gitu, dia suka ambil lauk dlm pinggan ammi. Sekali ammi ckp “abih tu sy ni mmg kena makan nasi semata jelah?” dalam nada perli ahaksss.
ReplyDeleteNasiblah dpt bini sejenis tak suka terus ckp
Biasanya kalau kaki rembat dia akan tanya sambil tangan kaut masuk dalam pinggan. Tak makan ke ni? Zappp terus kaut. Hahhaha
ReplyDeleteSetujuuuu sangat 👍👍👍. Saya tipe yang akan bercakap tak suka kalau memang tak suka. Masa-masa dating dengan suami, ada beberapa yg saya tak suka dengan kebiasaan dia, salah satunya memuji artis wanita di depan saya 😅. Iya saya cemburu dengarnya. Mungkin kalo wanita lain hanya diam, lalu tiba2 merajuk. Saya tak nak seperti itu. Saya bilang terus terang, saya tak suka dia memuji wanita manapun di depan saya. Di belakang saya terserah
ReplyDeleteDan saya akan melakukan hal sama di depan dia, saya tak akan puji lelaki lain. Saat itu suami langsung happy, karena dia jadi tahu apa keinginan saya. Dia pun tipe yg selalu cakap kalo tak suka.
Penting sangat komunikasi seperti itu. Biar tak ada salah paham antara pasangan. Banyak kejadian suami istri bercerai Krn tak sepaham. Padahal masalahnya masih bisa di solve asalkan mereka mau terbuka dan berbincang. .
Kalau lagi pacaran memang yg terlihat indah"nya saja, begitu memasuki pernikahan watak dan perilaku baru terlihat jelas😁...ah mudah"an kita bukan tergolong orang-orang yg seperti itu, rakus banget..sampai persoalan makanpun mau menang sendiri..
ReplyDeleteApalagi persolan lain...masalah makan saja dia seperti itu, bagaimana dengan hal-hal lainnya?
ReplyDelete