Watsons Baby Tint Glow - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, September 15, 2023

Watsons Baby Tint Glow



Orang pompuan kann...
biasalah.. Kalau dapat masuk Watsons,
Memang jarang la keluar dengan tangan kosong.
Ada aje benda yang nak dibeli.
Kali ni, MY beli pelembab bibir.
Mama Yan memang tak berapa rajin pakai lipstick.
Lagipun kita ni bukanlah wanita berkarier,
Sekadar part time blogger, surirumah sepenuh masa, bekas jurutera, dan salah seorang pengarah di syarikat pembinaan kecil kecilan aje.
tak perlu melaram dengan lipstick merah menyala.
Nanti tak senang duduk encik suami... kahkahkah...

Sebenarnya MY memang dari dulu kurang suka pakai lipstick,
tapi kalau tak pakai,
nampak pucat pulak.
Seingat MY, jarang la lipstick ni MY pakai sampai habis kena korek korek,
Selalunya, lipstik tak habis lagi,
dah kena buang sebab dah expired.
Ada yang sampai berjamuran (berkulat), 
Ada yang dah berubah warna sebab dah lama tapi tak sempat habis.
Zaman sekarang dah banyak lip balm yang berwarna,
Jadi tak payah risau kalau tak pakai lipstick.
Boleh pakai lips balm, lips glow atau lips tint yang tak memberi warna terang benderang.

 Watson Baby Tint Glow
Baby Tint Glow ni keluaran Watsons sendiri.
Ada dua warna, satu warna yang Mama Yan beli ni Coral Rose dan satu lagi warna Rosy Pink.
Baby Tint Glow ni bersaiz standard, 3.9 gram.
Harganya RM14.90 untuk satu, 
kalau beli dua harganya RM20.86, jimat RM8.94.
Kalau beli dengan harga PWP dalam RM10.90 kalau tak silap.
boleh semak di mana-mana rangkaian Watsons terdekat.

Baby Tint Glow ni diformulasikan dari minyak sawit serta mengandungi shea butter, minyak marula dan minyak daun moringa bagi melembab dan mengelakkan bibir dari kekeringan.
Pokok moringa ni juga dipanggil pokok kelor atau remunggai. Buahnya memang tak asing lagi dijadikan bahan tambah dalam masakan kari, nak nak kari mamak dan India. Tak sangka pula pokok ni banyak khasiatnya.

Selain itu, ia juga dirumus khas dengan Vitamin E untuk mengekalkan kelembutan bibir. 
Dan yang paling best, ada SPF15 sebagai perisai daripada panahan sang mentari.

Dah la MY ni ada habits suka kopek kulit bibir yang kering,
Jadi memang wajib la pakai pelembab untuk elak jari jemari ni mengoyakkan-ngoyakkan kulit bibir.
Kalau dulu, memang sampai berdarah darah bibir.
Sekarang, takde dah sebab bibir MY dah tak kering menggelupas lagi dah.

Nampak kan perbezaan antara lepas pakai lip tint dengan sebelum pakai.
Lepas pakai bibir nampak lembab,
tapi taklah merah menyala mengalahkan lampu brek ke tiga.
bagi muka nampak lebih segar je cukuplah

Sambil tunggu anak keluar kelas sempat la kita berselfie untuk bahan menulis blog.
MY memang bawa Lip Tint ni letak dalam handbag.
Senang nak pakai dan nak top up semula.
Kita bukan nak berlawa lawa untuk mengurat,
Tapi untuk jaga bibir kita supaya kekal sihat,
Zaman dulu dulu zaman takde duit dan takde kemudahan,
guna je petua petua orang dulu,
Letak marjerin lah,
letak madu lah,
letak gula lah..
Sekarang dah ada yang mudah.
Tinggal nak guna je...
Cer kongsi korang punya pelembab bibir.. nak tahu juga..





 

6 comments:

  1. Nice on you Yan. Still nampak berseri walau hanya dgn lip balm.
    Bagus!. Tak tabaruj sgt. Hihi.

    ReplyDelete
  2. Kalau akk pakai lipstick merah, cik abang nanti panas punggung je .. tk bole duk diam nnti dia XD

    ReplyDelete
  3. Kalau saya zaman masih kerja di banking, memang sukaaa koleksi lipstik kak 😄. Tapi setelah resign, jadi banyak yg terbuang Krn expired 😅. Akhirnya Skr pun saya lebih suka pakai liptint. Biasa yg saya pakai liptint dari Laneige, holika holika atau moonshot.

    Memang mostly produk Korea, karena cocok dengan saya, makanya saya pakai trus.

    ReplyDelete
  4. nampak perbezaan tu..boleh cari ni bila ke Watson...harga pun reasonable...

    ReplyDelete
  5. Saya lembabkan bibir guna Vaseline... tapi pakai liptint jugak kadang kadang before pakai lipstick..hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad