Anak pergi perkhemahan sekolah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, October 16, 2023

Anak pergi perkhemahan sekolah

 Hari ni anak MY yang nombor tiga tu nak pergi perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah di UTM Skudai.
Mamanya pulak rasa berat hati nak lepaskan.
Rasa macam kecik lagi je nak bagi pergi camping ikut sekolah ni.
Sebenarnya, perkhemahan ni untuk tahun 6 dan sebahagian tahun 5.
Tapi ada beberapa kekosongan kerana ada pelajar yang tak dapat mengikuti.
Jadi penyertaan dibuka juga kepada murid tahun 4.
jadi, mesti ramai murid tahun 6 aje.
Harap harap dia boleh bawa diri nanti.
Barang nak bawa pun semua mama yang siapkan.
Siap mamanya ni bawakan lampu tiga jenis, bawakan kipas kecik, bawakan jajan..

Kalau ikutkan kat surat,
Bertolak pukul 12, Pukul 11.30 pagi MY dah tunggu depan pagar sekolah dengan bag Aril.
Sampai pukul 12 takde tanda tanda nak bertolak pun.
MY hantar whatsapp pada cikgu,
Rupanya,
perkhemahan dibatalkan.
Mama Yan tak dapat info sebab nama MY tertinggal tak masuk dalam group whatsapp.
Maklumla, penyertaan mengisi kekosongan kan..

Program tu tak dapat kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri.
Rentetan dari tumpasnya Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar yang dipercayai mengalami strok haba ketika menjalani latihan di Kem Pusat Latihan Tempur Darat (PULADA) Kota Tinggi, 
maka sebarang aktiviti luar sekolah dibekukan sehingga ke tarikh yang diberitahu kelak.

Al Fatihah...Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar di kalangan mereka yang beriman.






4 comments:

  1. Allahu Akbar!
    Begitu ceritanya ye MY.

    ReplyDelete
  2. Innalillah... al fatihah buat arwah.
    mesti frust hero kecik tu sbb dah excited dah kan

    ReplyDelete
  3. Innalillahi wainna ilaihi rojiun… Semoga Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
    Tak pasti di JB macamana tapi dekat KL ni masih lagi berjerebu dan panas. Kalau boleh jangan sertai aktiviti di luar musim jerebu ni takut anak2 jatuh sakit.

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wainnailaihi rojiun. Sedihnya , masih muda sangat 😢. Usia memang tak ada yang tahu. Semoga orangtuanya bisa kuat menerima cobaan ini...

    Setuju dengan kak Carneyz , sebaiknya memang tak keluar dulu dengan cuaca dan asap seperti ini. Anak saya dah berkali2 masuk RS karena masalah pernapasan 😔.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad