D Suasane Ibai Kuala Terengganu - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, October 4, 2023

D Suasane Ibai Kuala Terengganu

Okay..
Sebelum baca entry ni,
kena reverse baca entry sebelum ni dulu.

Lepas check in Seri Minang Cottage dan semua dah meregangkan badan,
Dah siap mandi-mandi, 
Dah solat,
Kami pun keluar nak pergi jalan-jalan cari makan di sekitar Kuala Terengganu.
Sebab tak tau tempat makan,
Mana nampak meriah kami pun singgah la.
Rupanya...wahhh...
Ramai betul pengunjung di sini

D Suasane Ibai Kuala Terengganu
Berasak-asak kami berjalan menuju ke kedai ikan bakar D'Suasane Kuala Ibai ni.
Tapi, takde meja kosong yang memuatkan kami bertiga belas orang ni

D Suasane Ibai Kuala Terengganu
Tempat makan dia konsep terbuka.
Dua tingkat.
Tapi kami tak jadi makan kat sini.
Ingat nak terus cari tempat makan lain,
Tapi Adik Mijan meragam pula.

D Suasane Ibai Water Sport Kuala Terengganu
Adik Mijan mengaruk guling- guling nak naik bot Angsa, 
lama jugalah kami menunggu giliran naik bot.
Kalau blah gitu je tak naik bot dulu,
Haruslah dia mengaruk sepanjang malam.

D Suasane Ibai Kuala Terengganu
Sementara menunggu,
Belikan buih sabun dan permainan apa entah macam hose mesin basuh aje rupa mainannya.
Kalau takde mainan, 
kena bagi handphone nak suruh diam,
Tapi kalau setakat bagi handphone, 
Baik tak payah bawa jalan-jalan.
Ucid dan Aril bertugas melayan Mijan.

D Suasane Ibai Kuala Terengganu
Yak yak Yeayy...dapat naik bot..
Bukan main gembira lagi Adik Mijan.

D Suasane Ibai Kuala Terengganu
Cantik pemandangan kat belakang MY tu..
Lampu lampu kedai makan D'Suasane tu
Mula-mula ingatkan tasik biasa macam kat UTM Skudai,,
Tapi bila tengok maps, nampak macam lagun sebenarnya.
Laut pesisir yang dah terkepung dengan mendapan pasir laut

D Suasane Ibai Kuala Terengganu
Ni la bot angsa yang memukau mata Mijan malam tu,
Dia nak naik yang ni sebenarnya.
Tapi yang ni tak boleh naik ramai-ramai.
Abang-abang pun malas nak mengayuh secara manual,
Ayahnya pun tak kuasa nak mengayuh,
Ambil yang ada enjin je senang.
Lagipun susah kalau pecah-pecahkan anak-anak ni.
dah la malam...
buat dua team aje senang.

D Suasane Ibai Kuala Terengganu
Ni team adik ipar MY.
Mak mentua MY, adik ipar, biras, anak dia dua orang dan anak MY si Sarah naik yang ni.
Bot lagi satu MY sekeluarga tapi tak termasuk Sarah.
Si Sarah dok menempel je dengan Mak Usu dan kakak Alia dia.
Kami naik bot yang ni boleh muat maksimum 5 dewasa 2 kanak-kanak.
Harga sewa satu bot RM50.

D Suasane Ibai Kuala Terengganu
Dah dapat naik, walaupun sekejap,
Cukuplah, dia akan cool.
Selagi tak dapat, memang dia mengamuk nak juga.
Takde tolak ansur atau pujuk memujuk dengan Mijan.

Tapi Alhamdulillah..
Semua happy...
Tapi mak mentua MY takut.
Bising je mulut dia...hahaha...
Dah la adik ipar MY tu anak bongsu.
Lagi maknya takut,
Lagi kuat dia menyakat.

Kami keluar dari kawasan D'Suasane ni pukul 10 malam. 
Lepas tu, cari kedai makan pula.
Gambar-gambar kat kedai makan tak ambil sekeping pun.
Anak anak biasanya pukul 9.30 dah tidur.
Ni pukul 10 baru nak cari tempat makan.
Memang muka masing-masing dah masam kelat dah.
Lapar + mengantuk + penat.
Mama Yan dengan biras,
Masih pot pet pot pet lagi..hihihi...
Biasalah... geng mak mak memang banyak tenaga kalau jumpa regunya.

Lupa pula nak snap dan tak ingat pun nama kedai makannya. 
Lambat ya rabbi masaknya. 
Makanan sampai satuuu....
Satuuu....
Lauk yang sampai lambat tak habis.
Sebab semua dah tak larat.

Alhamdulillah dan syukur banyak banyak atas kurniaan rezeki makanan dan keluarga yang baik-baik.
Semoga ada peluang bersama-sama lagi nanti..
InsyaAllah...

3 comments:

  1. mak mak bila jumpa geng tak ingat masa dan suasana, borak sampai lewat pun syok tpi anak-anak jelah yang tak bagi kerjasama kadang tu ehehhehe.

    ReplyDelete
  2. sronok dpt naik bot tu...aduhai bila makanan lmbt smp..mmg spoil

    ReplyDelete
  3. ramai org, mesti viral tu
    wah..kayuh2 bot..suka dia yer

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad