Dah lama tak ikut suami pergi site,
Jadi memang dah lama takde entry yang berkaitan dengan dunia pembinaan.
Sekarang entry semua bergenre kewanitaan dan rumahtangga aje.
Bulan lepas adalah sekali ikut suami jengah site.
Rupanya suami pun dah lama tak pergi site.
Serah pada engineer dan supervisor aje.
Suami MY kata,
staf di tapak dia semuanya hebat hebat belaka.
hebat merancang dan menyusun strategi kerja di tapak,
kemudian ada kepakaran masing masing.
Staf kami, ada hebat dari segi PR dan komunikasi,
ada yang hebat dalam kerja menyelia kerja mekanikal dan elektrikal,
ada yang hebat dalam kertas kerja,
rezeki kami dapat staf yang hebat-hebat dan terbaik.
Tapi pernah juga la dapat staf yang hampas...
yang tu takyah sebut lagilah.
let it gone with the wind... hahaha..
Okay sajalah nak cerita untuk pengetahuan am sahaja...
Gambar di bawah ni sebahagian dari projek kami buat rumah untuk keluarga asnaf.
Sekarang takde projek besar-besar.
Projek kecik-kecik aje.
Jadinya tiang pun kecik aje lah.
Besi kecil yang terjulur dari dalam tiang tu,
kami panggil dowel bar.
Ada yang panggil dowel rod juga.
Kami gunakan besi bar R6 sahaja.
Masa konkrit tu masih belum keras,
Cucukkan sahaja besi tu ke dalam acuan (formwork) tiang.
Tapi kena tebuk lubang kecik dulu la kat acuan kayu tu.
Dalam satu tiang tu,
Kalau betul-betul ikut buku,
ada jarak minima untuk dan panjang minima.
Tapi sebab buat projek kecik kecik ni,
kita pakai ikut hukum kampung aje la.
Rule of thumb bak kata Wak Kang.
Tujuan dowel bar ni,
Untuk mengikat dinding batu bata supaya berada kukuh di tempatnya.
Masa ikat batu bata nanti,
Besi dowel bar ni nanti akan diapit oleh ikatan batu bata dan simen.
Supaya nanti,
kalau makcik makcik kat kampung,
buat Yasinan,
Masing masing menyandar kat dinding,
Taklah dinding tu tumbang ke belakang.
dinding dah kukuh terikat pada tiang.
haa...gituuu....
Okay..dah dapat satu entry...
terima kasih kerana sudi membaca...
Behind every succesful man is an encouraging wife!. Alhamdulillah. Moga terus sukses.
ReplyDeletebuat ikut buku. tak ada lah tembok senget la bagai kan?....salam Ahad sahabat
ReplyDeleteTerima kasih bagi ilmu
ReplyDeleteWoww..Menarik!!! Baru kutahu namanya ek.. Alhamdulillah...staff hebat pun Rezeki ❤️❤️
ReplyDeletebaru tau, terima kasih sebab share
ReplyDeleteOwh dowel bar nama natang tu
ReplyDeleteSelalu buat tapi tak tahu nama tu
hahaha selalu nampak besi ni tapi tak tau nama dia. dok sebut besi tu besi ni je hshshs thanks kak yan share ilmu
ReplyDeletehahaha selalu nampak besi ni tapi tak tau nama dia. dok sebut besi tu besi ni je hshshs thanks kak yan share ilmu
ReplyDelete