Lepas beli kasut Converse hujung minggu lepas,
Kami pun turun ke ground floor.
Dah sampai Jusco jauh jauh takkan nak balik gitu je kan..
Haruslah pow dulu Encik Suami cukup cukup.
Jadi kami pun makan dulu di Tony Roma's berdua-duaan sahaja.
Keluar tak bawa anak-anak...
Zalim tak mak pak nya ni?
Untuk diorang, MY orderkan pizza hut delivery aje.
Kira makan sedap juga la tu kan.
Tapi mak ayahnya makan lagi sedap...hahaha..
Tak aci betul.
Alah syesyekali...
Lunch date berdua-duaan.
Jaman belum ada anak dulu jangankan Tony Roma's,
Nak beli beras pun korek tabung syiling..hahaha
Ni pamphlet atas meja tu.
Kami tak makan yang ni.
Ambil gambar sahaja.
Harga untuk 200 gram daging wagyu tu RM199.90.
Huishh... ni kalau makan,
haruslah dinikmati dengan penuh penghayatan ye...
Mama Yan order air apple, suami pula fresh orange.
Kedai makan macam ni,
Air biasa macam ni pun RM 14... huhuhu
Ni hidangan untuk suami.
MY orderkan Beef Rib & Filet Medallions Combo.
Sebab suami tak suka kalau daging tu masih merah merah lagi, kita minta yang 'well done'.
Suami kata yang ribs tu sedap sangat.
Dagingnya lembut sangat.
Rasa dan perisanya meresap ke dalam urat daging.
MY rasa sepotong je tapi tak MY tak minat daging yang lembut sangat macam tu.
MY suka daging yang ada rasa padat.
Yang medallions tu, rasa tawar sikit.
MY ambil seketul medallion tu sebab konsep hak suami, hak isteri jua.
Hak isteri, milik isteri seorang.
Medallions tu steak daging yang saiz kecik dan bulat.
Kuahnya kat luar je, bahagian dalamnya rasa daging yang padat.
sebab tu suami kata tawar.
Tapi MY rasa, sedap je.
eh.. bukan sedap je... sedap sangat weh.
MY boleh je makan daging rebus tawar hebeh takde garam.
Kalau daging rebus takde garam pun MY rasa sedap,
daging yang sedap macam tu,
lagilah MY suka.
Yang ni memang tak rugi order.
Yang ni pula hidangan untuk Mama Yan la.
Lamb Ribs & BBQ 1/4 Chicken namanya.
MY punya hidangan rasanya macam biashe biashe aje.
Bukanlah tak sedap, cuma rasa biasa aje.
Ayam dia rasa ayam aje lah...
bahagi dua dengan suami,
MY bagi suami bahagian drumstick,
MY memang ambil sentiasa pilih bahagian thigh.
Lamb ribs dia pula, ada tulang, lemak dan kulit aje.
Dagingnya sikit benau.
Kurang enak sebab lemak lamb tu buat MY rasa mual.
mujurla glaze untuk lamb rib tu cukup rasa.
Jadi boleh la habis mual-mual pun..hahaha
Yelah.. dah order kena la habiskan.
Taknaklah membazir.
Dah la jarang-jarang dapat,
Sekali sekali dapat makan macam ni,
wajiblah kita hargai.
Makan je sampai habis jangan komplen selagi belum siap makan.
Tapi yang MY tulis ni bukan complaint tau,
ini review...hahaha...
Gambar kami berdua malas nak letak dalam ni,
Tengah nak kurang-kurangkan expose muka sendiri dalam blog dan medsos.
Takut kena santet.
Jadi letak gambar hiasan dinding kedai Tony Roma's ni.
Dari sehari ke sehari MY nak beli benda ni untuk buat props ambil gambar makanan nak letak dalam blog.
Tapi bila tengok harga mahal..
Tak jadi beli..
Hahaha...
kedekutnya sayaa... Lepas tu meroyan sendiri tengok gambar makanan orang kat blog lawa-lawa,
gambar kita huduh..
Pastu..kita salahkan kamera tak power..
perempuan selalu betul....kahkahkah
Kedai macam ni, memang kan, tak patut betul harga minuman dia.
ReplyDeleteKami suami isteri mmg suka Tony Romas kak. Memang rs daging dia lembut dan kena dgn jiwa.Tapi tu la,,, tak mesra poket pulak.. Hehe.. Merasa jugak sesekali makan..
ReplyDeletelama tk singgah tony romas...dh ada menu wagyu skarang...dlu2 tkde...sini mmg menu ribs die yg best seller
ReplyDeleteorg pompuan mmg tak pernah salah MY! hahahaha
ReplyDelete"Tengah nak kurang-kurangkan expose muka sendiri dalam blog dan medsos.Takut kena santet." <----sorang kawan saya pernah kena buatan org & ambil gmbr di medsos T____T
ReplyDeleteSA suka konsep hak suami hak isteri juga tu..ahaks....
ReplyDeletehaha..yg props untuk ambik gambar lawo tu kita sama..nak beli untuk props gambar tapi bila tgk rega tak jadi..dasar kedekut..pas tu tgk gambor org lain cantik-cantik, dengki..perempuan sangat..haha..
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteDating berdua mengimbau jaman mula2 bercinta dahulu
kadang² anak² mmg xnak ikut keluar ke mall masa ni lah kita mendatingkan diri... hehehe.. perlu tu utk recharge balik husband-wife bonding
ReplyDeletenot bad lah harga wagyu kat tony roma's. Tak pernah makan lagi dekat sini, boleh try lah nanti tapi bawak air sendiri hahahaha
ReplyDeletefuh lain macam harga dia. makan kena kunyah 80 kali bagi meresap rasa tu.haha..
ReplyDeleteTony's Roma Indonesia ada, tapi saya tak bisa makan Krn mereka juga jual pork. Tony's di sini memang tak halal soalnya, beda dengan Malaysia .. rasanya nak coba pas ke sana lah 😄. Biar tenang makan.
ReplyDelete