Makan mi segera pada hari hujan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, October 28, 2023

Makan mi segera pada hari hujan

Masa ni baru pukul 4 petang.
Mama Yan baru lepas hantar anak anak pergi mengaji.
Balik tu singgah beli mi segera secawan.
Nak makan mi segera tunggu anak anak takde kat rumah.
Sebab MY tengah block pengambilan mi segera anak-anak.
Sebelum ni takde kawalan,
Tapi bile tengok ruam Ucid tak baik baik,
Memang kena jaga makanla maknanya ni.

Mama Yan sampai rumah,
Tengok awan gelap sangat.
Dengan anginnya.
Baru pukul 4 dah gelap macam pukul 7 lebih.
Cepat cepat bawa Mijan masuk rumah.
Dia dah la penakut dengan bunyi hujan dan guruh.
Masuk je rumah terus hujan lebat.
Siap dengan bunyi angin siuuuu... siuuuu....
guruh dan petir sabung menyabung..
Mijan dah lari masuk bilik tutup telinga sampai tertidur.
Mama Yan?
dapatla menyantap mi segera dengan aman.

Sesekali teringin nak makan Megi cup.
Tapi bukan jenama megi,
kali ni makan jenama Mamee.
Jenama Mamee ni, rasa minya lebih kental berbanding dengan jenama Maggi.
Kalau Maggi lebih lembut dan cepat kembang.
Perisa kari laksa ni memang sedap.
Macam jatuh cinta pula.
Cuma, Mama Yan mula hadkan pengambilan mi segera sekarang ni.
Makan apabila betul betul teringin sahaja.
Mama Yan rasa,
Mi segera ni antara penyumbang utama MY menghidap darah tinggi sekarang ni.
hahaha...

Masa zaman belajar dulu,
MY memang sangat kerap makan mi segera, roti krim dan burger,
Bukan burger Mekdi atau burger raja,
Tapi burger stall bawah blok kolej kediaman.
Kerap sangat sangat sebab malas nak makan pergi cafe beli makanan.
Selain tu, MY juga ada simpan stok roti krim yang paket quick bites tu.
Daripada zaman sebungkus 50 sen..
Sekarang dah RM1.70 dah...
Tak sihat langsung pemakanan MY zaman dulu,
Kesan dia bukan masa tu juga.. kesan dia sekarang ni lah kut.

Tapi kan.. apasal la sibuk sibuk nak letak gambar artis kat cawan mi tu.
Semak betul.
Kang bila dah bertudung kang,
Mulalah.. 'harap peminat tak kongsikan lagi gambar ketika saya belum menutup aurat'..
Nyusahkan orang je nak kena edit edit gambar nanti.
Tapi nasib baik letak gambar Sheila Majid,
Kalau letak gambar Rahim Sepahtu atau Shuk Balas,
Maunya tak jadi beli terus sebab Mama Yan sangat anti dengan lawak diorang berdua...hahaha 

 

5 comments:

  1. Sesekali layan mi segera mesti menyelerakan

    ReplyDelete
  2. Sedap makan mi segera waktu hujan. Nyaman gitu rasa wap suam kena muka.

    Itu lah. Tak berkenan jugak tepek gambar selebriti kat paket makanan. Kalau model yang kita tak kenal takpa lah macam model paket susu tu.

    ReplyDelete
  3. saya pun jrg2 mkn mee segera ni, tapi mlm khamis lepas masak dinner megi campak2 je sebab mls tambah letih balik dr keja. alhamdulilah semua layan juga

    ReplyDelete
  4. Alaaa..SA plak teringin nak makan maggi kari tumis mcm selalu buat tu..ermmm..x hujan plak ha...kalau hujan kan best bleh buat maggi kari..hahaha

    ReplyDelete
  5. kalo ujan ..mmg mi segera yg di cari...tp jrg mkn yg dlm cup gini

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad