Masak Lemak Putih Kobis - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, October 13, 2023

Masak Lemak Putih Kobis


Begitulah kehidupan seorang suri rumah yang anak-anaknya masih kecil lagi.
Ceritanya balik-balik masak, anak, pokok,..
Itu ajelah..
Maaf lah ye rakan-rakan sekalian.
Mama Yan tak mampu nak buat konten dan entry yang menarik serta penuh informasi.
Entry yang sebegini ajelah yang mampu sebab blog MY ni macam diary online bagi MY.
MY muat naik cerita masak apa,
tanam apa, beli apa, pergi mana,
jadi memang tak berapa banyaklah cerita yang penuh informasi,
Sebab biasanya kisah yang lebih kurang aje.
ecehh... 
Macamlah ramai sangat pembaca blognya.

Masak lemak putih ni salah satu daripada lauk kegemaran kami anak beranak di rumah ni.
Semua boleh makan.
Mama dan ayah boleh makan sayur,
Anak-anak taknak makan sayur,
makanlah dengan kuah putih banjir tu.
Tapi kentang dengan lobak merah diorang makan juga.
Cumanya, kentang tu bukanlah sayur.
kentang tu mengandungi karbohidrat dan kanji.
Macam nasi juga.
Lobak merah tu pulak sayuran yang kurang khasiat berbanding sayuran hijau.
Sebab dia ada gula dalamnya.
Lantaklah anak,
Janji tak kebulur sudahla.
Makan ni bukan boleh dipaksa.
masa kecik-kecik dulu boleh la mama blender dalam bubur nasi suap.
Sekarang takkan nak blender juga...

Masak Lemak putih ni tak pedas.
Jadinya, kalau MY buat masak lemak putih,
memang wajibla buat sambal untuk diregukan dengannya.
Sambal pula, apa apa sambal pun takpe.
Nak padankan dengan sambal belacan boleh,
sambal tumis boleh, sambal cili kering boleh, 
kalau rajin, beli je sambal kat shopee.
Macam macam ada.. sambal nyet ada, sambal berapi, sambal meletup, sambal viral..  
tinggal nak pilih dan bayar sahaja 

Resipi Kobis Masak Lemak Putih


Bahan-bahan:

1 biji bawang besar
2 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis
sebiji kentang
suku belah kobis
setengah batang lobak merah
1 kotak santan 200ml
2 cawan air
Garam secukupnya
sedikit minyak 

Masak Lemak Putih Kobis


Cara menyediakan:

Mula-mula bersihkan semua sayur.
kemudian potong semua sayur ikut saiz yang sesuai.

Lepas tu, kisar bawang, bawang putih dan ikan bilis.
Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak.
Masakkan bahan kisar sehingga naik bau.

Masukkan air dan kentang serta lobak merah. 
Masak sehingga empuk.
Bila dah empuk masukkan pula sayur kobis,
masukkan sedikit garam.
Masak sehingga kobis lembut.
Masukkan santan,
Masa ni api jangan besar sangat.
Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul ketul.

Bila santan dah mendidih,
bolehlah rasa kadar kemasinannya.
Kalau tak cukup masin, tambah garam sikit sebelum matikan api.
Siappp...

Masak Lemak Putih Kobis
minyak jangan banyak, dalam dua sudu je cukup kut.
Sebab kita nak masak lemak, bukan kari atas asam pedas 

Masak Lemak Putih Kobis
Masakkan sayur yang keras macam ni bagi empuk dulu.
Selain dua jenis sayur ni,
Boleh juga nak tambah bunga kobis ke, kacang panjang ke, sengkuang ke, labu ke...
Suka hati tau.
nak letak tempe pun sedap juga

Masak Lemak Putih Kobis
Tarraa... dah siap.
Boleh dah makan nasi.
Cukuplah untuk Mama Yan dan suami.
Anak anak makan kuahnya aje pun.

Kalau nak buat sambal untuk makan dengan masak lemak ni,
Boleh tengok resipi sambal ni:-





 

12 comments:

  1. salam jumaat mama yan.. good morning!!
    wah..menarik masak lemak kubis nya..

    ReplyDelete
  2. masak lemak putih ni sesuai utk anak-anak, kalau utk kita tambahkan sambal belacan pun dah sedap

    ReplyDelete
  3. regukan dengan sambal gesek...pergh.. pastu goreng ikan kembung. ehhhh bertambah pulak

    ReplyDelete
  4. Manis2 buah ceri,
    manis lagi pembaca komen ni,
    Kalau diri tu sudi,
    jom la join segmen ni. >_<

    jemput join segmen Cuya :D Marilah memeriahkan lagi!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka masakan camni...Berselera betul kalau jumpa! 🤩 Entri resepi pun berinformasi jugak ler Kak..hehee

    ReplyDelete
  6. Tulisan macam ini pun dah sangat informatif kak 👍. Sangat membantu bagi saya yang tak pandai masak, dan hanya cari resep simple 😁.

    Ini kebetulan semua bahannya saya ada, nak bikin lah buat esok ❤️

    ReplyDelete
  7. Sama je kita MY, blog ni ibaratnya diari juga...segala aktiviti anak dan rutin kehidupan kalau bole nak simpan sini :D
    Mmg ngam masak lemak putih ni regukan dgn sambal atau lauk pedas, dapat seimbangkan rasa...

    ReplyDelete
  8. datang singgah dari http://www.thefox.my/ ^^

    ReplyDelete
  9. lamanya tak makan ni.... nak suruh aunty buat lah!

    ReplyDelete
  10. Kami ok je content apa pun, kita layan sahaja. Favourite juga ni, kadang wife duk masak juga. Betul anak2 pun ok sayur ni.

    ReplyDelete
  11. Kalau masak kobis je mesti kobis tumis. Jarang masak putih ni. Kena buat la nanti.

    ReplyDelete
  12. Masak lemak putih pun menjadi masakan kegemaran kami sekeluarga. Dari kecil dulu memang sudah terbiasa makan sayur masak lemak putih air tangan emak. Ada beza lemak putih dengan masak lemah yang bubuh kunyit. Masak lemak putih ni aromanya lebih menyelerakan, apalagi kalau ada perencah ikan bilis!

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad