Masak Sayur Sulur Keladi - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, October 17, 2023

Masak Sayur Sulur Keladi

Cara masak sulur keladi

Ni antara sayur kegemaran keluarga mentua.
Mama Yan tak berapa suka makan sayur ni.
Tapi boleh la masakkan.
Takde masalah.
Masalahnya tak tau la sedap ke tidak...hahaha..
Tapi tengok mentua makan je..
Dia kata jadi la ni..
Memang begini la masaknya..
Kira dah lulus la kan.

Orang kat kampung suami ni,
Suka betul dengan sayur sulur keladi ni.
Suami pun selalu la belikan kat Pasar Pontian.
Ada sekali tu,
Jiran mak mentua datang rumah.
Mak mentua pulak baru lepas makan.
Siap jiran tu minta sikit kalau ada lagi.
Ingin benor nak makan sulur keladi katanya.
Lepas tu boleh minta suami Mama Yan belikan untuk dia juga bila-bila..
hahaha...

Adoila..
Anak berderet berbelas orang,
Ngirim kat anak orang dah kenapa?
Kadang-kadang makcik makcik kat kampung ni,
Terlebih manjakan anak sampai tak berani nak suruh anak buat apa-apa,
nak minta cari sayur pun takut,
Mungkinlah takut kecewa agaknya kalau anak menolak atau tak jumpa.
Pernah juga dulu dulu,
Minta Mama Yan belikan maajun Mutiara untuk diorang la,
orderkan barang Go Shop untuk diorang la...
dalam hati..
Masing masing ada anak menantu yang hebat-hebat kut..
susah payah daki bukit rumah mak mentua nak minta tolong..
Aishh.. Rupanya..
Maajun Mutiara tu, anak menantunya tak bagi makan,
Nanti buah pinggang rosak.
MY ni, dah orang minta tolong,
tolong ajelah.
MY pun taklah buat kajian pasal maajun tu.
Tolong orderkan aje.
Alih-alih dijualnya nama kita..
Menantu Wak Yah yang jual.
Rasa macam nak je bagi starlight kat dahi tu,
Pakkal lah orang tua..
Lepas tu memang tak tolong dah la.

Okay.. kembali kepada kisah sayur sulur keladi ni..
Kalau salah cara menyediakannya,
boleh menyebabkan kegatalan.
Oleh itu,
Sayur ni kakak ipar MY dah siang siap siap dah.
MY tinggal nak masak aje.
Nak siang sayur ni kena kupas kulitnya tu bersih bersih.


Cara masak sulur keladi
Inilah rupa sulur keladi yang telah dibersihkan, dibasuh dan dicelur seketika dengan sedikit garam.


Resipi Sayur Sulur Keladi

Bahan-bahan:-

secekak sayur sulur keladi
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis
2 sudu besar cili kering yang telas dikisar
2 sudu asam jawa dibuat air dengan suku cawan air
Garam serta bahan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:

Siang sukur keladi dengan menyiat bahagian kulit luarnya,
kemudian, potong ukuran dua inci macam tu. 
kalau suka comel-comel,
boleh pendekkan lagi potongannya,
Basuh bersih dan celur sebentar dengan sedikir garam.
Ini untuk membuang sisa sisa getah pada sulur keladi tersebut,
Selepas itu, toskan sulur keladi.

Kisar bawang merah, bawang putih dan ikan bilis,
Kemudian, tumis bahan kisar dengan minyak.
Minyak jangan sikit sangat sebab nak masakkan cili kering kena guna minyak,
tapi jangan la banyak macam nak goreng ikan pula.
Lepas tu,
masukkan cili kisar dalam 2 sudu besar.
MY beli cili kering yang jenis tak pedas,
Kalau korang jenis suka pedas, boleh la beli cili kering yang jenis pedas.

Masak sehingga cili kering masak,
Nan ti kalau minyaknya dah nampak timbul kemerahan,
dah masak la tu cilinya.
Masukkan garam, gula dan ajinomoto.
bahan perasa macam gula dan ajinomoto ni tak perlu kalau tak suka.
masukkan juga air asam jawa,

Lepas tu boleh la masukan sulur keladi yang telah dicelur terlebih dahulu tadi,
Masaklah sehingga sulur keladi tu betul betul empuk dan lembut
lepas sulur tu dah empuk
boleh la dimatikan apinya.

Cara masak sulur keladi
Bila tumisannya dah masak,
Barulah masukkan garam, gula dan asam jawanya.


Cara masak sulur keladi
Sulur keladi yang hijau besar-besar ni katanya diimport dari Bangladesh.
Yang ni takde risiko gatal katanya.
Dulu kalau yang ambil di paya belakang rumah,
Kurus-kurus aje sulurnya, warnanya pun tak hijau macam ni.

Cara masak sulur keladi
Dah siap dah..
Alhamdulillah...
Berjaya ambil gambar masak hari ni...
Kalau tak asyik la lupa.
Sebab tu la kadang kadang tak update blog, 
sebab takde bahan nak buat modal cerita.
Hahaha...
Tak senonoh betul blogger yang tak tersohor ni






 

9 comments:

  1. kegemaran family dana jugak ni MY oi... sedap sungguh masak pedas2 baru layan hehehe

    ReplyDelete
  2. dapnya..suka sayur2 kampung yg rare mcm ni... tapi tu la susah nak dapat kan

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan tp arwah mak dan pak PH dulu suka sayur ni... Rebus buat ulam...

    ReplyDelete
  4. Kak.. saya kalu bab sayur keladi ni memang tak reti masak. hehe. biasa beli je. tu pun kdg2 dpt yg gatal, trauma nk beli lg..

    ReplyDelete
  5. Sulur keladinya saya baru kali ini lihat. Biasanya keladi bagian umbi yang dijadikan kerupuk di sini kak. Enaaak, tapi memang tak boleh makan terlalu banyak. Ada yg bilang bisa sesak napas, tapi saya sendiri tak masalah makan umbinya.

    Memang harus hati2 mengolah supaya tak gatal yaa

    ReplyDelete
  6. kalau saya masak ni, tumis dgn udang kering/ikan bilis+cili+belacan. mabeles!!

    ReplyDelete
  7. Kisah sulur keladi, menyimpang sampai ke maajun pulak erk

    ReplyDelete
  8. uish.. fav sangat sayur ni. suka..dulu mertua selalu masak

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad