Masak Singgang Ikan Tongkol - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, October 20, 2023

Masak Singgang Ikan Tongkol

 

Resipi Singgang Ikan Tongkol

Mama Yan kecik kecik dulu memang selalu mak masak macam ni,
senang dan sedap.
Ikan pun guna ikan tongkol aje,
Murah sikit.
Cuma ikan tongkol atau ikan aye atau ikan kayu ni,
boleh membuat kulit MY naik jerawat masa muda remaja dulu.
Alhamdulillah sekarang dah takde jerawat lagi tak kisah makan apa pun.

Masa MY belek-beleh majalah resipi,
boleh pulak jumpa resipi singgang tradisi keluarga MY ni dalam tu.
Apa lagi,
terus la copy paste kat blog.
Jadinya, resipi dari majalah tu,
Adalah yang Mama Yan alter sikit sikit.
Taklah copy ori seratus peratus masuk kat blog.
Lepas tu,
Terus esoknya gi beli ikan tongkol 2 ekor.
Tapi masaknya sekor aje ni.

RESIPI SINGGANG IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan tongkol (disiang, dikerat, dicuci dan toskan)

1 biji tomato dibelah 6 (takde takpe)

1 batang serai (dititik)

7 helai daun selasih (takde takpe)

1 helai daun limau purut (takde takpe)

5 batang kacang bendi (takde takpe)

2 keping asam gelugur (takde takpe - ganti guna satu sudu asam jawa)

Air secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

**Bahan Kisar** :

1 Biji bawang besar**

2 ulas bawang merah kecil**

2 ulas bawang putih**

1/2 inci lengkuas (takde takpe)**

1 inci kunyit hidup**

1/2 inci halia**

10 biji cili padi**


CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan yang dikisar bersama serai titik & daun limau purut sehingga naik bau wangi.

Tuang air secukupnya. Biar mendidih

Kemudian, masukkan ikan dan kacang bendi. 

Masukkan asam keping. Kalau takde asam keping guna je asam jawa ekstra Adabi tu. letak sesudu kecil.

Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Taknak letak gula takpe, MY tak letak gula pun

Akhir sekali masukkan tomato, daun selasih dan masak sekejap. Jika sudah cukup rasa boleh matikan api. 

Hidangkan bersama nasi putih. Tak payah lauk lain dah. 

Masak sekali jalan je. Ada ikan ada sayur. Jimat masa, tenaga dan bahan api.

singgang ikan




10 comments:

  1. takpernah try lagi! nanti boleh la try masak sbb dah pening pikir nak masak apa haha

    ReplyDelete
  2. dah lama tak masak ikan tongkol ni... dulu kalau nak masak gulai rajin la beli

    ReplyDelete
  3. apa-apa ikan masak singgang adalah antara kegemaran saya. kalau rasa nak diet inilah menu saya.

    ReplyDelete
  4. woaahh sedapp ni
    ikan kayu, memang kena masak singgang, sedapp
    ciknur lama x beli sb isi rumah x mkn ikan ni

    ReplyDelete
  5. kalau masak camni suka campur terung asam dayak. sedap!

    ReplyDelete
  6. Fav PH ikan kayu ni tapi itulah jarang beli sbb sorang je suka pun huhu...

    ReplyDelete
  7. Peminat ikan tongkol, sila angkat tangan! (Uncle angkat jari telunjuk tanda malu-malu)

    ReplyDelete
  8. Feveret singgang Ikan tongkol makan bersama budu... Memang hilang untuk diet makan bertambah-tambah :)

    ReplyDelete
  9. kalau kg kami segamat mak panggil masak pindang. asal beranak atau bersunat gemar sungguh dia masak menu ni. nak kata fav dia tak juga, bab masak untuk orang pantang memang keseronokan mak la.hehe

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kalau makan tengah hari nasi putih lauk singgang tongkol.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad