Entry bertarikh 28 Ogos dengan tajuk Pokok Kedondong Berbunga,
tujuk gambar pokok kedondong ni berbunga.
Ni dah bulan Oktober,
Buahnya adalah tak sampai tujuh ke lapan biji sebesar ibu jari.
Banyak yang gugur dan dimakan siput.
kalau ada lapan biji,
cukuplah satu biji sorang...tapi,
Anak MY sorang pun tak makan buah-buah macam ni.
Suami cerita,
zaman kecik-kecik dia dulu,
Tak boleh jumpa pokok-pokok buah macam ni.
Buahnya masih muda pun dah digotong ramai-ramai.
Kalau ingat balik,
kelakar pun iye kata dia.
Rambutan masih hijau pun dikokak.
Padahal bukan mak bapak tak bagi makan,
Tapi kan seronok memanjat pokok ramai-ramai dengan kawan.
Pokok zaman sekarang dah dikacuk,
Dah dihybrid bagai,
Kenit kenit lagi dah berbuah.
Zaman dulu pokok kedondong takde le serendah ini.
Pokoknya sedang sedap dipanjat.
suami cerita masa diorang kecik-kecik bukan takat pokok jambu batu, pokok kedondong atau pokok rambutan,
Pokok kundang tepi sungai pun dipanjat.
Pokok kundang kan jenis pokok hutan yang besar besar.
Diorang panjat, lepas tu terjun sungai.
Kita yang budak taman perumahan ni,
dengar ajelah cerita.
berbeza dengan dia yang membesar di tanah rancangan felcra.
Survival skills kami tak sama.
Dia membesar dengan mandi di sungai,
minum air telaga,
bertemankan jelaga minyak tanah setiap malam.
Sedangkan Mama Yan,
membesar dengan air dari paip besi dan lampu dalam kaca,
petik hujung jari.
Selagi muat pokok nak ditanam,
semua nak ditanam.
Mungkin nak kembalikan memori masa kecil agaknya...hahaha
Buah yang sebelum ni belum dipetik,
tapi dah berputik lagi.
Entahla boleh kekal ke tidak buahnya ni.
Panasnya bukan main kat sini.
Ni pula bunga jambu batu... manalah buahnya nak jadi elok,
Bunganya aja dah dihurung lalat buah.
Aku goreng juga lalat ni kang!
Betullah, pokok kedondong dulu besar² kan. Tapi kita tak pandai panjat pokok.🤣
ReplyDeleteBestnya ada tanaman sendiri. Kita tanam pokok daun kari jer depan rumah tapi hadapan rumah ramai penyewa india, jadinya pokok kita jadi mangsa di petik sesuka hati tanpa minta kebenaran kita. Walaupun pokok daun kari tanam dalam pagar rumah kita.
ReplyDeleteBdk2 jarang la suka buah ni
ReplyDeleteSabar MY sabar, kesian lalat tu 😂
ReplyDeletePH pun membesar gaya suami MY jugaklah, terjun tiruk dari pokok terus ke dalam air!
Kalau bulan puasa mesti uncle cari air kedondong...! Fuh sedap!
ReplyDeleteTerbayang jeruk kedondong!!! ❤️❤️
ReplyDeleteKak..try la...goreng lalat..hahahaah
Saya sering makan kedondong ini, biasa dibuat rujak, tapi tak pernah lihat pohonnya 😁😅. Ternyata macam itu.
ReplyDeleteTapi paling suka kalau kedondong ini dibuat jus, biasanya di restoran Jawa Sunda di sini, pasti ada jus kedondong. Segar, lebih enak daripada dimakan buahnya 😅
Kecur pulak airliur tengok kedondong ni. Selain makan, kalau minum airnya pun sedap.
ReplyDeleteSamalah zaman saya kecik-kecik dulu. Buah jambu ke, buah rambutan ke, buah manggis ke semuanya nak dikekah, tak sempat tunggu masak!
ReplyDelete