Rahsia Cantik - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, October 10, 2023

Rahsia Cantik


Perghhh... Tetiba rasa nak meroyan dengan tajuk status ni.
Habis.. yang tak berapa cantik ni bangun tidur tengahari ke macam mana?
Tajuk Mingguan Wanita ni pun...
Bikin terguris hati wanita.

Kakak ipar Mama Yan kat kampung.
Dulu-dulu, pukul 4.00 pagi dah keluar *mengobor pokok getah tau.
Nanti pukul 6 balik mandi sembahyang Subuh, uruskan anak pula.
Lepas tu sambung buat kerja rumah,
Nanti bangkit susu getah pula.
Petang-petang bercucuk tanam juga.
Cantik?
Mana boleh cantik kalau kulit penuh kesan gigi pacat dan gigitan nyamuk.
Muka pula disagat pancaran matahari.
Lutut pun dah haus sebab angkat getah berat berat.

Tapi,
akak akak dan makcik macam ni,
Cantiknya diorang pada hati budi.
Sabar dan ikhlas terima ujian.
Petang-petang tetap bermasyarakat.
Buat bacaan Yassin, berzanji, mengaji, kelas Sakinah dan lain-lain lagi

Kongsikan sahaja cara penjagan kulit dan kesihatan yang sebenarnya.
contoh: 
*Pergi kelas yoga, gym dua kali seminggu
*pagi cuci muka, lepas tu sapu 7 step kat muka
*Seminggu sekali pergi situ sana sini.
Tapi kebanyakannya taknak share pun kalau diorang pergi ke mana mana MediSpa.
kecuali kalau dilantik jadi duta tersebut, barulah share.

Jadinya, tak payah la cakap benda yang hampir semua orang perempuan kat Malaysia ni buat iaitu 'bangun pagi'.

*mengobor - menyuluh

 

3 comments:

  1. Perempuan cantik ialah perempuan yang mengobor di kala dinihari sehingga menjelang subuh.

    ReplyDelete
  2. Hahaha setuju tu.. mcm dia plak sorang bangun awal pagi ya..

    ReplyDelete
  3. ha ha ha...setuju
    senang ckp, ada duit cantik la.
    but x de pun cantik jugak.. ala, x kisah la..yg penting sihat...
    kannn

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad