Sarapan dengan kawan lama - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, October 11, 2023

Sarapan dengan kawan lama

Throwback kisah minggu lepas.
Sebenarnya dah lama teringin nak jumpa sembang-sembang,
Tapi manalah ada masa selalunya tu.
Tapi hari tu,
Malas nak plan awal awal..
Terus je MY pelawa jom esok sarap kat McDonalds Pulai Perdana.
Dia pun okay je.

Ni first time Mama Yan singgah sini. 
Ada setesen minyak, ada Subway, ada McDonalds dan ada Zus Coffee juga.

Mama Yan sampai dulu lepas tu baru call kawan tu.
Dia duduk kawasan tu aje.
Kita yang duduk jauh ni kena la sampai dulu.

Sementara menunggu,
Selfie dulu satu dua keping.
Eh.. nampak kurus pulak..hahaha..
Muka MY macam ni ajelah.
Tak kuasa nak berlipstik bercelak..
Seadanya aje lahhh

Sekali gambar yang ni...
haa... selebau dulang McD tu ha muka Mama Yan...
Mama Yan makan big breakfast..
Tengoklah orangnya kan..
Orangnya big..
maka breakfastnya kena la big juga.

Lama kami berbual-bual.
Macam-macam cerita keluar.
Kisah keluarga, anak-anak, pendidikan, kawan kawan lama..
dan juga kerjaya telah kami sama-sama tinggalkan demi keluarga.

Masa belajar dulu,
Kami tak rapat sangat.
sekadar bertegur sapa sahaja sebab tak sama kumpulan jadual.
Lagipun Mama Yan istimewa sikit.
Kenapa istimewa,
Yang tu nantilah Mama Yan story di lain kali..hahaha.

Tak tahulah bila akan jumpa dan bersembang panjang lagi.
Jumpa pagi tu je tak dan masak untuk anak yang nak pergi sekolah sesi petang.
Lagipun lauk pauk kat rumah habis.
Makanya, Mama Yan tapaukan anak anak yang sekolah menengah tu burger la.
Diorang ingat mamanya dating dengan ayah kat McDonalds.
Mesti diorang ingat mamanya ni takde kawan langsung...hihihi..


 

9 comments:

  1. Wah...bagus ya situ semua ada 1 tempat, boleh pilih je....
    kadang2 kita kena curi sikit masa untuk me time kan, jumpa kawan2 ke, g makan ke kan...
    nieyl selalu juga curi masa untuk keluar dgn kawan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. boleh pilih yang mana satu, nak mengopi, nak membeger, nak menyalad pun boleh...

      Delete
  2. alhamdulillah..seronoknya bila dpt jumpa kawan2 lama kan...
    moga sihat2 selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye... kurang sikit rasa tepu kat kepala ni, dapat berbual bual.

      Delete
  3. Satu perkara yang saya perasan bila dah berhenti kerja ni kan, kita jadi lebih menghargai persahabatan lama dan kalau ada peluang berjumpa mmg kita akan luangkan masa utk berjumpa dan bersembang tentang masa lalu. Kalau masih bekerja, kekangan masa dan kesibukan kerja menjadikan kita lupa nak contact sahabat2 lama.

    ReplyDelete
  4. sesuai sangat tempat nya tu sebab sesuai utk lepak sambil makan.... kadang masa belajar tak rapat tp bila dah tua terjumpa balik jadi rapat ok jugak tu MY. Yelah gambar 1st tu MY namapak susut bebeno

    ReplyDelete
  5. Jumpa2 kawan ni mmg kalau plan manjang aja tak jadi. Tu yg skrg kalau nak jumpa sorang pun jadilah “gathering”nya. Nak tunggu reramai mmg mereput

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad