Ewahh... edible garden konon,
Taklah garden sangat.
Tapi ada la pokok sikit sikit nak buat tambah tambah dalam masakan harian.
ini daun salam kata penjual pokok ni.
Ye la kut.
Kita ni tak kenal pokok, beli ajelah.
Daun salam ni dimasukkan dalam masakan daging atau masak nasi arab.
Ha yang ni pulak siapa tak kenal memang bukan orang Malaysia ni.
Ni antara bahan penambah aroma dalam nasi lemak ni.
Tak sedap nasi lemak kalau masak tak letak daun pandan ok.
Masak ibu sirap pun letak daun pandan,
masak bubur kacang,
rebus ketupat,
buat kuih bingka..
Memang banyaklah makanan yang boleh kita letak daun pandan ni.
Taknak letak kat makanan,
letak dalam peti ais.
Wangi je nanti peti aisnya..
Yang ni suami MY beli anak pokoknya.
Dah lama bertahun dah.
Tapi besar tu je la..
Tak gemuk gemuk,
asyik kena cantas je...
Yang ni pula pokok daun selasih.
Ni semua gara gara makan daging masak selasih di Restoran Kemangi Pontian tu.
Semangat tau nak masak daging masak selasih.
Ku usahakan cari pokoknya.
Selasih ni memang terkenal dalam pantun Melayu dulu dulu walaupun tak ramai pun yang kenal daun selasih.
Ni antara pantun yang tersohor menyelitkan selasih dalam baitnya;
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Hilang emak hilang saudara,
kerana kasih hamba turutkan.
Yang ni antara pokok paling famous sekitar Melaka & Johor,
apa tidaknya,
Daun kesum ni antara rampai penting dalam pembuatan asam pedas.
Tapikan, dah berbelas tahun MY ni cuba tanam pokok daun kesum,
tetap tak gemuk.
tanam atas tanah dah,
dalam pasu dah,
dalam air hidroponik dah,
ni try dalam polybag pulak.
hmm.. sama je..
kering kering lepas tu, arwah.
Yang ni pula serai kayu.
Mama Yan minta suami carikan daun salam di nursery.
Tapi dia bawa balik pokok ni,
tuan nursery kata daun salam tu sama la dengan serai kayu..
aikk? ye ke?
Kita ni engineer cabuk,
alangkan bidang sendiri pun gagal,
ni pulang bidang pertanian,
memang ke laut laaa....
Tapi takpe.. serai kayu pun MY layan dengan baik,
Bau dia sedap,
Tak sama macam daun salam yang MY beli sendiri.
Bentuk daun sama, tapi saiz berbeza.
Ni ulam kegemaran Mama Yan.
Tapi kecik-kecik aje daunnya.
Adalah besar duit siling 50 sen yang lama tu.
Belum pernah petik lagi,
sayang...
hahaha
Yang ni pulak pokok cekur atau kencur.
Yang ni daunnya boleh buat ulam, tapi MY tak pernah try.
Tapi isinya digunakan untuk dibuat keluban atau urap.
Pokok limau purut ni memang dah ada sejak MY pindah ke sini.
Besar pokoknya, baru je suami cantas tinggal sikit.
Alah, sekali masak paling banyak pakai dua helai aje pun,
Buat apa nak pokok sampai besar bapak...hahaha
MY memang suka masak letak daun limau purut.
Masak macam masak lemak ayam ke, tomyam ke, masam manis ke, tiga rasa ke, memang wajib letak.
Tambah aroma.
Ni pulak pokok wajib kat rumah Mama Yan.
Mana mana rumah pun kena pokok kari.
Ni pun suami baru je trim sikit pokoknya sebab daunnya rosak jadi ada berbintik bintik.
Masak kari, masak inti karipap, goreng ayam, goreng udang, wajib letak ni.
Kalau takde pokok kari,
macam tak lengkap rasa rumah MY.
Ni macam biasalah,
serai dan kunyit.
Serai dan kunyit ada beberapa rumput.
Satu rumpun memupus, adalagi rumpun yang lain.
Kunyit ni bukan setakat nak ambil isinya aje,
daunnya pun nak ye.
Letak dalam masak lemak dan rendang.
Tak cukup Pahang la kalau masak rendang tak letak daun kunyit.
Serai ambil batang pangkal ajelah,
Daun serai tu MY belum terfikir lagi nak letak dalam masakan...kihkihkih
Serai ni pun wajib ada kat rumah.
Kalau nak pakai banyak untuk masak rendang,
MY beli aje.
Yang kat rumah ni untuk pakai sebatang sebatang,
Pakai untuk masak biasa hari hari.
Selain daripada pokok pokok di atas,
ada juga pokok cili, pokok bidara, pokok lemon, pokok tomato dan pokok kelapa.
Pokok cili baru letak dalam story,
Pokok lain lain yang tak letak gambar ni,
sebab belum keluarkan hasil.
Oh ya.. ada juga pokok temu pauh yang merimbun sakan.
Tapi, MY tak reti nak guna isinya.
MAsa mula mula kahwin dulu,
MY duduk menyewa dengan suami.
Tak lama pun, tapi MY masih belajar masa tu.
Ada TV sebiji dan suami pula sangat sibuk bekerja masa tu.
hari hari OT kat kilang.
Duduk sorang-sorang kat rumah,
hari hari tengok Jamie Oliver masak.
Masa tu masih dapat siaran TV Singapura dengan jelas ya.
Masa tengok tu...
Wahhhh... berstnya dia.
Nak masak petik je daun daun kat tepi rumah.
Pokok rose mary dia kat tepi tingkap.
Tapi tu dialah..
Kita kat Malaysia ni.
Mana boleh guna tingkap kuak macam rumah papan dulu dulu.
Siap letak belebas luar tingkap untuk susun pasu pokok herba bagai.
Kita kat sini,
buat tingkap macam tu,
memang menjemput 40 ekor penyamun.
Lepas tengok rancangan Jamie Oliver tu,
MY pun berazam nak buat rumah macam tu,
Nak tanam macam macam pokok herba dan rencah masakan sekeliling rumah.
Lepas tu,
balik Raub macam macam anak pokok MY bawa balik dari Raub,
Tanam kat depan rumah sewa,
Alhasilnya,
anak pokok kari tak sempat jadi remaja pun.
Masih kanak-kanak lagi dah arwah dah.
Habis togel dikerjain jiran sebelah.
Pokok lain pun sama, ahh.. malas la nak ungkit.
Anak jiran sebelah masa tu memang nakal-nakal.
Rumah dia bising 24 jam.
Siang siang anak dia buka radio bagai nak pecah gegendang telinga dan main menjerit jerit.
Itu ok lagi.
Malam malam, bapak dia pula buat gathering depan rumah sambil goyang goyangggg...
goyang kepala goyang goyangggg...
Adeh penin Mama Yan.
Tak tahu nak tambah pokok apa lagi lepas ni.
Cuba bagi idea sikit.
Betul dah ni edible garden MY, sejuk mata memandang selain save budget 😎👍🏻
ReplyDeletewah..meriah jugak tu mamayan....mcm2 ada dah..
ReplyDeletepokok cili, pokok tomato..pun boleh jugak
Banyak juga pokok² herba dlm jagaab MY...
ReplyDeletePH pun sama, tak berjaya lagi tanam pokok kesum huhu...
Daun cekur tu buat ulam sedappp 😋
daun salam tu kalau buat kuah bolognese pun ammi campakkan jugak. tapi baisanya yg kering tulah sebab memang tak pernah pun jumpa yang raw gini
ReplyDeleteLumayan lengkap koleksi bumbu dapur kakak
ReplyDeletemari kita berkebun di rumah, bisa hemat uang dapur
ReplyDeleteDuuuh saya jadi ingat rumah mama lihat aneka kebun kakak ❤️. Mama pun punya banyak tanaman yg bisa dipakai memasak begini. Tapi dulu saat di Aceh. Tiap nak masak, tinggal petik saja kan ..😍.
ReplyDeleteDah lengkap nih pokok Kaka. Dah bingung nak tambah apa 😄