Dua minggu lepas punya cerita baru ni berjaya upload.
kihkihkih..
Takde cerita apa sangat la...
Cuma tu la..
nak bawa Mijan ni pergi gunting rambut bukan senang ya..
Kadang tu dah masuk kedai,
dia boleh lari keluar semula.
Boleh sepak dan pukul tukang gunting lah..
Dan selalunya,
Masuk kedai pun dia taknak.
Memang biasa kan anak anak istimewa ni ni ada masalah sensori,
mereka memang tak suka sentuhan oleh orang asing.
Lebih lebih lagi kalau yang tak sama bangsa.
Jadi, selalunya Mama Yan je yang potong sendiri rambut Mijan.
Tapi hasilnya..
Memang out habis la..
macam kena tarah guna cangkul.
Mama Yan berhabis beli mesin gunting rambut,
dah 3 kali beli dah,
Tapi tu lah,
Tak reti guna.
Tak cantik macam kat kedai.
hihihi...
Kali ni MY cuba bawa kat kedai baru di Pekan Nanas ni.
Kedai Melayu.
Mana tahu dia okay kalau dengan Melayu.
Bahagian dalam kedai ni memang simple dan kemas ya.
Yelah..
kedai gunting rambut lelaki,
Bukannya Saloon rambut perempuan nak ada hiasan hiasan.
Bau pun wangi,
Takde bau ehem ehem yang menyucuk hidung.
Alhamdulillah...
Mijan nak gunting rambut kat sini.
Tengok la tu..
Siap senyum lagi.
Kalau tak, jangan harap nak duduk atas tu diam diam.
Memang kena lepuk lah tukang guntingnya sebelum sempat start menggunting.
Memang keluar kedai semula selalu tu.
pujuk macam macam tak jalan.
Tapi dia memang tak reti diam,
Duduk gerak gerak sampai luka jari barber tu kena gunting.
Main air liur lagi sampai habis kain cover tu kena air liur Mijan.
Nasib baik la barber nya tu penyabar..
Layan aje Mijan punya bahasa alien.
Kebanyakan kanak kanak autisme ni agak sukar didekati oleh orang asing selain keluarga.
Lebih lebih lagi kalau dengan bangsa asing,
memang Mijan tak boleh terima.
Selain tu, diorang ni ada masalah sensory terhadap sentuhan dan juga bunyi.
Bunyi mesin gunting dan bunyi gunting tu sendiri sangat mengganggu mereka.
Jadi mereka perlu ditenangkan terlebih dahulu.
Kena sikat sikat dulu..
sembur sembur air sikit..
usap usap kepala sikit...
supaya dia bertenang.
Dah habis gunting, siap bagi Mijan gula-gula.
Walaupun adik barber tu kata free je sebab dia memang bagi service free untuk anak anak autisme dan OKU,
Tapi MY tak sampai hati pulak nak gunting free je.
Dah la kain cover gunting rambut penuh kena air liur Mijan,
Jari berdarah kena gunting lagi,
takkan nak blah gitu aje kan?
MY bayar ikut harga kanak-kanak..
RM10 aje..
Bagi MY,
RM10 untuk servis yang terbaik dan suasana yang aman selesa,
Dah murah sangat dah tu.
Lagipun, nilah yang kita namakan g-hard ekonomi.
kita fikir akan zakat yang akan dikeluarkan oleh peniaga nanti.
Lepas ni nak bawa abang abangnya pula.
Memang tak pergi dah la kedai lain tu sebab dah jumpa yang serasi dengan Mijan.
Kalau ada yang nak bawa pakwe pergi trim rambut,
boleh la try datang sini,
Mancave Barbershop
No 17, Jalan Permata 7,
Pusat Perdagangan Pekan Nanas, Johor.
Buka setiap hari bermula jam 11 pagi kecuali hari Jumaat mula pukul 2.30 petang.
Nak booking boleh call 011026664023
Lepas ni Mijan gunting rambut sini jer la Mijan.
ReplyDeleteOK, uncle faham perasaan dia...
ReplyDeleteUncle pun sampai hari ni takut gunting rambut! hahahaha
sama lah dgn si Timi kita, hanya satu kedai je yg sabar gunting dia. dulu blm jumpa kedai ni, sendiri gunting, asalkan pendek je. ana2 autism ni mmg kena special care.
ReplyDeleteKedai cantik selesa.. Charge pun harga biasa RM10 jer.. Terbaikk.. !!
ReplyDeletekesiannya sampai berdarah tangan tapi baik je dia layan customer. semoga makin murah rezeki dia & kak yan jugak sebab bantu bisnes dia hehe
ReplyDelete