Kopi dan Mentega - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, November 17, 2023

Kopi dan Mentega

Semalam pagi Mama Yan dan suami pergi ke Hospital Sultanah Aminah untuk menghantar borang OKU - JKM adik Mijan.
Lepas hantar borang, terus nak balik.
takde urusan lain dah kat JB.
Suami tanya nak sarapan kat mana.
Terus la request nak pergi Kopi & Mentega kat Kampung Ulu Pulai ni.
Setiap kali lalu,
sentiasa aje penuh.
Dah rupa kenduri kahwin dah MY tengok.
Jadi, semalam kami singgah la juga.
Oleh kerana kami singgah waktu orang bekerja, 
bukan cuti umum,
bukan cuti hujung minggu,
bukan juga waktu rehat,
jadi ada la meja kosong untuk kami bertiga.
Bertiga la sebab bawa Mijan sekali.

Kopi & Mentega
Ni la pemandangan dari tepi jalan Ulu Pulai tu.
Selalu dapat tengok je.
Semalam merasa la singgah.
Mama Yan kalau nak makan nak minum,
Memang tak kuasa nak beratur beratur tunggu giliran ni.
Bukannya hadir makan kenduri.
Lagi ramai, lagi meriah.


Kopi & Mentega
Ni antara menu makanan yang ada dijual.
Tapi Mama Yan tak makan makanan kat atas ni pun.
Mama Yan nak lepak lepak berbual dengan suami je.
Malas nak makan berat berat.
Walaupun hidup bersama dah berbelas tahun,
Berbual tetap tak habis habis.
Mak ayah kita kat kampung pun macam tu,
Hidup dah berpuluh tahun,
Kalau wasap mak Mama Yan, tanya mak tengah buat apa...
Mesti jawapannya takde buat apa pun... tengah borak-borak je dengan abahnya..
 

Kopi & Mentega
Mama Yan order karipap inti daging.
MY makan sebiji, 2 lagi bawa balik Moq yang habiskan.
Karipap ni 3 biji RM 5.
Nasib baik besar dan sedap.


Kopi & Mentega
Ni ayam goreng adik Mijan.
Biasalah... dia mana makan benda pelik pelik.
Mijan punya picky bab makan bukan sikit sikit ya,
Dia makan ayam pun korek isi je,
Kulit taknak.
Tapi taknak bahagian yang banyak isi macam dada tu.
Nak bahagian peha atau kepak je.


Kopi & Mentega
Ni diorang punya speciality agaknya..
Roti bakar dapur arang namanya.
Masa roti bakar ni sampai,
Suami Mama Yan dah gelak-gelak,
Dia kata macam roti bakar Moq buat je...
hahaha...
Hari tu anak nombor dua MY bakar roti,
Sampai rentung roti tu,
skema sangat,
selagi oven tu tak bunyi 'ktinggg'..
dia tak angkat roti tu walaupun dah bau hangit.

Roti bakar diorang ni,
Rotinya agak tebal, tak sama macam roti gardenia yang biasa kita beli tu.
Jadi,
walaupun rentung di luar,
Bahagian dalamnya masih putih dan gebu.
Kat luar dia adalah pahit pahit sikit,
Tapi boleh cover dengan kemanisan kaya yang diapit dengan roti tu.
Roti ni, MY bagi 4.5 dari 5 bintang.
0.5 bintang tu lagi tu, safety factor..hahaha...
tapi MY suka sangat..
Harga RM 4 satu set, sangat berbaloi.
 

Kopi & Mentega
Yang ni kopi nongkrong suami order.
Bila dah habis kopi dalam bekas yang bertenggek tu turun semua dalam cawan,
Barulah boleh minum.
Ambil masa dalam 9 minit la gitu.

Mama Yan order Kopi Mentega O panas.
Dua dua kopi yang kami order tu sedap.
Kopi Mentega O Mama Yan tak manis,
tapi ada rasa lemak-lemak gitu. 
Suami kata kopi nongkrong dia ni sedap juga.
Nanti nak try lah kat rumah,
bancuh kopi o taruk mentega.
Harga kopi nongkrong ni RM 4 dan harga kopi O mentega tu RM2.50 aje.

Oh ya... rasa kopi ni subjektif bagi setiap individu.
Kang MY kata sedap,
Korang datang rasa tak kena pula dengan tekak..


Kopi & Mentega
Kalau pasal makan,
Bagilah kat orang perempuan.
Hobi : Makan
Makanan kegemaran : Masakan ibu
Minuman kegemaran : Asalkan halal.
Begitulah ye zaman zaman tulis biodata kat buku autograph kawan msa remaja dulu.


Kopi & Mentega
Suruh duduk diam-diam mama nak ambil gambar,
dia jelingnya kita,
Dah la cenggitu rupanya.
Saja ajak dia pergi hospital sama sama.
Nak hantar borang dia aje.
Tak sampai lima minit siap.
Kalau kat rumah,
susah sangat nak ajak dia berbual.
Buat tak dengar je kita panggil dan cakap.
Tapi kalau kat luar,
senang je nak ikut cakap kita.
Nak ajar cakap apa apa pun senang je mengikut.

Korang kalau nak makan kat sini,
Jangan datang Hari Isnin, tutup.
Buka Selasa-Ahad dari jam 8 pagi hingga 5 petang
Alamat : 1821-B, Jalan Besar Kampung Ulu Pulai, 81550 Gelang Patah, Johor
  

9 comments:

  1. Unik jugak kopi kat situ.. bancuh kopi letak mentega... lemak² lah rasanya kan?

    ReplyDelete
  2. Setuju!! Sedap tu subjektif kan hahaha

    ReplyDelete
  3. Kopi mentega, dulu semasa kecil suka minum kopi ini, biasanya nenek taroh sedikit mentega di atasnya

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi rasa kopi bancuh dgn mentega. Sebelum ni macam pernah terbaca pasal tempat ni dari blog siapa entah. Nampak menarik.

    ReplyDelete
  5. Aduh.. terus rasa macam nak gi terjah.. Kalau sha singga sini memang semata-mata nak rasakopi mentega tu je.. kikiki..

    ReplyDelete
  6. kopi letak mentega..unik...kopi nongkrong tu gaya tgu kopi tu sama mcm kt cafe the saigon

    ReplyDelete
  7. first time tahu kewujudan kopi nongkrong. lama gak nak tunggu habis jatuh pun. kopi mentega tu mesti wangi kan? unik

    ReplyDelete
  8. Terkejut tengok gambar roti bakar tu. hehehehe pernah try kopi mentega, tapi rasa mentega tu macam sangkut kat tekak.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad