Lunchdate berempat di SDS - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, November 20, 2023

Lunchdate berempat di SDS

Saja bawa Mijan ambil gambar saiz passport di Taman U, Skudai.
Sebelum ni Mama Yan yang bawa sendiri ke kedai gambar.
Puas la memujuk dia untuk duduk diam diam,
Dia taknak duduk sorang kat depan kamera tu.
Tu yang kali ni minta ayahnya yang hantar ke kedai untuk ambil gambar.
Ayahnya cerita, senang je nak ambil gambar,
siap senyum sengih.
Mungkin dia dah besar sikit kut.

Memandangkan gambar siap dalam masa 20 minit.
Jadi suami ajak minum dulu di SDS Taman Universiti. 
Seberang jalan je dengan kedai gambar tu.

SDS Taman Universiti
Mijan kata "I am Peter Parker"


SDS Taman Universiti
Yang depan sekali ni air Mama Yan.
Iced Honey Lemon,
Suami MY order Hot honey Lemon.
Nak try la nanti buat sendiri kat rumah. 


SDS Taman Universiti
Mijan makan apa?
Mijan makan ayam la... apa lagi..
Oppa Fried Chicken Wing namanya.
Sedap.. kulit kepak tu rangup.
Suami MY pun kata sedap.
Agaknya macam ni la ayam goreng dalam cerita Korea tu.
Hahaha...
Tapi macam biasa, Mijan makan isi je..
Kulit tak makan.
Dah tu kepak manalah banyak isi...

SDS Taman Universiti
Lain kali kalau datang boleh order lagi.
Satu bekas ni harganya RM15.90.
tak ingat ada berapa pcs, tapi bolehla..
Sebab sedap kann


SDS Taman Universiti
Yang ni Sarah punya Crispy Chicken chop - black pepper.
Dia makan ayam je..
Sayur, kentang dan jagung tu mamanya la yang kena makan.
Tak makan, sayangggg...
Sarah makan sampai habis ayam seketul besar tu. 
satu pencapaian yang hebat ni. 


SDS Taman Universiti
Mama Yan dan suami tak order makanan pun.
Tumpang cubit makanan anak je.
Yer.. mak bapak memang tumpang rezeki anak anak..hahaha...





 

11 comments:

  1. Main cuit cuit makanan tu yg sedap nya hahahahaa :D

    ReplyDelete
  2. Done follow... Sorry baru perasan tak follow lagi :P

    ReplyDelete
  3. Uissshhhh.. Ayam goreng dia menggoda selera

    ReplyDelete
  4. sebab tahu anak2 makan sikit sbb tu mama babah tak oder makan eheheh

    ReplyDelete
  5. jarang ank2 tk suka kulit...paling fav tu part kulit hehe

    ReplyDelete
  6. comel la mijan, anak papa haha. Ayam goreng dia nampak sedap lah.

    ReplyDelete
  7. Ayam tu nampak rangupnya....Spiderman? Wahhh boleh selamatkan orang nanti....

    ReplyDelete
  8. The real definition of mak ayah tumpang rezeki anak² haha...
    Sedap² nampak makanan kat sini. Presentation pun lawa...

    ReplyDelete
  9. haha..tak pe jangan membazir..anak2 makan tak abis jdi mak pak lah yg tlg perabiskan...

    ReplyDelete
  10. Wings tuh paling sedap, tapi juga bahaya, tau2 dah habis banyak tiap makan ini 🤣🤣.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad