Makan Malam di Restoran Kemangi Pontian - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, November 18, 2023

Makan Malam di Restoran Kemangi Pontian

Dah selalu sangat makan di Restoran Kemangi ni,
Rasa macam dah takde cerita dah nak tulis pasal Restoran Kemangi ni.
Kali ni masa kami datang,
meja dah penuh dibooking.
Jadi kami duduk dua meja.
MY, suami, dan anak kembar kami satu meja.
Selebihnya meja sebelah.
Mijan kalau duduk meja asing asing macam ni,
Memang dah tak nak duduk dengan mama ayahnya.
Mesti dia nak duduk dengan abang.

Macam biasa,
anak anak makan chicken chop aje pun.
Ucid makan lamb chop hari tu.
Suami MY teringin nak makan mi bandung.
Mama Yan tak berapa nak ada selera,
order roti bawang putih dan mushroom sup sahaja.


Restoran Kemangi Cawangan Econsave Pontian
ini mi bandung yang suami order.
Dia makan tiga suap aje,
lepas tu tolak kat Mama Yan.
Tapi MY memang takde selera hari tu.
tolak kat Ucid.
Ucid makan sikit je,
lepas tu taknak dah.
Lepas tu jadi apa..
mubajir... huhuhu..
Nak makan mi bandung kena order kat restoran yang memang signature dish dia mi bandung kut.


Restoran Kemangi Cawangan Econsave Pontian
Ni yang MY order...
Tapii...
sila lihat gambar di bawah.


Restoran Kemangi Cawangan Econsave Pontian
Mama Yan belum makan lagi,
Team meja sebelah dah bertenggek kat tepi meja MY.
hirup sup dan songlap seketul roti.
Lepas tu siap pesan,
Kalau mama tak habis, mama bagi Aril tau...
Memang takdelah nak habiskanlah jawabnya.


Restoran Kemangi Cawangan Econsave Pontian
Kat Restoran Kemangi ni ada vendor letak macam macam makanan.
Antaranya ni la..
durian crepe.
First time makan durian crepe, sedap sangat katanya.
Satu bekas 4 ketul gitu RM15.
weehhh... Mama Yan tak tahu mahal rupanya durian crepe ni.
Ye la .. MY tak makan durian..
Mana tahu harganya..hahaha...
Dia makan dua...
ayah dia suruh simpan dan bawa balik lagi dua ketul.
Takkan nak habiskan 4 ketul tu terus,
Takut nanti lamb chop sampai dah terkenyang makan durian crepe..
tapi nak buat macam mana,
rezekinya dua ketul aje.
Dah sampai rumah baru teringat durian crepe dia tertinggal atas meja..
Sedih dia..
Belum puas katanya..
Hahaha,
Lain kalilah kalau jumpa lagi beli.


 

7 comments:

  1. Mahal tu durian crepe RM15/4's. Agaknya pasal vendor hantar so dia mark up kemahen.

    ReplyDelete
  2. sini juga, apa2yg jenis crepe2 ni pasti mahal. no doubt cara pembuatannya agak rumit, sebab tu kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah cuba lagi makan crepe...buat apatah lagi

      Delete
  3. Sedihnya durian crepe mahal2 tertinggal pulok

    ReplyDelete
  4. Sebab tu kdg2 malas nak order makanan sbb kebiasaan nya kena habiskan makanan anak2.. Huhuu..
    Syg nya durian crape tertinggal kat meja.. Takde rezeki...

    ReplyDelete
  5. hahahaha kelakar lah, nasib baik dia dah makan dua ketul durian crepe tu

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad