Operasi menjahit langsir bermula - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, November 23, 2023

Operasi menjahit langsir bermula

Minggu lepas MY dan suami merantau ke Jakel Johor Bahru..
Jalan jalan tengok kain langsir.
Tapi harga kain langsir di Jakel semuanya boleh buat mata MY terbuntang ke atas.
Jadi Mama Yan pun seretlah suami pergi Kamdar pula.
 Dah pusing pusing pusing dalam Kamdar,
MY pun belilah kain untuk buat langsir di rumah mak MY di Pahang dan mentua di Johor


Yang warna pink atas tu,
Langsir untuk rumah Raub. 
Semeter harganya RM8.
Entah macam mana MY kira, kurang 1 panel...hahaha.
Malasnya nak nambah kain lagi dah. 
Nak ulang ke Kamdar, 
Memang tak rajin. 

Yang warna purple tengah tu,
Langsir pintu rumah mentua.
Harganya cuma RM6 satu meter.
Gila jimat MY beli kain.

Yang warna purple cair tu,
Langsir tingkap rumah mentua.
Saja beli lain lain untuk langsir tingkap dan pintu.
Yang ni MY beli RM8 satu meter.
Untuk tingkap ni MY beli 30 meter.
Rumah kampung memang banyak tingkap, keliling rumah tingkap.

Ni semua MY dah settle potong.
Tinggal nak jahit aje. 
Entah bila nak mula jahit.

Dah balik rumah confuse,
Mana depan mana belakang pulak ni?
hahaha


Walaupun biasanya kita akan cakap kain bidang 60 yang mana 60 tu merujuk kepada 60 inci,
Hakikatnya, ia kurang 2 inci nak jadi 60.
58 inci sahaja. 
Tolak basi kain, dah kurang lagi...

Scallop langsir
Untuk scallop pula,
MY beli ready made scallop di kedai kain kat Pontian,
Wehh.. kain langsir kat Pontian pun cantik cantik dah murah.
Baik cari kat Pontian aje.
Kos untuk langsir rumah kedua dua mak ni adalah dalam RM800 lebih.
Tapi takpelah..
Bukan duit MY.
Semua duit suami..
Padan muka dia..
Siapa suruh kahwin dengan MY...hahaha

Sejak pindah duduk Pontian,
MY tak pernah lagi keluarkan mesin jahit untuk jahit banyak banyak
Selalu guna untuk jahit seluar baju koyak, 
Jahit lencana sekolah, jahit name tag, kelim lengan baju dan kaki seluar serta jahit tudung Sarah je.
Sebab kali ni nak jahit banyak,
Kemain lagi minta suami belikan meja banquet untuk letak mesin jahit.
Kihkihkih..semangat...
Semoga MY berjaya untuk siapkan semua langsir ni sebelum masuk tahun baru.
Fightinggg!!!






7 comments:

  1. good morning mama yan
    wah..jahit langsir tu.. bagus nya.. MA memang pakai beli je, x pandai jahit kan. mujur rumah memang x byk tingkap.. caiyok caiyok je menjahit tu, kalau penat..rehat2 jab.. key

    ReplyDelete
  2. best nya dapat jahit langsir sendri...linda pun ad mesin jugak tu...tp hr tu berjaya jahit kaki seluar je...hahaha

    ReplyDelete
  3. bestnya MY jahit langsir sendiri

    ReplyDelete
  4. best kalau pandai menjahit...x yah pening nak menempah

    ReplyDelete
  5. Hahahaha kocak gif trakhir tu kak 🤣. Fightingnya agak tak semangat yaaa 😅

    Memang best kalo bisa menjahit sendiri macam nih. Hemat banyak.

    Krn harga langsir memang tak murah 😄

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad