Seni landskap terbahagi kepada dua iaitu landskap kejur (hardscape) dan landskap lembut (softscapes).
Tapi taman rumah Mama Yan takde seni pun..
Main taram aje,
Konsep asal boleh dan asal ada.
Bila ada landskap,
Bukan setakat mengadakan dan tinggal,
Kena juga fikirkan tentang penyelenggaraannya. (maintenance)
Mama Yan memang tak rajin,
Tapi benda dah ada depan mata,
kena jugalah jaga.
Kalau dibiarkan berkulat berlumut,
Mata sendiri juga yang sakit.
jadinya,
MY gagahi juga untuk menyental lumut yang menempel pada meja batu ni.
Meja batu di taman taman ni adalah sebahagian daripada hardscape atau landscape Kejur.
Landskap kejur terdiri daripada elemen-elemen yang keras dan tidak bergerak seperti batu, kayu, lampu, pegola, pondok wakaf, pejalan kaki, meja, papan tanda, hiasan simenfero dan lain lain lagi.
Pemilihan landskap kejur ni biasanya disesuaikan dengan konsep hiasan taman tu sendiri.
Contohnya kalau landskap dengan konsep Melayu,
Nak kena ada pondok wakaf, letak tempayan siap dengan tempurung batok,
letak pokok-pokok kampung macam bunga raya, kenanga, pokok pandan atau bunga bakong
MY gunakan sabun Eziclean dari Hai O untuk memberus meja batu ni.
Dah berlumut sakan dah.
Nak makan makan kat sini pun hilang selera...hahaha
Meja dah siap sental,
Tapi tak putih lagi bersih pun..
Nak kena sental guna asid juga la nampaknya ni...
Nanti hujung minggu nak minta tolong anak anak bujang tu sembur lantai interlocking tu guna water jet.
Boleh la ni...
Nampak cerah sikit la daripada rupa sebelumnya..
Tiap tiap petang hujan kat sini.
Cepat je rumput tumbuh celah celah batu lantai tu.
Selain dari mencuci meja,
Pasu dan alas pasu juga perlu diberi perhatian.
Kena pastikan air dalam alas pasu tu takde jentik jentik.
Memang guna kederat sikit la..
Angkat pasu, bersihkan alasnya.
Lepastu, tabur ubat jentik jentik.
Bersihkan keliling pasu dari lumut guna berus.
Lepas tu letak semula pasu atas alasnya.
Ni baru penjagaan hardscape.
Nak jaga softscapenya yang terdiri dari pokok pokok, rumput, air dan ikan tu lagi..
hehehe..
Kalau sorang sorang memang tak terbuat.
Jiran depan ni tiap tiap bulan panggil gardener datang trim pokok dan rumput.
Tapi Mama Yan dan suami buat sendiri je.
Kerahan tenaga secara paksa rela bersama anak anak...hahaha..
lps ni suruh anak2 la yg urus taman tu MY, mula2 je buat sama2 hhehehe
ReplyDeleteBanyak kerja nak maintenance landskap ni
ReplyDeleteBanyak kerja nak maintenance landskap ni
ReplyDeleteCantik garden MY 👍
ReplyDeleteSebenarnya bagus bila kita ajak anak² ikut sama buat kerja rumah. Awal² paksa rela, lama² jadi kebiasaan. Dah besar nanti mesti pandai jaga rumah dan buat kerja² rumah Insha Allah
cantik nya garden.. memang best petang2 dok lepak minum kopi..sambil sembang2 kan
ReplyDeleteAiiih baguuuus tamannya kak, meja batu nih pun saya sukaaa. Tapi memang maintenance taman nih mesti teratur dan konsisten. Dulu papa saya pun sewa gardener . Krn tak paham juga cara2 urus kebun dan taman begini
ReplyDelete