Entah la kali ke berapa beli tudung Fazura ni..
Berkenan betul Mama Yan dengan tudung Fazura ni.
Kainnya, coraknya, semua MY suka.
Kali ni MY belikan untuk Sarah dua helai,
Mama Yan sehelai je.
Yang biru tu Sarah punya sebab kali ni TF ada buat saiz junior.
Yang warna hijau gelap atas tu,
MY beli sama corak dngan Sarah.
Nanti nak matchy cutie dengan anak dara sorang tu.
MY suka TF ni sebab bila pakai tu,
senang je nak bentukkan.
Kalau nak bagi tahan lama,
kena lah basuh pakai tangan
Handwash kata orang Jawa.
Tapi kalau rajin macam MY,
campak je dalam mesin basuh.
walaupun duk keluar masuk mesin basuh,
tetap cantik dan tak berbulu ya kainnya.
Cuma MY tak masukkan dalam mesing pengering aje lah.
Kain voile (bawal) tak payah guna mesin pengering.
Sidai je kat ampai,
Tak dan sejam dah kering elok,
angkat terus.
Dan kali ni juga,
dapat kad penghargaan dari Fazura...
Raya tahun ni pun MY belikan tudung Fazura untuk semua staf dan adik beradik & ipar serta biras.
Tapi kakak kakak ipar ramai yang tak pakai tudung bawal,
diorang semua pakai tudung sarung je.
So, next tak payah bagi la kan..
Kita bagi apa yang orang suka je dan guna je..
Barulah namanya pemberian yang bermanfaat.
Kalau lepas tu disimpan dalam laci paling bawah,
atau bagi kat orang lain,
kita pula yang kecik hati nanti padahal dah bagi kan,
patutnya jangan ambil tahu lagi...
tak senonoh MY ni tau.
Ye la..
kita nak tahu juga orang happy ke tidak dengan pemberian kita,
Kalau tak happy,
next time kita elakkan...
Yang ni corak yang MY beli sepasang saiz Adult & junior, code 'Aiman'
Untu saiz dewasa, bidang 47 inci dan saiz kanak-kanak pula bidang 40 inci.
Nanti nak pakai sama sama dengan Sarah,
Ouchh.. bestnya ada anak pompuan...hahaha
Ammi tak pandai pakai tudung bawal...kalau pakai karang confirm 18 ribu kali tangan pegang tudung. pakai tudung sauk dengan syria je. Tp kalau org bagi hadiah biasanya ammi pass pada anak dara yg dah reti nak melilit sana sini
ReplyDeleteSetuju dgn Yan. Kalau sekali kita bagi pastu tak nampak bayang, kita harus ambik ikhtibar. Kekeke.
ReplyDeleteTudung Fazura ni Kak Sam ada beberapa helai. Suka time membeli je tp bila nak pakai, mesti ambik tudung lain. Mungkin Akak tersilap pilih warna/corak yg tak sesuai dgn warna kulit.
teringin juga nak try tudung fazura ni tapi sampai sekarang tak terbeli lagi..hehe
ReplyDeletekayalah tokay tudung fazura
ReplyDeletewah memang cantik la MY, nnti jangan lupa tayang yang pakai sama2 tu
ReplyDeletecantik... tambah cantik leh matching2 kannn
ReplyDelete