Sempat singgah ke Surau Kampung Dato' Ibrahim Majid minggu lepas.
Perkampungan biasa je,
Tapi tiba tiba jadi familiar di telinga rakyat Malaysia.
Apa tidaknya,
Inilah kampung pertama yang dikenakan tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ( PKPD) tahun 2020 ketika Covid 19 melanda negara
Lepas tu nampak di ruang legar surau ada benda yang tergantung ni..
Mama Yan cakap kat suami nak ambil gambar beduk.
Lepas tu suami cakap,
"Ni bukan beduk,
Beduk besar,
Dia macam kompang tambah gong.
Dibuat dari kulit dan ada pemukulnya.
Yang ni kita panggil kentong atau kentongan."
"Ooooo..
Hehe.. maaf.. kami kat taman dalam bandar surau kami pakai speaker besar.
Takde main kentong dan beduk.. hahaha...''
Suami pun acah acah nak ketuk kentung ni...
Tapi tak ketuk la..
Suami cakap kang orang kampung datang kang nak jawab apa?
Kentung ni dibunyikan bukan saja sebab masuk waktu solat sahaja..
Tapi juga bila ada kematian.
Irama ketukan juga berbeza.
Suami kata dah tak ingat sebab dah lama duduk luar.
Kecik kecik dulu berebut nak jadi tukang ketuk kentung bila masuk waktu solat.
Siapa datang awal,
Tok bilal bagi jadi tukang ketuk kentung
Punyalah tak percaya bila suami kata nama dia kentung.
Terus cari kat dewan bahasa. Hahaha...
Betullah, kita pun panggil kentung. Kecik² dulu takut giler kalau dengar kentung bunyi, sebab ada kematian.
ReplyDeleteoo..ingat semu panggil beduk je..ada plak kentung ye.. emm.. tq tq
ReplyDeletebr tau jugak namanya kentung... mcm bunyi ketang-ketung kot
ReplyDeletelegend kentung ni.. tak semua surau atau masjid ada sekarang ni...
ReplyDeleteTerima kasih bagi saya ilmu baru!
ReplyDeletekalau kami jawa panggil kentong....
ReplyDeleteOoo bru tahu yang bentuk mcm ni dipanggil kentung..
ReplyDeletetempat kami di Perak pun disebut beduk / kentung juga hehe
ReplyDeleteSalam tahun baru 2024 Mama Yan. Kat surau kampung kiteorang pakai bedok tapi sekarang ni dah ada PA system dah tak pakai bedok lagi nak bagitau masuk waktu solat.
ReplyDelete