Kereta habis bateri - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, December 4, 2023

Kereta habis bateri

Masa hari Khamis lepas,
Masa MY nak ambil anak balik sekolah, 
Tiba-tiba enjin kereta tak boleh dihidupkan.
Asalnya MY matikan enjin masa menunggu,
Lepas tu, hujan lebat.
Terpaksala MY tutup tingkap kereta.
Tapi enjin keretanya tak boleh dihidupkan.
Nasib baik boleh tutup tingkap.
Keluar macam macam warning kat atas dashboard tu.

Ni antara warning yang keluar,
Tapi takde satu warning pun bagitahu battery low..
Hahaha.... jadi manalah MY tahu sebenarnya bateri kereta je yang dah kong.
Kalau MY tahu, baik panggil orang tukar bateri je.
Gigih call suami bagitahu kereta rosak. 
Lepas tu,
Terpaksalah MY cari Grab untuk hantar MY dan anak anak balik.
Lama pula tu nak dapat grab.
Maklumlah duduk pekan kecik,
Tak ramai permintaan grab kat kawasan ni.

Kalau bukan sebab anak ada ujian kat sekolah agama,
Memang MY tenang tenang aje tunggu suami datang jemput dan settle.
Tak lama lepas MY sampai rumah naik grab,
Suami MY pun sampai ke rumah.
Anak anak turun je kat sekolah agama, terus hujan lebat,
Suami ajak pergi makan dulu sebab dia tak sempat makan meeting dari pagi,
Habis meeting terus gegas balik,
takut bininya mengamuk enjin kereta tak hidup..hahaha 

Rupanya, masalah bateri kong je...
Ngam ngam sambut birthday ke 3 bateri pun arwah.


Sakan berhabuk keretanya.
Tak pernah buka sejak beli.
Suami pun guna jumper untuk hidupkan enjin supaya MY dapat pandu kereta untuk dibawa pulang.
Penat rasa sebab jiwa dah la tengah tak tenteram sebab kakak ipar kata bapak mentua kurang sihat.
Kereta pula meragam.
Internet pula terputus putus, MY dengan nak bayar gaji staf,
bayar EPF, SOCSO.
Dapat log in, tapi Maybank punya secure2u tak sampai sampai untuk bayar EPF.
Bila kita call, jawapan pegawai macam ha alif nun ta.
Semuanya memeningkan kepala.
Sudahnya MY lepaskan masuk gaji dulu guna hotspot henpon.
Bayar bayar tu nanti la..
Alah... tokey kedai buih lebah relax je tak bayar EPF staf...
Ni takat lewat beberapa hari,
Maafkanlah saya ye...

Lepas dah selesaikan urusan anak anak,
Suami MY tukarkan bateri kereta.
MY pun berjaya settlekan gaji staf.
Lepas maghrib,
Kami pun bertolak pulang ke kampung.
Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan selamat sampai ke kampung sekitar jam 10 malam.
Kisah lain-lain nanti MY cerita lagi okay...
wassalam





 


8 comments:

  1. adoiii ini yg digeruni hehehe bateri mati tiba2.. alhamdulilah semua selesai dengan baik ye yan :)

    ReplyDelete
  2. alahai..dugaan sungguh mati enjin kat tepi jalan kan...

    ReplyDelete
  3. bab bateri kereta kong paling seram. LM kalau alarm asik berbunyi dan suami kata bateri dah nak abis terus tak berani guna dah. takut sendirian susah nak balik ke apa. kalau kereta kitorang dia bagi hint alarm asik berbunyi

    ReplyDelete
  4. betul lah lelaki cakap perempuan ni tahu bawak kereta je lain2 tu mmg dia tak tau hehehe.. Kereta dana pun baru minggu lepas tukar bateri, masa dia susah nk start beberapa kali terus bgtau kt Edy, risau jugak kalau tgh2 ambil dia kong.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah selesai dgn baik :)
    Puaslah dok mengeja ha alif nun ta tu😂

    ReplyDelete
  6. memang gelabahlah bila start keta tak hidup

    ReplyDelete
  7. Bneda paling takut bateri kong la..kalau kat bandar xpe.kalau kat hiway atau kawasan gelap...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Selesai juga semua urusan MY.. Kalau Sha jadi MY pun memang paniklah..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad