Lirik Bila Kekasih Mula Merajuk - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, December 22, 2023

Lirik Bila Kekasih Mula Merajuk

Tajuk : Bila Kekasih Mula Merajuk 

Penyanyi : Versi


Bila kekasih mula merajukBagaimanakah dapat kupujuk?Hebatnya cinta banyak dugaannyaKau tak percaya yang aku setiaBukan niatku bermesra dengannyaKerna ia hanya teman biasa
Bila kekasih mula berpalingTak perlu lagi bertentang mataUcapan sekian lama untuknyaDapat menunduk setiap bicaraKerna cintaku hanya untukmu
Belum puas 'ku mengecapi redup asmaraKini cintaku dihiris dengan perasaanPada zahirnya engkau curigaWalau di jiwa terlalu setiaApa erti cinta tanpa sefahaman
Jangan dipertaruhkan cinta dan perasaanSehingga hatimu terlukaPadaku kaulah insanSenyumanmu penawar jiwa
Kekasihku, lupakanlahUsah biarkan aku sengsara
Bila kekasih aku merajukAdakah mungkin engkau meluncur?Hebatnya cinta banyak dugaannyaRindu dan dendam bukan permainanKerna cintaku hanya padamuHanya padamu


Tengah hot kat Tik tok video klip akak baju hijau merajuk jalan kaki tepi jalan besar sambil diiringi sebuah kereta Waja. 
Bagi MY, walaupun kejadian tu agak menarik untuk ditonton,
MY tak sampai hati nak rakam dan muat naik dalam media sosial.

Rajuk dan pujuk ni,
Macam perencah la dalam hubungan kasih sayang.
Tipu sangatlah kalau isteri tak pernah merajuk dengan suami,
Cuma, kalau keterlaluan tu,
Tak sepatutnya berlaku..
Masa awal awal kahwin dulu,
Memang kerap sangat merajuk,
Dalam seminggu tu, 
Tiga hari je baik, selebihnya perang dingin.

Bila dah berusia ni,
Dah malas nak merajuk.
Bukan apa...
Bila baca kisah almarhum Abam dan Ashraf Sinclair,
Seram pula nak merajuk sebelum tidur ni, 
Tak perlu sakit tenat atau pergi berperang,
Kalau telah ditentukan Allah,
Bila bila sahaja boleh pergi.

Mama Yan masa muda baru baru kahwin dulu,
Ada juga la merajuk ekstrim.
Lari pergi masjid. 
Dari tangga masjid,
Mama Yan nampak ke suami MY cari ke rumah kawan yang berdekatan dengan masjid.
HP silent, call tak angkat, SMS tak balas.
Biar padan muka dia...
Tapi tak ingat dah macam mana boleh ok.
Sebab lapar kut... hahahaha...
Puncanya masih ingat lagi,
Tapi takyah cerita la...
Malu kat orang je...hehehe




3 comments:

  1. Itulah kecoh habis nk pujuk si bju kurung hijau tu.. bersabar sungguh si lelaki waja tu hahaha .. biasa la tu merajuk dlk perhubungan sebab itu lah nama nya wanita kan hahaha :D

    ReplyDelete
  2. Hahaha...jangan x percaya akak dulu ngan BF lama pernah buat macam ni kat Duke Highway ye..nasib ada taxi lalu dan berhenti masa akak tahan..lepas tu putus terus..punca dia kutuk akak dan family akak..kongajo kan..akak turun dari keta terus...nasib masa tu xde kuasa2 viral ni...

    ReplyDelete
  3. Asam garam rumah tangga kan MY.. Ada masa akan ada rajuk dan pujuk tapi bila dah usia-usia sekarang ini, malas dah.. kikiki..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad