Pucuk Cemperai Masak Lemak - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, December 12, 2023

Pucuk Cemperai Masak Lemak

Pucuk cemperai masak lemak

Masa balik kampung hari tu,
kakak ipar bagi mak mentua MY pucuk cemperai.
Tapi suami MY minta pulak kat mak dia pucuk cemperai tu.
Jadi, 
MY pun masaklah masa dah sampai rumah.
Dah la peti kat rumah ni tengah rosak.
Tak boleh nak simpan simpan,
Semua barang kena masak cepat.

Resipi Pucuk Cemperai Masak Lemak


Bahan-bahannya:- 

1 cekak pucuk cemperai 
2 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
sejemput ikan bilis - kisar
1 inci kunyit - kisar
1 kotak santan 200ml
2 cawan air
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak

Cara menyediakan :

Mula mula, ambil daun pucuk cemperai.
Kalau rajin, boleh buang urat daun yang tengah tu.
Kalau malas, kunyah aje lumat lumat nanti.

Blender bawang, bawang putih, ikan bilis dan kunyit. 
kalau takde kunyit hidup,
letak je kunyit serbuk tu satu camca.

Panaskan minyak dalam periuk,
Tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan air sehingga mendidih.
Masukkan sayur cemperai.
Kemudian masukkan garam.
tunggu sampai sayur cemperai tu betul betul masak.

Lepas tu masukkan santan kotak.
Tunggu hingga santan mendidih.
Boleh matikan api dan sedai untuk dihidangkan

pucuk cemperai masak lemak
Bayang-bayang tukang masak.
Gambar real tak bersiap.
Tak rajin la nak bersiap lawa lawa pakai tudung pakai bedak segala nak ke dapur.
Belum rajin sangat sampai macam tu

pucuk cemperai masak lemak
Tak sempat la nak placing dalam mangkuk lauk lawa lawa.
Beria aje beli pinggan portmeirion, kononnya nak letak lauk pauk masakan,
Lepas tu ambik gambar cantik cantik,
Kemudia upload dalam IG dan blog.
Tapi akhirnya,
Periuk aluminium cap buaya ni je yang gambarnya banyak masuk blog.

Oh ya..
Mama Yan masukkan juga ubi keladi sarapan pagi yang tak habis tu dalam gulai ni.
Hahaha..
terkejut suami..
Dia kata tak pernah dibuat orang keladi masak dalam gulai.
Haa... tu lah dia..
Saya terkejut bila kat Johor ni keladi digoreng buat cemilan, buat sarapan.
Kami memang buat gulai keladi ni.
Kalau nak kawankan pucuk cemperai ni dengan keledek pun boleh juga.
Masa kat Pahang kecik kecik dulu,
Biasanya cemperai ni mak buat masak air campur dengan keledek.
Tapi tulah kann, lain keluarga,
lain resipinya.
Yang penting boleh dimakan... ye dak?




 

3 comments:

  1. Tak pernah dengar lagi perkataan cemperai ni, tengok macam kenal. Ada nama lain tak?

    ReplyDelete
  2. ye..macam masa mula kawin. dakwat sotong tu pun jadi lauk. kalau ammi benda tu dulu yg dibuang

    ReplyDelete
  3. Saya masih bingung cemperai ini apa 😄. Cari Di google pun tak bisa tebak itu daun apa. Tapi lihat masakan kakak pas dah jadi, sedap lah pasti ❤️. Naaah di kampung saya pun ubi atau bahkan pisang yg masih mentah, itu juga di masak gulai kak. Dan sedaap memang 🤭

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad