Rindu abah mentua - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, December 10, 2023

Rindu abah mentua

Dah dua hujung minggu berturut turut kami berada di kampung suami. 
Minggu pertama 1 Disember tu,
Kami balik sebab kakak ipar call pagi Khamis tu.
Katanya abah sakit sebab jatuh kat depan bilik air.
Akak bagitau je kalau nak balik, tak balik pun takpe.
Okaylah, kami pun tunggu anak balik sekolah petang la. 
Tunggu masuk waktu Maghrib, solat.
Bagi makan anak anak dulu, baru gerak.

Kami sampai sekitar 10 malam,
Tengok adik beradik yang dekat dekat semua dah berkumpul kat rumah mak.
Siap ada jiran lagi datang.
Ehh... teruk ke abah ni?
Ya rabbi.. rupanya abah dah tak boleh bangun langsung.
tangannya menggenggam sesiapa yang hadir berdekatan.
Lidahnya bergerak-gerak tanpa suara.
Tapi maaf abah,
Yan tak kuat untuk berada di sisi abah.
Lagipun, biarlah anak anak abah yang membisikkan kalimah Allah di telinga abah.
Itu lebih afdhol.
MY tak patut berebut dengan mereka.

Kira kira jam 5 pagi,
MY bangun untuk masak air dan mandi,
keadaan semakin genting kerana pernafasan abah semakin perlahan.
Jam 5.45 pagi, 
abah meninggalkan dunia dan bermulalah perjalanan abah ke alam barzakh.

Walaupun backhoe untuk mengorek kubur rosak,
Ramai anak muda mengambil bahagian menolong menggali kubur arwah abah.
Alhamdulillah,
Jenazah selamat dikebumikan sebelum solat Jumaat.
Tiga dari empat anak lelaki abah menyambut untuk disemadikan ke liang lahad.

Abah mentua MY ni peramah sangat orangnya,
sangat murah dengan senyuman.
Tapi tak banyak komplen benda-benda remeh.
Apa yang ada makan...
Pesanan yang paling MY ingat,
Jangan mencemuh makanan.
Ambil makanan sikit dulu,
Sedap tambah lagi,
Tak sedap habiskan yang dalam pinggan.

Hujung minggu baru ni kami balik kampung lagi untuk tahlil malam ke tujuh.
Kami juga pergi ziarah ke kubur.
Kemudian suami juga pergi jumpa dengan pembuat kepok dan batu nisan.
Dah settlekan dah depositnya.
Siap dalam sebulan lebih katanya.
Semalam masa nak balik Pontian,
Nampak mak mentua MY dah agak bertenang.
Dah mula nak makan.
Hujung minggu akan datang ni mungkin tak balik sebab anak MY yang nombor 3 dan kembar lelaki tu nak berkhatan.
Dah sihat dari berkhatan nanti,
Barulah balik kampung lagi.

Harap mak tenang tenang aje menjalani hidup tanpa abah.
Yelah bukan mudah ye..
Lebih 60 tahun hidup bersama.
Tentulah kehilangan abah sangat dirasai oleh mak.
Semoga Allah menempat roh arwah abah di kalangan mereka yang beriman.

Bye bye abah..
nanti kami datang lagi...






 

6 comments:

  1. Lebih 60 tahun... ya, mesti terkesan perasaan...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sempat jumpa arwah fil dan perginya juga dlm keadaan yg mudah.

    ReplyDelete
  3. Semoga kluarga yang di tinggalkan bisa tetap tabah dan arwah tenang di sana

    ReplyDelete
  4. sebak membaca sebab terbayang muka abah mentua ammi.

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah untuk Abah mertua kakak . Pastilah sedih sangat kalo dah segitu lama bersama. Tapi semoga mama mertua bisa ikhlas menghadapi ini.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad